Khamis, 2 April 2009

HIGH NOON


Filem Western - Koboi tahun 1952 arahan Fred Zinnemann. Skrip ditulis oleh Carl Foreman – berlatar belakang zaman McCarthy.

Lakonan Gary Cooper dan Minah Cun Grace Kelly sebelum Minah Cun ini dipinang Prince Rainier of Monaco untuk menjadi Puteri Monaco yang berakhir dengan trajedi mati kemalangan.

Minah Cun ini terjatuh didalam gaung dimana filem To Catch A Thief ( 1955) telah dibuat. Dalam filem ini Minah Cun ini juga berlakon utama – kalau ini bukan trajedi - keretek juga bukan rokok.

High Noon sebuah klasik sepanjang zaman - memenangi 4 Oscar.

Ini filem kesayangan Mat Bunga Bill Clinton. Selama 2 penggal di Rumah Puteh Bill telah menonton 17 kali filem High Noon ketika Mat Bunga ini tidak bertenet dengan Monica.

Mat Bunga berlagak nak jadi cool macam Gary Cooper tapi Monica tidak seCun Grace Kelly.

Tidak ada Dayak dalam filem ini. Hanya Lee Van Clef muncul sebagai kaki busuk yang tidak berdailok.

Sesiapa yang belum menonton sila cuba mencarinya. Filem ini wajib dinikmati dengan Big Screen.

NFTS di London sesekali menayangkan filem ini terutama apabila apa cetakan baru
.



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haa?? iklan selingan ke?? atau ada maksud tersirat??
-average joe-

ct berkata...

Macam ada hint je.

Unknown berkata...

Terima kasih saudara, harap dapat promosi lagi wayang-wayang yg lain. saya tgh muat turunkan wayang ni..
dah siap nnti bole layan...

Keylee Daud berkata...

bigscreen dan kakakakaka

Tanpa Nama berkata...

tapi malangnya nasib di malaysia ini tak ada marshal mcm will kane .... semuanya penakut!!!