Isnin, 5 Januari 2009

BERITA P36 - KT

KELAB PENYOKONG PAS

Pada jam 6.30 petang Isnin tadi Tian Chua telah melancarkan Kelab Menyokong Pas untuk pengundi yang bukan ahli Pas.

Hampir 400 orang Tionghua telah hadir dalam pelancaran Kelab ini di Kampong Tiong
berhampiran dengan Kampong Cina KT.

Sokongan masyarakt Cina cukup menyergarkan untuk Pakatan Rakyat. Pengundi Cina telah berani keluar untuk menunjukkan sokongan mereka.

Antara yang hadir dan berucap ialah Anwar Tan dan MB Perak - Nizar MUhamad.


ANUAR TAN

Anwar Tan dalam ucapannya telah menimbulkan soal kong kalikong Wan Farid bersama anak kesayangan Dolah Badawi yang bernama Patrik Badawi.

Menurut Anwar Tan mereka berdua inilah yang 'mengsonglap' projek-projek di Terangganu.

Dengan gelak ketawa para pendengar telah di beritahu peranan Patrick Badawi dalam hal 'kelentong' moonsoon cup.

Monsoon Cup ialah satu projek silap mata dimana duit Pertonas dapat masuk ke dalam poket Patrik Badawi tanpa disedari oleh warga Terangganu.


MB PERAK

Nizar Muhamad telah bercakap dalam bahasa Tionghua dan menerangkan beberapa dasar
kerajaan Pakatan di Perak. Nizar juga telah memberitahu bagaimana Najib Razak cuba
mengagalkan projek pemberian tanah oleh kerajaan Pakatan kepada warga Perak.

Menurut Nizar gerombolan United Malays National Organisation di setiap pilihanraya telah berjanji untuk memberikan geran.

Tetapi selama 50 tahun satu habuk pun taaaarak.

Pemberian hak milik tanah ini ialah dasar dalam Minifesto Pakatan Rakyat justeru kerajaan Perak tidak akan berganjak dari cita-cita untuk memberi tanah kepada mereka yang berhak.


POLIS

Seramai 9,000 polis sedang berkeliaran di Kuala Terangganu.

Dari mana polis-polis ini datang tidak pula jelas. Apa yang jelas mereka berada di KT.


HELIKOPTER


Pada jam 8.30 malam tadi ketika saya selesai makan malam sebuah helikopter mula berligar-ligar.

Apa tujuan helikopter ini tidak jelas. Heli ini telah menyuluh ke jalan raya.

Seorang kawan yang sama makan semeja telah berkata ' mungkin heli ini sedang mencari bra Bik Mama yang tercicir....'



HOTEL FELDA


Seperti biasa sekolah yang sudah hampi rahai akan di resmikan sekali lagi.

Pagi tadi Najib Razak telah meresmikan untuk kali ke dua hotel Felda di Kuala Terangganu.

Pada ketika ini diberitakan ghurka gerombolan sedang mencari-cari masjid pula untuk di resmikan.


TALIPON BIMBIT TUTUP

Dari sumber dalaman telah diberitahu bahawa esok semua talian untuk talipon bimbit akan di matikan selama 3 jam.

Ini untuk memastikan jika ada penipuan berlaku maka rakyat Malaysia tidak akan dapat mengetahui hal ini.




8 ulasan:

BoyDontUcry berkata...

Isham,
tu la pasal, napew u tulis pasal cerita Bangladesh tutup talian handphone masa pilihanraya baru2 nih.

sekarang, gerombolan dah dapat idea dan tiru plak. kan susah kita.... adeh!!!

Tanpa Nama berkata...

Good job with your updated of latest news from KT. Slmt bersiarang dang makang2 di KT....

Tanpa Nama berkata...

teruskan menghantar laporan dari kuala terengganu abg hisyam...saya amat menanti laporan anda..

http://suarasaktii.wordpress.com

AnakSemuaBangsa berkata...

Salam..

Seramai 9,000 polis sedang berkeliaran di Kuala Terangganu.

BerRAYA sakanlah jawabnya Penjenayah kat luar KT..

Tanpa Nama berkata...

Boleh suruh Mat C4 rasmikan Masjid Kristal......heli suloh jalanraya dah jumpa bra bik mama?

Aqil Fithri berkata...

sebenor-benornya, jangang harap bedo´oh lalu kat orang ganung tuh. sas sas tu bukangnya macam orang kelantang. wat rohok je ngempeng. wi pitis sket, kejap je buleh konar kot laing. tengoklah tekgi kalo dok caya. sebab tu payah pas nok menang!

Tanpa Nama berkata...

9000 orang Polis sedang berkeliaran kat KT, ramai tuuuuu ?? Kat mana dia orang tinggal ek ? Hotel .. chalet .. rest house .. cabin atau bawah khemah ?? Kesiannya, mesti BN hanya siapkan khemah je utk dia orang tinggal. Hai ! Tak balik modal ......

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah tutup talian talipan bimbit..nanti bik mama pon susah nk kesan gerak-geri mat mongol kahkahkah..
org ramai sume dinasihatkn jgn wat awek2 anda mrajuk esk,nnti susah nk pujuk,xdpt contact kahkahkah