Ahad, 15 Februari 2009

WARGA MALAYSIA PERTAMA MASUK WORLD GUINESS BOOK OF RECORDS







Peguam Karpal Singh satu-satunya warga Malaysia telah diistiharkan sebagai manusia yang paling banyak mendapat laporan polis dilakukan terhadap dirinya.

Ajensi-ajensi berita luar negara telah melaporkan bahawa wakil Rakyat dari Pulau Pinang ini bukan sahaja telah melintasi Book of Record Malaysia tetapi telah mencatatkan namanya dalam World Guiness Book of Records.

Hingga ke hari ini rekod Yang Berhormat dari Bukit Gelugor ini masih unggul dan mungkin akan bertahan untuk beberapa dekad.

Tercatitnya nama Karpal Singh ke dalam World Guiness Book of Record ini pasti akan mengharumkan lagi nama Malaysia. Ianya juga akan membawa lebih banyak pelancung untuk datang melawat Malaysia.

Ajensi Berita juga telah melaporkan beberapa Ngo Bumiputera dari Malaysia telah meminta World Guiness Book of Record agar 30% rekod-rekod yang dirakamkan oleh badan antarabangsa ini hendaklah di khaskan untuk Bumiputera sahaja. ( TT)




17 ulasan:

reverie berkata...

hah ha. ini lawak. Tahniah karpal!

Izzat Aziz berkata...

hebat gak karpal ni.. Najib mesti masuk gak record.. tapi tak tahu lagi record apa.. berkaitan mongol kot.. HAHAHA

Tanpa Nama berkata...

Hebat!!! Hebat!!!!

Cuba teka siapa tetamu istimewa yang menghadiri makan malam jubilee Perak Sultan Azlan Shah semalam?

Tengok kat sini.

Zolkharnain Abidin berkata...

Zambry boleh masuk rekod Malaysia pegang potfolio paling banyak.

Najib pun boleh pasal c4.

Umno pun boleh pasal lawan raja...

Semua orang pun boleh...he he he

sweetFreak berkata...

suke bace tulisan pak isham. membuke mate n minda yang lembam

sweetFreak berkata...

malaysia selalu pecah rekod bab-bab bende yang bangang..

Tanpa Nama berkata...

hahaha..canggih punya idea tu 30 peratus untuk bumiputera...kekekeke..Tahniah YB Karpal....suka duk kat malaysia,banyak rekod boleh pecah..

Tanpa Nama berkata...

TOYO dari grombolan kena tangkap polis tu satu rekod jugak tu.. berapa lama dia kena tahan kat balai pun satu rekod jugak..

Tanpa Nama berkata...

sasaran seterusnya : masuk RIPLEY'S BELIEVE OR NOT..

Unknown berkata...

Kalau sudah boring dengan politik busuk dan jahat ameno, jom cari kerja di Saudi dengan klik sini

Tanpa Nama berkata...

tak lama lagi SAMBAL BELACAN, NASI LEMAK, NASI KERABU & KARI KEPALA IKAN pun akan masuk GUINESS BOOK OF RECORD sebab makanan2 tu telah diisytiharkan sebagai WARISAN KEBANGSAAN..

Tanpa Nama berkata...

Sebelum Karpal, telah pun ada satu penderhaka iaitu Standard Chartered Bank. Cisss... berani betul penderhaka ini membawa raja kita ke mahkamah (kerana tidak melangsaikan hutang)!!! Karpal Singh dan Standard Chartered Bank mesti dihukum!

entah berkata...

Malaysia Boleh..

hehehe..

Anep berkata...

sultan kena heret mahkamah
kahkahkah:p

karpal buat rekod:p
kahkahakah:p

ipoh jalan jem lagi kahakahakah:p

Tanpa Nama berkata...

Kalu mcm tu Ali ketam dari melaka kena bg anugerah Dato' kpd Karpal Singh. Shah rukh khan tentu setuju....Karpal lebih layak..Mcm mana Datu' Ali...boleh k

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah

mat mongol pulak msuk rekod sbg satu2nya menteri kewangan yg brkata tiada kemelesetan ekonomi kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

tahniah karpal!!!
sbnrnya yg cipta rekod ni bkn karpal...org amno yg tlg ciptakan rekod utk dia. suka sgt buat rekod bodo.

najib sbnrnya mampu utk pecahkan rekod karpal ni tp org2 pr malas jer. hantar wakil utk buat report satu dua cukup la. itupun buang karan ajer...polis buat don't know jer report beribu2 pasal najib ni.