Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 7 Mei 2009

SIDANG AKHBAR PAKATAN





SIDANG AKHBAR JAM 4.13 PETANG


Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.

DARI : Idham Lim

Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker.

Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. DUN Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun.

Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.

BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker. Sidang hari ini tiada dan tidak sah.

Terima kasih kepada semua media yang bekerjasama dengan baik.

Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah.



12 ulasan:

dewamuzik berkata...

Ini namanya 1Mongolia, BN Didauhulukan,Altantuya Dilupakan.

Mohamad Taufan Mohd Yassin berkata...

Tabik Tuan Speaker dan rakan-rakannya.

Tindakan BN hari ini telah melanggar Perlembagaan Malaysia dengan nyata, jelas dan terang.

Konsep pemisahan kuasa sudah jelaskan setiap satu cabang tidak boleh campuri cabang lain kecuali yang telah dibenarkan. Dalam hal DUN, Tuan Speaker adalah ketua dan memiliki kuasa untuk tadbir-urus perihal persidangan dan ahlinya.

Malangnya, setelah dibelakangkan oleh Abdullah Antong (kosong) yang memanggil persidangan tanpa kebenaran (dari Tuan Speaker), sekali lagi Tuan Speaker dilayan dengan teruk. Tuan Speaker merupakan ketua DUN pertama di dunia yang dihalau dari kerusinya semasa persidangan.

mokumanamana Jr berkata...

Mengapa begini caranya perlakuan mereka orang2 BN ni yang the so-called golongan yang faham TER amat kepada rukun negara itu??

Saya tidak emosi orangnya bila berhadapan dengan isu politik atau apa2 kejadian politik. Tetapi, kejadian di DUN Perak ini berjaya menitiskan airmata saya. Kerana negara kita yang dikenali seantero dunia ini sebagai negara yang utuh sistem kerajaan dan dokumen perundangannya telah menjadi sejarah hari ini apabila satu cabang sistem demokrasinya dicemar dan dihina kemuliaannya sedemikian rupa.

Bagaimana mungkin menjadi sah sidang DUN hari ini pabila perasmiannya pun belum dibuat tapi semua usul oleh pihak BN sudah dilaksanakan.

Begitu sekali BN Perak menghina kedaulatan perundangan dan kesultanan Perak, dengan melakukan sedemikian rupa perlakuan pengambilan-alih speaker dewan.

Oh! begini rupanya cara menukar speaker dewan!

Razaisyam Rashid berkata...

bagus lah kalau para media bekerja sama dengan baik...

tipu ek?

deepthroat berkata...

Demokrasi ikut kepala lutut pemimpin politik tentunya tidak begitu demokratik. Politik Perak dah jadi politik tempoyak. Pakatan tak sah rakyat kena terima bahawa kedudukan mereka dalam dun dah bukan lagi majoriti. Orang pkr dan dap yang lari dari pakatan. tak melompat ke dalam bn pun. jadi bebas sahaja. kenapa sukar sangat nak terima hakikat ini. masa pakatan tak sah tubuh kerajaan dulupun majoritinya hanya 3 kerusi dan kini majoriti itu telah berubah pihak. Masalahnya manusia bila dah berkuasa tak mahu terima hakikat bila hilang kuasa. Nampaknya politik perak diwarnai oleh orang-orang yang gila kuasa.mungkin juga oleh orang-orang gila yang berkuasa dan pernah berkuasa. gila kuasa atau kuasa gila?

Hati Kecamuk berkata...

apekah BN menukar speaker sesuka hati sperti menukar speaker Altec Lansing?
Bunyi Dum..Dum..Dum! tp sbb speaker cap lain,kena tukar? kahkahkah!
betul2 mencemarkan lah...

Sudin berkata...

Maksud yang berlainan !

Mestilah bekerjasama dengan sapa-sapa pun.
Baik gerombolan atau PR.

Lakonan yang berkesan.
Siapa yang berkuasa untuk membubarkan DUN ?

Dari awal lagilah Bro kalau hendak bekerja atau bekerjasama.

Ape ke hai nye bila orang awam digari tangan oleh pihak polis hari ini ?

Speaker Sivakumar disepak terajang,diheret macam nak buang kucing kurap.

Ape keroje ni yob ?

Udah-udah le belakon !!!

Tak kan lupe kot ?
Sambutan hari jadi.

edolah berkata...

Menyemarakkan lagi kebangkitan suara rakyat untuk be end dilingkupkan dalam demokrasi PRU nanti. Percayalah bahawa kebenaran bisa disalahkan, tapi kebenaran tidak bisa dikalahkan..akhirnya ia akan tegak berdiri di tengah-tengah mahing NAJIs kebatilan!

Tanpa Nama berkata...

"1 malaysia" dah tengok fenomena "GEROMBOLAN WARMING" di perak hari ni.1 Malaysia beb,1 Malaysia,wa cakap sama lu 1 Malaysia dah tahu.

Tanpa Nama berkata...

1 Malaysia dah tengok beb fenomena "Gerombolan Warming" yang jadi di negeri perak,"1Malaysia","1Malaysia",1Malaysia" wa cakap lu..............

Tanpa Nama berkata...

deepthroat,
lain kali sekolah jangan ponteng..kan dah tak layak masuk universiti.
busuk2 kalau terdesak sangat pun masuklah ITM.
lain kali belajar undang2 la dol..
kalu salah kita cakap salah..jangan buta perut.
pegi belajar lagi ye.

saye la berkata...

razaisyam...sila wat filem pasal this crap politic scene happening in Malaysia.hahhaha