Sabtu, 22 November 2008
ANWAR LANCAR KEMPEN ANTI-ISA AHAD INI – Malaysia Kini
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Ahad ini.
Majlis pelancaran tersebut akan berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah pada jam 9 malam.
Kempen tersebut adalah anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi mendesak kerajaan memansuhkan akta tersebut serta membebaskan semua tahanan ISA tanpa syarat.
Acara kemuncaknya adalah perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur Mac tahun depan.
Menurut Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, selain Anwar, pemimpin parti anggota Pakatan Rakyat yang lain juga akan berucap di majlis tersebut.
GMI: PERHIMPUNAN DI MPAJ AKAN DI TERUSKAN – Malaysia Kini
Pelancaran Kempen Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Ahad ini akan tetap diteruskan walaupun gagal mendapat permit polis, kata penganjurnya, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).
Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI kesal kerana pihaknya telah membuat "permohonan dengan baik" untuk mendapatkan permit bagi program tersebut.
"Kita akan teruskan (program tersebut). Permit ini untuk maklumkan sahaja. Polis tidak patut halang," katanya kepada Malaysiakini petang ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
apa kah permohonan untuk mendapatkan permit perhimpunan itu dapat di-luluskan? i doubt..
apo bangang bonar gomen nie,kita nak buek bondo baik tak dibagi nyer,apo bondo tah..bingai
Saudara Isham
Si Khalid Polis, ada komen tentang kempen ISA dalam berita jam 5 ptg tadi. Dia kata kempen ini akan menyebabkan trafik jam dan ganggu ketenteraman penduduk.
Dia kata dia boleh bagi permit kalau diadakan di kawasan lain.
Setahu saya tak ganggupun. Saya tahulah. Dah berapa kali perhimpunan diadakan di kawasan tu. Saya orang Pandan Indahlah.
Siut!
tipu! tipu ! tipu! kah!kah!kah! fitnah!fitnah!fitnah! kah!kah!kah!isham gila! kah !kah!kah!
mesti pergi nih...mmg takde makner nyer ganggu pon...saya pon dok dekat gak kat pandan indah gak
haha 'Diorg' jeles dan takutkan gelombang kehendak rakyat!!!
Catat Ulasan