Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 14 Januari 2009

SEBUAH NEGARA ZIONIS


Negara ini di tubuhkan oleh kuasa kolonial British. Negara ini adalah bekas tanah jajahan British. Parti politik yang berkuasa dalam negara ini pada awalnya menentang British tetapi kemudian bekerjasama dan bersekongkol dengan British.

British dan kaum Zionis ini telah membunuh, menangkap , memenjara dan menghalau keluar sesiapa sahaja yang menentang negara baru ini. Akhirnya kuasa kolonial British telah memberikan kemerdekaan. Semua ini berlaku sesudah tamatnya perang dunia ke dua.

Zionisma ialah satu fahaman perkauman – hegemoni satu bangsa. Zionisma membawa fahaman rasis yang percaya hanya bangsa mereka sahaja yang betul. Bangsa-bangsa lain adalah salah. Bangsa-bangsa lain akan dianggap bangsa kelas ke dua. Malah jika ada bangsa lain yang tinggal dalam negara mereka, bangsa asing ini wajib tunduk kepada kuasa politik hegemoni perkauaman. Zionisma adalah politik hegemoni satu bangsa.

Jika ada sesiapa yang berani mengkeritik negara hegemoni satu bangsa dan satu agama ini mereka akan dianggap musuh. Jika mereka dianggap musuh maka mereka boleh di penjara. Undang-undang kolonial British membolehkan warga di penjara tanpa bicara. Banyak penentang fahaman perkauman dan hegemoni satu bangsa ini telah di penjara. Ada yang berbelas-belas tahun. Ada yang telah digantung mati.

Negara Zionis ini sentiasa menggunakan AJENDA KESELAMATAN sebagai dasar utama dalam negara. Sesiapa yang cuba mengkritik negara hegemoni satu bangsa akan di anggap mengancam keselamatan. Apa sahaja yang cuba dilakukan oleh warga jika di tafsir bertentangan dengan fahaman hegemoni satu bangsa ini akan di anggap mengancam keselamatan negara.

Justeru jika ada tiga warga yang berkumpul mereka akan dianggap bahaya dan mengancam keselamatan negara. Ini kerana negara Zionis ini semenjak zaman British sentiasa dalam kedaaan perang. Walau pun telah lama merdeka undang-udang perang British ini masih terus berjalan.

Berkumpul secara aman tidak dibenarkan dalam negara Zionis. Ini akan dianggap memporak perandakan keselamatan awam. Semua perhimpunan akan di anggap perhimpuan haram – hanya parti Zionis dan penyokong-penyokong mereka sahaja yang boleh berkumpul dan berhimpun.

Jika ada perhimpunan berlaku walau pun dengan aman, jentera daulah – polis dan pencegah rusuhan – akan datang mengancam. Penangkapan terhadap perhimpuan aman adalah satu yang biasa berlaku dalam negara Zionis ini. Simbahan air asid adalah satu yang biasa kelihatan dalam negara Zionis. Peluru hidup juga digunakan untuk menembak dan menakutkan mereka yang berkumpul.

Bala tentera kaum Zionis hanya dipilih dari satu bangsa sahaja. Bangsa lain tidak akan dibenarkan memasuki bala tentera negara ini. Polis mereka juga dari satu bangsa. Mukhabarat - polis rashia - mereka mungkin ada bangsa-bangsa lain. Ini kerana mereka ingin menyamar masuk ke dalam masyarakat bangsa-bangsa lain untuk merisek.

Kekuatan negara Zionis ini bergantung kuat dengan polis-polis rashia. Mukhabarat Zionis ini ada di merata tempat. Dalam universiti, dalam masjid, di perhentian bas malah dimana-mana tempat awam akan kelihatan mukhabarat ini berkeliaran. Mereka menyamar sebagai orang biasa untuk mengutip maklumat jika ada sesiapa yang berani bersuara menentang hegemoni satu bangsa.

Negara hegemoni satu bangsa ini memiliki parlimen dan mengakui sebuah negara demokrasi berbanding dengan negara-negara lain. Tetapi parlimen negara ini tidak pernah berusaha untuk melupuskan undang-undang perang yang diwarisi dari zaman kolonial British dahulu. Undang-undang perang ini sentiasa ada dalam negara ini. Negara ini sentiasa dalam keadaan berperang.

Selain dari menganggap bahawa bangsa mereka sahaja yang betul – fahaman Zionisma juga menganggap agama lain adalah salah. Agama mereka adalah agama pilihan tuhan. Kitab-kitab suci orang lain dianggap tidak betul. Hanya kitab suci dan agama mereka sahaja yang membawa jalan ke syurga. Agama lain adalah ajaran sesat yang membawa ke neraka.

Negara Zionis ini mendapat sokongan ketenteraan dari negara-negara luar. Negara Zionis ini membeli berbilion-bilion ringgit peralatan senjata dari Amerika, Britain, Russia dan Peranchis. Kereta kebal, kapal terbang jet, kapal selam, senapang, pistol, gas pemedih mata, asid anti- rusuhan - semua alat persenjataan ini di bekalkan oleh negara luar. Semua senjata ini di beli kerana kaum Zionis tahu bahawa inilah satu-satu cara untuk mereka terus berkuasa.

Akhir-akhir ini kaum Zionis ini telah mula membuat alat-alat senjata sendiri. Semua ini dibuat kerana negara Zionis ini masih terus menerus dalam keadaan perang.

Salah satu sifat kaum Zionis yang amat menonjol ialah merampas tanah-tanah. Perampasan tanah-tanah ini terus menerus berlaku. Tahun demi tahun tanah akan di rampas. Tanah-tanah yang dirampas adalah tanah-tanah asli yang telah di teroka beratus-ratus tahun oleh penduduk tempatan. Ada tanah pertanian yang di rampas. Ada tanah perkampongan asli yang telah di rampas.

Kaum Zionis akan memberi alasan keselamatan jika mereka ingin merampas tanah. Pembangunan juga akan di jadikan alasan. Mendirikan empangan air , membuat jalan raya atau mendirikan penempatan bandar-bandar baru sering menjadi alasan untuk merampas tanah.

Pada awalnya undang-undang akan digunakan untuk merampas tanah-tanah ini. Jika gagal maka jentera polis dan tentera akan di bawa untuk merampas tanah peneroka. Polis-polis rashia akan mengancam. Ada tuan tanah yang akan dibeli. Jika gagal di beli maka tuan empunya tanah akan di ancam. Jika ancaman tidak berjaya maka akan berlaku tangkapan.

Tanah- tanah yang di rampas ini akan di berikan kepada penyokong kaum Zionis. Tanah- tanah pertanian subur yang telah di rampas ini akan di berikan kepada syarikat-syarikat yang menyokong fahaman hegemoni satu bangsa. Tuan-tuan pemilik tanah yang telah dirampas ini akan memberikan sokongan dana kepada kaum Zionis. Hotel-hotel, kondo dan apartmen mewah akan di dirikan di atas tanas yang telah di rampas.

Kaum Zionis akan melakukan diskriminasi terhadap bangsa-bangsa lain. Kaum Zionis mengamalkan diskriminasi untuk memastikan kuasa politik dan ekonomi terus di tangan mereka. Segala macam undang-undang akan diluluskan untuk memastikan hegemoni satu bangsa ini berterusan.

Kaum Zionis tidak akan mempedulikan pandangan masyarakat antarabangsa. Resolusi-resolusi badan-badan antrabangsa tidak di endahkan. Badan-bandan dunia diperlekehkan. Di dalam negara hanya pandangan yang bersetuju dengan politik Zionisma sahaja yang di benarkan. Jika ada kritikan yang muncul dari akhbar luar negara maka suara-suara ini akan dianggap benci kepada budaya bangsa kaum Zionis.

Kaum Zionis akan menuduh warga yang menentang hegemoni satu bangsa sebagai warga yang tidak patriotik, ajen negara asing atau telah keluar dari agama suci mereka dan mengikut ajaran sesat. Justeru itu negara Zionis ini mewajibkan warganya menggunakan kad pengenalan. Dalam kad pengenalan ini akan di letakan agama dan bangsa. Ini untuk memastikan kesucian bangsa mereka.

( Kita tidak perlu ke Gaza untuk melihat keganasan Zionis. Kita tidak perlu ke Tel Aviv untuk memahami Zionisma. Kita tidak perlu ke Jenin, Hebron untuk melihat tanah-tanah di rampas. Kita tidak perlu melihat Haram–al-Sharif untuk melihat tempat ibadat di runtuhkan. Kita tidak pergi ke Nablus untuk melihat rumah-rumah di runtuhkan. Kita tidak perlu melihat Ariel Sharon yang terlibat dalam pembunuhan.

Kita lihat Tasek Utara, Kampong Chu Badak, Kampong Berembang, tanah-tanah orang asli di Sabah dan Serawak yang dirampas. Kita lihat berapa banyak kuil Hindu yang telah dimusnah. Masjid dan surau yang telah diruntuhkan. Berapa buah gereja Orang Asal yang telah diruntuhkan.

Kita lihat bagaimana keterlibatan Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya – ini tidak ada bezanya dengan pembunuhan Abu Jihad. Bukan Tzipi Livni Menteri Luar Israel sahaja yang mengahalau keluar pengkritiknya , Syed Hamid Menteri Luar Malaysia baru sahaja berkata sesiapa yang tidak suka kepada undang-undang negara ini sila tinggalkan negara ini.

Peluru hidup menembak penunjuk perasaan bukan hanya di Baitulmukadis tetapi di Memali dan Batu Buruk. Bukan Shin Bet sahaja yang mengintip di Birzeit University – Polis Cawangan Khas juga mengintip di semua universiti di Malaysia.

Jangan terlupa Bilik Rashia tahanan ISA tidak ada bezanya dengan yang di tahan di Facility 1391 di Israel.)

Jangan hanya menyokong yang jauh tetapi lupa yang di hadapan mata. Zionisma bukan hanya orang Yahudi. Zionisma adalah fahaman politik hegemoni satu bangsa dan satu agama. Zionisma adalah semua kerajaan zalim yang menindas warganya.
(TT)












38 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu ulasan yg sungguh akademik!seharusnya di ajar pada peringkat sekolah rendah lagi,tahniah tt.

vgv

Tanpa Nama berkata...

Satu analogi yg padat dan padu. Pukulan smash yg tepat ke sasaran.

Ysori

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Tepat sekali huraian tuan tentang Zionisme dan tidak ada beza dengan di Tanah Melayu ini.
Di sini pemegang kuasa bijak menggunakan isu Gaza untuk menindas rakyat di Tanah Melayu ini.
Yang merana golongan marhaen. Yang berkuasa dan untung adalah golongan golongan yang menggunakan kuasa mereka untuk menindas yang lemah.
Penindasan ini akan terus dilakukan untuk mengaut apa juga yang ada yang diidamkan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Bro, gue kurang setuju sama pendapat bahawa kumpulan gerembolan ni asalnya menentang! mereka bukan penentang tapi dari gulongan tengkolok (rajalah tu)yang pilih dan di latih jadi lembu pawah asli dengan budaya lebih brits dari brits, dengan ketaatan tahap gaban.

Riyaz berkata...

SALAM PERJUANGAN...

memang benar apa yg saudara katakan..fitrahnya mmg begitu, kita melihat budaya kita yg simpati dengan kekejaman, keganasan..alhamdulillah itu satu sifat2 kemanusian..tetapi dalam masa yg sama, kita terlupa..KITA JUGA SEBENARNYA SENASIB DENGAN MEREKA YANG BERADA DI GAZA..cuma bezanya, ia hentam secara fizikal..kita, dihentam secara mind..apakah kita masih belum tersedar? sekadar berada di zon selesa maka kita terus berdiam???

terpulang kepada kebijaksanaan masing2..

shahrizalisme berkata...

Monsieur,

Secara lebih tepat, ISA bukanlah diwarisi oleh penjajah British. ISA digubal dan diluluskan semasa zaman Tun Razak menjadi PM. (Sila tujuk tulisan2 Raja Petra di Malaysiatoday).

Walaupun ditentang pada mulanya oleh beberapa tokoh pembangkang di Parlimen, mereka akhirnya telah terpengaruh kerana 'persetujuan telah diolah', iaitu utk membasmi gerakan komunis. Namun, setelah komunis tiada, ISA tetap kekal digunakan utk perkara2 bermotifkan politik. Ternyata ISA ini mempunya agenda (tersembunyi) yang lebih jauh ketika ianya digubal.

Seringkali sejarah penggubalan ISA dikelirukan (atau didiamkan) supaya kesalahan masih boleh dihalakan kepada British yang sudah lama pergi. Walhal, yang menjadi biang keladi kepada penggubalan dan penggunaan ISA yang bukan sahaja tidak demokratik tetapi juga tidak berperlembagaan (unconstitutional)ini adalah pihak kerajaan sendiri.

uncle_abu berkata...

tok isham n pembaca semua,

polis risik ni bukan sahaja dihantar memantau dak2 university kt Msia nih,tp jugak dihantar utk mengintip dak2 Malaysia yg study diluar negara.mereka akan menyamar sbg student juga,berkeluarga spt student2 lain..tetapi mempunyai agenda yang keji dan busukkk!!! dan ini benar2 berlaku melalui pengalaman seorang rakan.

hazwan mohd nor berkata...

thanks bro

baru skrg gua sedar

sebijik ar bro!

Niel berkata...

agreed...

Tanpa Nama berkata...

you are right, Hisham. Cara pemerintahan UMNO/BN selama ini bagaikan zionisme. Harap2 bangkitan rakyat Malaysia kali ini dapat memusnahkan rejim UMNO/BN yang kejam dan corrupt. People Power !

Pyanhabib berkata...

terima kasih brade isham,
info yang tidak akan diajar di universiti di malaysia ini, amat berguna. terasa sebak membacanya.

intifada berkata...

Spread the truth of Gaza to all.

Youtube is the 3rd most visited site on earth and the most popular video will get noticed instantly.
Just by viewing the view counter will rise and the video will get more popular.
This is Information Jihad in spreading the truth, just watch those videos on Gaza by al-jazeera or other agencies in Youtube.
View, Rank, Comment or Add to Favourite.
Let us make those videos more popular than other video so we can open people eyes.

Translate this message and spread it to all you know(across the world)

sympathy and prayers alone are not enough. If we demonstrate on the street maybe we could get a few second coverage on national television. If we bombard views, ranking, comments on Youtube Videos in support of the Palestinian, in the name of god more people will see it.

P/S:Translate this message to other languages. Arabic, French, Chinese, Malay, Spanish, Tagalog, Farsi, Turkish. Let it be heard by all. Send this to all your friend no matter what are their religion or political view. This is for the sake of all humanity.

Today more almost a thousand dead and maybe a thousand more under the rubble.
Coverage of War:-
http://www.youtube.com/watch?v=K5wrwZlwAq8 - More children died....view of this and beat Evolution Dance.
http://www.youtube.com/watch?v=lAzns3cvf8A
http://www.youtube.com/watch?v=QJaPZLNLBu8


-Intifada Hanifa(January, 2008)

V-Jolt berkata...

Bro Isham, gua setuju. Sblm ni bila cakap je Zionisme kita hanya ingat Israel/Yahudi. Tapi hukum, undang2 & polisi negara tak ubah cam mereka. Pemimpin2 lak, setakat cemuh je. Tu pun dalam local punya stesen TV. Dolah plak, nama je pegerusi OIC. Tapi apa dia buat? Next time tak payah la pegang apa2 jawatan dlm OIC tu. Dapat nama je. Satu paedah pun org palestin tak dapat rasa.

hafiz berkata...

peeeerrgh! best! sunggoh terharu! tepat! padat! harap menteri berdarah arab tu baca! cara umno dan zionis sama jek! sial! hahaha

anak jemapoh berkata...

Salam.....
Good job, sebijik sebijik kena kepala puak "zoinis" UmNo, macam dihempap batu-bata,
Siapa yang selama ini menjadi dalang menghalalkan@pergunakan atas alasan ugama, pembangunan, keselamatan, perpaduan untuk nafsu serakah yang gila mereka?
Itulah insan yang bertopeng syaitan dalam UmNo.Tak makan dek nasihat.
Kelas bro, lain kali jangan bagi batu , bagi peluru "AlQasam" sekali.

nami o fish berkata...

Kalau lu orang tengok dan berminat dengan pilihanraya kampus,lu orang akan tau la zionis kecil-kecilan ni gunakan nama palestin utk menindas orang lain.

zionis kecil-kecilan ni ialah geng-geng pak turut kepada yang menindas pelajar hidup di universiti selama ni,yang menutup suara pelajar-pelajar.

zionis sederhana macam umno terus membuli rakyatnya - tasek utara,kampung chubadak,kampung berembang - dan terus tunduk dengan kepala gedebe zionis - yang berpusat di Knesset dan Kongress.

cuba lihat link ni,dari zionis kecil-kecilan di universiti iaitu Hal Ehwal Pelajar,kepada kaum-kaum BTN yg jelas urat saraf gedebe zionis peringkat regional,UMNO,kepada kepala gedebe besar.

Apa yang boleh aku perhatikan semalam kempen pro Mahasiswa ngan Aspirasi(nama U aku x sebut),menunjukkan kaum-kaum zionis kecil-kecilan ni terus gunakan nama Palestin untuk berkuasa berterusan.

Ingat sekadar buat himpunan sambil sign2 kat banner "We Love Palestine" tu Gedebe besar boleh berenti ke?

Khun Pana aka johanssm berkata...

Malaysia ada banyak professor - professor , guru- guru dan ramai cikgu-cikgu.
Tapi, semua tak ajar bidang ini.
Ya, ada professor sintok yang ajar, cuma ajar bahawa Israel tu zion ist dan ajar bahawa rejim amerika itu rejim takda baik dan kejam.
Tapi mereka tak ajar bahawa di Malaysia pun ada rejim yang zalim dan keji dan hampir serupa dengan zionist.
Ini bukan akademik,ini betul.
Dan ramai melayu tak faham-faham , dan cubaan demi cubaan untuk nafi perkara ini.
Siapa orang umno yang baca ini, sila cermin kan diri dulu.

T T , i salute you lah,sebab ini tulisan yang hebat dan T T telah letak satu lagi paku pada keranda umno. ( walaupun mereka tak pakai keranda, cuma kain kapan )

Tanpa Nama berkata...

Sebagai seorang Islam yg beriman, kita wajib utk mempercayai tiada agama yg lebih baik dan unggul selain dari agama Islam.

Selain dari itu, saya menyokong seadanya.

Apapun, saya menyokong meritokrasi.

amanlegend berkata...

Salam..

Semasa saya darjah 6 pada tahun 1987,bapa saya pernah berkata begini.."pemerintah umno ini lebih teruk pada yahudi lagi"
Dah sekarang saya rasa saya lebih faham apa yang bro hisam tulis ini.

nakula_sadewa berkata...

salam,TT..mintak izin untuk copy article tersebut..rasa2nya perlu disebarkan pada orang ramai supaya orang sedar sikit..TQ

Tanpa Nama berkata...

BRO..BILA KITA BERCAKAP DAN MENENTANG APA2..KITA PKIR2 LA..SEBENARNYA JIKA BRO CKP ORG TERSEBUT ZIONIS..IAITU ORG MELAYU..MAKA MELAYU NI ZIONIS LA..SEBAB BRO CKP BANGSA ZIONIS..BUKAN UMNO NI ZIONIS..KITA BANGSA MELAYU BRO..BRO GUNA LA PERKATAAN LAIN..LAGIK SATU..BRO LANGSUNG TADAK PIKIR TTG PALESTINE..MMG SAYA X SUKA AMENO..TAPI KLAW AMENO PUN CUBA MEMBANTAH SERANGAN TERHADAP PALESTINE..SAYA SETUJU..WALAUPUN SAYA TAK SUKA AMENO..TAPI BRO..AMENO MEMBANTAH YAHUDI PUN BRO NAK KECOH..TAKKAN NAK MUSUH SAMPAI MATI..ULASAN BRO LANGSUNG PUN TADAK TOLONG UMAT KITA SENDIRI..SESAMA ISLAM..BRO NAK KUTUK PLAK..LAGIK SATU..KLAW BRO ADA CADANGAN NAK MEMAJUKAN NEGARA NI..BAGIK LA CADANGAN KAT SINI...TULIS LA PANJANG LEBAR..JANGAN ASYIK KOMEN 100X..TAPI BRO PUN TADAK NAK MEMAJUKAN BANGSA KITA..JIKA BRO ADA IDEA BERNAS KITA KONGSI..MAKI HAMUN PUN TADAK GUNA..JIKA CADANGAN BRO BERNAS..KAMI BOLEH SOKONG...TAPI KLAW SETAKAT KOMEN JER..TAPI TADAK PENYELESAIAN...TU TIN KOSONG BRO..SEMUA ORG BLEY KOMEN..OK BRO..SAYA MENUNGGU IDEA BERNAS DARI BRO..

Tanpa Nama berkata...

Inilah tulisan orang yang tak berhemah, yang menulis tidak mengikut ajaran Islam. Lebih suka menyamakan orang Islam yang di sebelah pihak dengan dengan zionis sedangkan di sebelah pihak lagi semuanya betul. Artikel ini tidak lebih dan tidak kurang hanya bertujuan nak menhentam sebelah pihak atas dasar politik semata, bukan dari segi ilmiah...

Tanpa Nama berkata...

Hamba berasa sungguh bertuah krn dapat baca masterpiece TT. Semuanya hebat2 belaka. Segala penipuan & propaganda dapat diungkaikan dengan analisis TT. Terima kasih.

kucingsiam berkata...

meow~

Gandhi pernah bersurah, pengamal kekerasan pasti kecundang satu hari nanti - mereka mungkin kelihatan gagah dan kuat untuk seketika, namun hukum alamnya sudah menentukan golongan ini akan tewas akhirnya.

Kita lihat rasisme terhadap orang kulit hitam di US selama ratusan tahun akhirnya dimusnahkan oleh gerakan massa yang dikepalai Martin Luther King, dan tindakan Rosa Parks yang enggan memberikan tempat duduknya kepada orang kulit puteh, akhirnya menumpaskan agenda golongan sayap kanan orang puteh untuk terus menindas mereka.

Di Afrika Selatan, mereka memenjarakan Nelson Mandela secara puluhan tahun, menyeksa dan membunuh penduduk kulit hitam yang berani melawan undang aparteid. Bukankah golongan penindas ini juga tewas akhirnya?

Yang ingin disamakan dengan zionis di sini bukan bangsanya, tetapi modus operandi mereka yang serupa.
Maka adalah betul apa apa bangsa di dunia ini boleh memiliki ciri zionisme.

Nasib penindas zionis sememangnya sudah ditentukan oleh hukum alam, dan dengan sokongan berterusan golongan zionis pasti tewas akhirnya.

azimah berkata...

saya setuju. tengok jauh sangat pun tak guna kalau kat rumah sendiri dah purak peranda...tetapi, sebagai orang Islam, saya rasa kita patut membantu saudara Islam kita yang berada di dalam kesusahan terutama rakyat Palestin yang mengalami kekejaman zionis ini.

Nimsaroj berkata...

ya betul, ideologi ini patut didedahkan kepada para pelajar agar mereka jelas tentang fahaman yang sama sekali tidak bagus untuk membangunkan bangsa dunia.

Isu bangsa sendiri pun para pelajar kita masih xjelas sebab usaha untuk memartabatkan bangsa sendiri bagaikan endah x endah. itu kenyataannya.

Ada yang masih tidak jelas akan asal usul bangsa melayu. hal inilah yang menyebabkan muda mudi sekrang cenderung ikut pengaruh luar.

syauqie berkata...

Salam Bang Isham,

Memamg power la tulisam u. Respect dengan cara pengolahan. Harap TT akan terus menulis dengan tulisan2 yang bernas. Keep on rocky bro,,,,

Raja Ganjil Sarjuna berkata...

Kepuraan memang sudah menjadi darah daging UMNO ni.. Menentang Israel sedang pada masa yang sama ada antara mereka menyeimpan di Bank Of Israel? Dan aku tak akan terkejut jika ada antara mereka (Ahli UMNO)merupakan ahli Freemason dan Illuminati, pertubuhan yang kuat menyokong Israel dan Yahudi... Kerana perangai sesetengah mereka, lebih teruk dari Yahudi, mereka seperti Yahudi mabuk..mabuk kuasa...

Tanpa Nama berkata...

bro,
tranungkite dah 2 hari tak bleh bukak....apakah ini jgk kerja zalim geng2 zionis?????

Tanpa Nama berkata...

silalah tinggalkan komen di blog saya. www.c4flavor.blogspot.com

Farouk berkata...

Beginilah jadinya jika fakta yang kukuh tapi disalahgunakan untuk mengkritik pentadbiran negara sendiri... Maksud saya, fakta yang Bro sampaikan memang betul tapi kenapa perlu dikaitkan dengan pentadbiran negara sendiri...Zioniskah Malaysia atau hanya di mata Bro saja? Janganlah kita sesuka hati nak samakan Malaysia sebagai negara zionis. Berbeza sebenarnya. Sama hanya di mata pembangkang yang rakus menentang kerajaan...

Tanpa Nama berkata...

tuan,
memang betul la tuan cakap. saya baru sedar kebenarannya..

Tanpa Nama berkata...

Kalau Zionis, Zionislah. Tapi kuasa kena ada, ok?
Ahli BSKL

romibaiduri zahar berkata...

Aku dah dah naik bosan dengan politikus2
yg kepandaianya bercakap besar...
tapi hasilnyer kentut jer...
Tak salahlah kalau aku cakap politikus kita ni adik beradik tikus....

Tindas menindas memang kerja depa...
rezab tanah melayu dan segala-gala mak datuk dorang politikan....
kenapa haprak sangat kepala otak depa..
aku pun tak tau

Profesor_Tua berkata...

Hai Isham,

Tak setuju, tak setuju, tak setuju.

Zionis tetap Yahudi je. Jangan kaburkan fahaman orang muda Isham.

cucuabuseman berkata...

betul umno memang zionis., pasal tu hishamudin terkedek-kedek lari waktu zaman pelajar alias hippies dia takut kena seksa disoaljawab...kemudian kembali dengan ideologi perleceh orang, gelakkan orang, jerkah orang dan mendidik nilai-nilai mulia pada generasi muda dengan bahasa yang bombastik. Aku tau lepas aku komen ni gerenti puak-puak hisham maki aku(mamang trademark depa dah..terima sajalah)

Tanpa Nama berkata...

hishamudin rais potong la rambut tu.. toksah dinangisi tarik simpati bile konsert tak senonoh terjadi.. usah berlakon tu cover line

Tanpa Nama berkata...

Aku tak faham kenapa ulasan ini seolah-olah tak bersetuju pada perjuangan satu bangsa Melayu dan satu Agama Islam.Adakan perjuangan untuk bangsa melayu dan Agama Islam disamakan dengan fahaman zionis.Ulasan tersebut biasanya dibuat oleh bangsa bukan melayu dan bukan beragama Islam dengan tujuan untuk menghancurkan bangsa melayu dan agama Islam itu sendiri.Apapun ajaran Zionis itu adalah semata-mata untuk mempastikan bangsa Yahudi dan agama Torah terpelihara.Sebagaimana kita yang mengaku sebagai bangsa melayu dan beragama Islam akan sedaya upaya mempertahankan maruah bangsa melayu dan kesucian Agama Islam.Biarpun undang-undang dan peraturan apa sekalipun perlu diwujudkan demi mempertahankan kesucian agama Islam,keamanan negara dan maruah bangsa melayu.