Sabtu, 14 Februari 2009

PENDUDUK BERJAYA TUTUP TOL




KUALA LUMPUR 13 Feb. – Penduduk setempat telah berjaya melawan untuk tidak membayar tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2 arah Kuala Lumpur) Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) berhampiran Kampung Dato’ Harun.

Selama ini penduduk kawasan ini telah di ganggu dan di kacau kehidupan mereka dengan kemunculan tol ini.

Pada petang Jumaat 13hb Febuarari 2009 tol yang di benci ini telah di hapuskan sama sekali. Ini satu sejarah kemenangan rakyat.

Inilah contoh yang berani berani berjuang dan berani mendapat kemenangan.

NOTA : Mengikut Kamus Rakyat Tol adalah satu sistem rompakan yang tersusun.




13 ulasan:

Cob Nobbler berkata...

bagus...

tol Balakong kat Cheras tu bila lagi nak tutup?

Haritu berperang dah macam Gaza dah..siap ada tear gas lagi.orang nak keluar masuk pun tak boleh.

Bila lagi nak tutup tol Cheras!huhu!

Tol PLUS tu bila lagi?hhahaha!!

Khun Pana aka johanssm berkata...

Makna nya, tiada yang mustahil.
Ini jawaban muktamad >TUTUP

Tahniah kepada rakyat PJ dan Selangor.
Misi seterus nya ialah untuk rakyat tutup umno.
Tol pun boleh di tutupkan.
Tak mustahil untuk rakyat tutup umno.
Tak mustahil untuk dapat kan PERAK semula.

zack berkata...

Inilah masanya rakyat menuntut dan
meminta kerajaan BN menunaikan tanggungjawabnya...beri tekanan kpd BN supaya menyelesaikan segala isu yg belum selesai kerana umno dlam keadaan tidak kuat dan sudah goyah mereka memberi perhatian
untuk cuba mendapatkan kembali sokongan rakyat.Jangan tunggu mereka kuat dan dapat kuasa semula..maka kesombongan selama 52 tahun akan berulang kembali......

Tanpa Nama berkata...

dear mat isham,

bro,

please tulis something about KFC dan fast-food that originated from US.

Something bad about it.

Focus on ajinomoto yang berlebih-lebihan di situ.

coz orang kampung ramai tak tau lagi.

mereka (orang2 kg) ramai berkata, makan KFC adalah suatu jenis pemakanan yang sihat dengan me-refer pemakanan itulah yang menyebabkan mat-saleh nampak cantik, lawa, gebu dan berbandan tough dan maskulin.

orang2 kampung kiter rupa-rupanya masih terkeliru lagi antara pemakanan sihat omputeh dengan pemakanan junk-food ciptaan omputeh.


regards...

Tanpa Nama berkata...

Syabas..Hari ni tutup tol. Nanti kita tutup plak BN.

Siberkop berkata...

Nak buat demonstrasilah juga. Depan Mines atau jalan dari pekan Sg Besi Lama ke Mines tu patutnya takde tol. Nyusahkan org jer. Percuma jer kasik duit kat tokey Hotel Kuda.

Tok Uban berkata...

Tapi yang nak tergelaknya, dalam berita tv3 semalam (13/2),ditunjukkan orang umno, siap dengan bendera umno bergembira bila menteri JKR umumkan tol dibatalkan....kahkahkah

Aku pun tak tahu selama ni orang umno ada fight tak supaya tol dimansuhkan...tiba-tiba dia orang tunjuk muka pulak...chit..

Itulah orang umno...dah berak tak mahu mengaku...bila orang lain dah cuci...depa kata...tengok.. aku dah cuci...macam kes hina raja ni lah...dulu..macam-macam depa kutuk raja..sekarang ni nak pertahankan pulak...porah...kalau aku jadi raja...sekarang nilah aku ambik tindakan...kasi ajar sama depa...jangan sombong sangat..

Tanpa Nama berkata...

Bro,

Sepatutnya Tol PJS2 Arah Sbg Jaya yang ditutup. Tol Arah KL tak ada mendatangkan masaalah pd penduduk setempat kerana ada jalan susur ke flyover NPE Arah KL untuk elak Tol. Kenderaan dr PJ/KL merentasi & menyesakkan jln di kwsn perumahan di Tmn Dato Harun & Kg Medan untk elak Tol PJS2 Arah Sbg Jaya. Ni baru betul wayang....

Tanpa Nama berkata...

bagus, tol tu sgt menyibuk.ada satu je jln tanpa tol kalau nak masuk dato'harun. itu pun jam gila.

Tanpa Nama berkata...

jangan gumbira sangat... ntah berapa puluh juta wang rakyat hilang bayar pampasan kpd NPE sdn bhd. menteri JKR pun takut nak bagi tahu.

tutup umno/BN dulu, kemudian tutup tol.

Daddy berkata...

Assalamualaikum...

Pelik tadi aku lalu ramai jer beratur ngulur "ufti" Nak ke Medan Jaya

Ada balik ke?

Daddy berkata...

Assalamualaikum..

Lepas ni kena pakat ramai-ramai sesiapa ahli politik sanggup bida harga tertinggi undi kita... kita undi mereka.. Apa kita nak mereka laksanakan?

Yang penting:-

1)Tol Plus tu kalau ada yg sanggup hapuskan

2)Hutang PTPTN yang menjerut kehidupan ramai lepasan Universiti..

Agak-agak ada tak sesiapa ahli politik berani berjanji nak hapuskan dua benda tu kalau mereka dapat bentuk kerajaan?? Dulu kat Terengganu semua dapat nikmat takpayah bayar tol kat jambatan... sampai la sekarang selepas PAS dapat berkuasa sekejap.

Wassalam

John Leh berkata...

Besok ada demo di NPE.
Jam 10am.
Sila hadir bagi yg boleh hadir.
Yang tak boleh hadir sila bunyikan hon tanda sokongan.

Hapuskan rompakan tersusun ini.
Geng Seluar Dalam buat rompakan pun belum tentu tersusun lagi.
Rompakan jenis ini bukan dari Geng Seluar Dalam. Tapi dari Geng Baju Batik Lengan Panjang.