Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 23 Mac 2009

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT TERUSKAN LAGI !!



KERAJAAN SELANGOR PERLUAS KONSEP KENAJIKAN - mkini
SATU KELUARGA SEBUAH RUMAH



Genap sembilan bulan selepas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor 'merakyatkan ekonominya', kini ia melangkah ke fasa kedua program kebajikan tersebut, demikian diumumkan oleh Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim malam tadi.

Berucap kepada kira-kira 4,000 orang di Stadium Malawati, Shah Alam, sempena ulangtahun pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Khalid berkata, fasa kedua itu termasuk bantuan kepada golongan belia, usahawan dan kakitangan kerajaan negeri.

Bagi kakitangan wanita kerajaan negeri pula, kata Abdul Khalid, mereka akan diberi tambahan 30 hari cuti bersalin, menjadi 90 hari.

Di bawah program tersebut, tambahnya, kerajaan negteri sedang memajukan konsep "Rumah Untuk Semua" di mana setiap rakyat Selangor berhak memiliki rumah sendiri berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing.




KUTIPAN RM43,000 DIBAWAH POKOK DEMOKRASI


Satu pesta lelong pecahan dari plak Pokok Demokrasi telah dilancar oleh Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak.

Lelong ini telah diadakan di bawah rimbunan teduh Pkokok Demokrasi.

Hampir 500 warga Perak telah hadir.

Duit 43,000 ringgit hasil dari lelong ini akan digunakan untuk membuat satu lagi plak Pokok Demokrasi.





9 ulasan:

MS berkata...

Bro,

kihkihkihkih....SEHABIS HABIS PANDAI AKHIRNYA MELAYU BODOH JUGA...kihkihkih...PARA PEMIMPIN MENIPU RAKYAT LAGI...kihkihkih...BENDA YANG SEBENARNYA TIDAK ADA NILAI...TAPI DIPUTARBELITKAN CERITANYA LALU BENDA ITU MEMPUNYAI NILAI...DINAMAKAN PLAK DEMOKRASI...kihkihkihkih...DEMOKRASI HARAM JADAH...MELAYU DITIPU LAGI SUPAYA MEMBELI PLAK HARAM JADAH TU...kihkihkihkih...AWAT LA RAKYAT PERAK BODOH SANGAT...kihkihkihkih...PEMIMPIN KELENTONG...RAKYAT NGANGA....kihkihkihkih...PEMIMPIN KAYA..RAKYAT MERANA...kihkihkih

http://melayusesat.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Bro...news from Times Online United Kingdom

From The Sunday Times
March 22, 2009
Arms deal link to death of model

http://www.timesonline.co.uk/tol/news/world/europe/article5950217.ece

Really interesting!!!.

A Ayer

dragsuperstar berkata...

asyik kaum IBU ja dapat cuti lebih..

bagaimana kaum ayah/bapa..bagila cuti seminggu sempena mendapat anak ini..

kaum ayah/bapa perlu pergi ke jabatan pendaftaran negara, buat itu buat ini..3 hari mana cukup..

p/s gua punya pendapat je

Tok Moh berkata...

sempoi...
Aku cadangkan dengan rm43 ribu tu..
pakatan rakyat di perak buat plak lebih banyak dan besar..siap ada cctv lagi..

Kalau boleh buat dan letakkan disetiap pokok di dalam kawasan bandar...

kah..kah..kah..
biar puak UMNO-BE-END sakit hati bila lihat pokok-pokok..
biar diorang gilo meroyan..

Wak Tempek berkata...

syabas dan taniah pakatan rakyat selangor.ni la contoh dan kehendak rakyat diberi perhatian.untung la lahir kat selangor korang.

fredo berkata...

pecah 1, seratus lg akan kuar.. heheh pening la beruk2 sana tu pasnih, byk keja, nk kena pecah..

Alias Mohd Yusof berkata...

Malam tadi keluar di berita TV3 ucapan Tun Mahathir di majlis yang dianjurkan oleh persatuan Perkasa. Nampaknya Mahathir akan diberi tempat semula di bawah pimpian DS Najib Nanti, yang akan menjadi kuda tua bagi memperkuatkan perjuangan orang-orang Melayu.

Saya nampak ucapannya itu hanya akan melebarkan jurang perkauman di negara ini. Dia tidak berpijak dibumi nyata. Dia mengatakan negara ini adalah hak peribumi negara ini iaitu orang Melayu. Tidakkah dia sedar, datuk dia sendiri pun berasal dari pendatang Negara India.

Bolehkah kita kata bahawa negara Singapura itu adalah hak peribumi negara itu iaitu orang Melayu. Undang-undang mana dia pakai?

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan PKR. Ini baru betul.

Mohd berkata...

Jika ini benar .. maknanya .. plak itu lagi bernilai dr DEmokarsi yg ada d Malaysia ... sendiri faham la...