Rabu, 24 Jun 2009

INI SIFAT KAPITALIS




HATI HATI TAWARAN PAKEJ UMRAH –MATTA
- melayau

KUALA LUMPUR 23 Jun - Satu kegiatan penipuan pakej umrah dikesan sedang berlaku di negara ini dengan memperdayakan bakal peserta umrah terutama dari kawasan luar bandar dengan tawaran pakej umrah semurah RM3,500 serta bayarannya boleh dibuat secara ansuran.

Sambil menyifatkan pakej yang ditawarkan itu sebagai tidak masuk akal, Timbalan Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Mohd Khalid Harun berkata, kos serendah itu tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadah tersebut.

Mohd. Khalid menjelaskan, bahawa kos semasa pengendalian pakej umrah sepatutnya berharga antara RM5,000 dan RM6,000, merangkumi tiket kapal terbang, pengangkutan dan penginapan jemaah sepanjang berada di Tanah Suci.



SISTEM EKONOMI KAPITALIS


Inilah sifat asli kapitalis. Inilah sifat kaum pemodal kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalisma tujuan utama ialah untung.

Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tujuan asasnya mencari untung. Ini hakikat. Tidak perlu berdolak dalik.

Kaum kapitalis akan melakukan apa sahaja asalkan dapat untung.

Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di jual akan di jual. Asalkan ada untung.

Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di beli akan dibeli. Asalkan ada untung.

Dalam sistem kapitalis – agama, ibu, ayah, anak – semua boleh di jual – jika mendapat untung.

Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tidak mengira agama, bangsa atau wilayah.

Sistem kapitalis bersifat uninversal – melintasi benua, daerah dan wilayah.


SISTEM EKONOMI SOSIALIS


Sistem ekonomi sosialis ini berbeza dari sistem kapitalis.

Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan bukan untung tetapi perkhidmatan.

Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan ialah kebaikan ramai bukan keuntungan pribadi.

Dalam sisstem ekonomi sosialis pembangunan dilakukan bukan kerana ianya boleh mendapat untung – pembangunan dilakukan kerana ianya membawa manafaat untuk orang ramai.

Dalam sistem sosialis hospital percuma – kerana ianya baik untuk menjaga kesihatan semua warga. Hospital bukan untuk membuat untung tetapi memberi khidmat. Khidmat terbaik diberi bukan kerana si sakit kaya tetapi pesakit memerlukan khidmat itu.

Dalam sistem sosialis pembelajaran –sekolah/universiti – diberi percuma kerana ianya akan melahirkan warga yang berilmu. Ini perlaburan yang dananya dikeluarkan dari kantong negara. Pembelajaran bukan perniagaan. Pembelajaran ialah untuk mendidik warga berilmu. Warga yang berilmu akan berbudi dan berbahasa. Warga yang berilmu tidak membawa porak peranda.

Dalam sistem sosialis perumahan didirikan untuk semua. Membuat rumah kediaman bukan untuk mencari laba tetapi untuk memberi keselesaan kepada penduduk. Kenapa yang kaya perlu 4 bilik dan yang miskin duduk berhimpit-himpit?

Kalau dalam sistem ekonomi sosialis syarikat kapal terbang adalah milik negara. Harga tiket ke umrah atau ke mana sahaja akan dijual semurah mungkin. Bukan bermakna penjualanan tiket kapalterbang akan merugikan tetapi niatnya BUKAN untuk keuntungan maksima.

Untung yang didapati bukan akan masuk ke dalam poket individu pemegang saham. Dalam ekonomi sosialis pemegang saham ialah semua warga. Bottom Line sosialis bukan ringgit dan sen. Bottom Line sosialis ialah khidmat untuk orang ramai.

Nota:

Mereka yang menentang sistem sosialis kerana mereka tahu dalam sistem ini mereka tidak dapat melabor modal untuk memeras dan menindas kaum buruh.

Negara sosialis selalu di serang kerana kaum kapitalis tidak dapat membuat untung dan merompak harta kekayaan.

Negara sosialis diserang kerana punca-punca ekonomi negara - minyak, bijeh, sawit,emas, besi dan segala hasil bumi - tidak boleh dimiliki oleh Exxon, General Motors, IBM, Chevron, ITT, Douglas McDonald, City Bank atau HSBC.

Memang betul dan saheh di Cuba tidak ada MacDogal. Betul di Cuba tidak ada KFC. Betul di Cuba tidak ada Coca Cola.

Tetapi di Cuba – ada sistem perubatan awam yang terbaik dalam dunia. Ianya diberi percuma untuk semua warga.

Di Cuba ada sistem pembelajaran yang terbaik di dunia. Sekolah perubatan Cuba memberi kuliah percuma untuk pelajar dari negara-negara dunia ketiga termasuk dari Amerika.

Di Cuba ada sekolah sukan yang tebaik. Negara kecil yang penduduknya berjumlah 11,451,652 ini saban kali di sukan Olimpik akan mengondol berpuluh pingat emas – lebih dari India yang rakyat 1 bilion atau Saudi Arabia yang dikatakan kaya raya.

Fakta :

Paling menyedihkan ada gulungan yang menentang sistem sosialis ini bukan dari kaum kapitalis yang kaya raya tetapi dari mereka yang miskin papa kedana. Mereka ini di beri ajaran dan ditakut takutkan bahawa kaum sosialis ini tidak bertuhan.

Ini adalah hasil dari sistem pembelajaran kapitalis yang telah membuatkan orang-orang ini bebal – tidak dapat berfikir. Dalam sistem kapitalis amat-amat diperlukaan orang-orang bebal lagi bodoh agar mereka boleh terus menjadi buruh dan hamba tanpa memiliki ketinggian fikrah dan keupayaan intelek.

Sistem kapitalis ingin melahirkan kaum buruh yang setia, tidak berfikir dan tidak dibenarkan berpersatuan. Dalam sistem sosialis kesatuan buruh adalah rukun pertama.

Dalam sistem sosialis pembelajaran percuma tidak memungkinkan lahirnya orang –orang bebal. Kebebalan adalah musuh utama sosialisma.Kebebalan dan kebodohan akan dilawan hingga ke akar umbi.

Dalam sistem sosialis tidak akan timbul isu PPSMI - kerana dari segi keilmuan telah diketahui bahawa untuk mengajar satu- satu bahasa BUKAN melalui maths dan sains tetapi melalui sastera.

Hanya dalam sistem kapitalis wujudnya manusia bebal yang mencadangkan cara mempelajari satu-satu bahasa adalah melalui maths dan sains.

Hidup jangan jadi bebal. Fikirkan siapa yang tidak percaya kepada Yang Maha Esa - kaum sosialis atau Kapitalis Yang Menjual Gambar Kaabah?.



44 ulasan:

the indie story berkata...

SYABASSS...SAUDARA ISHAM!

SATU ULASAN YANG CUKUP BERNAS. PADAT DAN TEPAT!

fahmi berkata...

salam, terima kasih atas post ini, semoga ia menyedarkan umat manusia. minta kebenaran utk dipost semula dlm blog saya.

p/s: dulu kita pernah berjumpa di Pesta Buku PWTC, nak inform yg saya berjaya ke UM untuk kos TESL, terima kasih sudi sign buku & bergambar dgn saya.

Cob Nobbler berkata...

Well written bro.Bukan nak jadi lu punya groupie ke apa,tapi aku salute apa yang lu kata,at least untuk kali ini.

Yang benar dibenarkan yang salah disalahkan.

Aku pernah tulis dalam blog aku,titlenya "Siapa Tuhan Kamu?"

Aku bertanya kepada pengkeji-pengkeji sosialis,pengutuk-pengutuk dan pengata-pengata ni,kamu kata Tuhan kamu Allah,Yawheh,Siva atau Jesus,tapi pernah tak terlintas dalam kepala otak korang yang kalau korang tak berduit korang macam tak bernyawa?

Jadi siapa Tuhan kamu,Tuhan kamu atau duit?

Nak pergi haji,pakai duit.Nak makan pakai duit.Nak kencing berak pakai duit.Nak beranak pakai duit.Nak mati pakai duit.Nak tido pakai duit.Nak bersenyawa pakai duit.

Jadi kalau segala aspek kehidupan korang memerlukan duit,siapa yang kamu sembah?

Cuba korang fikir,semakin lama semakin ramai manusia lahir.Bila manusia lahir manusia nak duit untuk beli makanan,beli air,beli macam-macam lagi.Sampai bila kau nak pakai duit?Sampai bila kerajaan nak print duit?

Ringgit,euro,dollar,pound sterling,yen,dinar emas - ni semua adalah duit.Macam-macam la korang cakap - sistem sosialis ni mencetus manusia pemalas la,manusia tak nak bekerja la.Lepas tu ada manusia tulis dalil,fatwa dan apa suka hati nak panggil la,sosialis ni orang atheis,sosialis ni sesat,sosialis ni haram.

Haram sana,haram sini,haram situ,haram mana-mana.Sukati je nak haram-haram.

Kalaulah korang nak sustain hidup korang dengan kapitalis ni,cuba fikir,berapa lama bumi ni boleh bertahan?Kita kena belajar berkongsi.Kita kena belajar yang kita ni satu saudara.Satu bangsa manusia.

Manusia suka beza-beza antara satu sama lain.Islam dan kafir,Melayu dan bukan Melayu,Timur dan Barat,macam-macam lagi.

Kalau kau nak bertahan dengan sistem yang ada sekarang,berapa isi perut bumi lagi kau nak tarah untuk ketamakan korang?Berapa banyak lagi hutan kau nak tebang untuk ketamakan kekayaan korang?Berapa luas laut lagi kau nak cemarkan untuk ketamakan korang?

Betapa jelasnya bukti tapi betapa degilnya korang nak menutup mata?

"The Earth can sustains what we need but not our greed".

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah kah...kih kih kih...kah kah

SELAGI GEROMBOLAN SETAN PUKIMAK MEMERINTAH NEGARA INI, MAKA SELAGI ITULAH SISTEM KAPITALIS AKAN MENGGANAS MEMBAHAM KEHIDUPAN RAKYAT NEGARA INI.

JANGAN UBAH LAGI MAKSUD PPSMI YANG AKU TERJEMAHKAN TUU...kah kah kah kah

PPSMI..."PENGAJARAN PUKIMAK SETAN MENGARUT IN ENGLISH"...kah kah kah kah...kih kih kih kih

[IDI AMIN]

jab sp berkata...

Hisham,
Sekali baca,sekali dengar,sekali diberitahu ,sistem sosialis adalah sistem yang terbaik.Tapi bila kita MERASA sendiri akan sistem ini dan berada dalamnya ternyata inilah satu sistem yang "menghambakan: manusia.Lama aku berada dalam suasana negara mengamalkan sosialis dan dikatakan berfaksikan Islam.Manusia pekerja dan manusia penguasa diagihkan,dibahagikan,dibedakan.
Kawasan dmana (area)penguasa berada/diami mustahil untuk dihampiri olih manusia bertaraf hamba.Ketakutan hidup amat mengila.

udin berkata...

elle eh...3setengah tu pun mahal
haku dapat lagi murah
dan tak payah plak susa susa
haku pesan je kat anak haku
haku tinggal duit kat dia RM1800
dapat haji dan umrah sekali
RM300 untuk umrah
RM1500 untuk haji
tak payah undi PAS dan UMNO masuk sulga
tak caya carik dalam sokkabo iklan upah haji dan umrah
pacik haku harumsani kata boleh hapa?
see you all in heaven

Di pinggiran berkata...

Bro Hisham,

kan ke semua tu ade dlm ekonomi cara Islam?

Tanpa Nama berkata...

isham gua memang setuju dengan teori ekonomi sosialis. tapi satu yang susah sistem ini bila dah dipraktikkan..boleh jadi bencana.. rasuah lagi mudah terdedah..susah nak cari pemimpin yg betul-betul berjuang untuk rakyat..lebih-lebih lagi dalam suasana kapitalis seperti di malaysia ni..

Tanpa Nama berkata...

Dlm apa sistem pun..zaman sekarang ni zaman mengejar masa. Nak tinggal kerja utk sembahyang pun dalam kelam kabut.. Sembahyang pun jadi tunggang calit... Sedangkan solat itu 'tiang' agama.

Basuh Baju berkata...

sekali baca memang cukup bersetuju. dan telah ditampilkan dengan bukti (cth negara Cuba)..

persoalannya: sanggup ke negara kita nak berubah kepada ekonomi sosialis? kalau sekarang ni semua yg swasta kita milik negarakan, bgmana dgn pekerja2 yg ada? bukankah mereka dibayar melalui keuntungan? kalau dah dimiliknegarakan, xde untung. Bila tak untung xde duit bayar gaji. bila xde duit bayar gaji, kena buang pekerja..bagaimana ye?

Kedua: Bila kita lihat negara2 sosialis seperti cuba, Venezuela, seolah2 negara itu tiada keseronokan. Betul ke?

ps: agak2nya dlm sistem sosialis ada x tmpt2 cool berhibur spt no black tie? :)

Tanpa Nama berkata...

apa apa citer pon, sembahyang adalah tiang agama.

Revolusi Rakyat berkata...

Bro Hisham..kat blog saya ada kupas pasal Kapitalis dan Islam ni...berkenaan Tabung Haji..

http://adybuyong.blogspot.com/2009/05/kos-menunaikan-fardu-haji-akan-naik.html

Oh Me berkata...

Hidup Socialist!! kembalikan hak rakyat!

Juragan berkata...

ko ni cerita kelemahan/keburukkan kapitalis je. Ya, mmg aku bole fhm dan terima. Tp aku nak tanya. Jwb la dgn kudus...apa plak kelemahan dlm sistem sosialis? penah ke nak bincang ttg pro dan con dlm sistem sosialis ni? kelentong je la kau ni. Mcm Gerombolan jgk..promo idea secara monotourness..x complete. Hampeh.

Juragan

CWI MALAYSIA berkata...

Saudara Hisham,
Ulasan yang bernas...just nak tambah sedikit pasal sosialisma. Ramai generasi sekarang amat keliru tentang idea sosialisma disebabkan pengalaman Stalinisma di Rusia/Eropah Timur dan Maoisma di China/Asia. Stalinisma/Maoisma bukan sosialisma seperti yang dipropagandakan oleh media kapitalis. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa implementasi perancangan ekonomi telah memanfaatkan penduduk di negara-negara tersebut kalau dibandingkan dengan ekonomi pasaran bebas di negara-negara kapitalis pada masa tersebut. Ini dapat kita lihat selepas kejatuhan Stalinisma/Maoisma di Rusia dan China, kehidupan masyarakat di sana di bawah kapitalisma ketika ini lebih merana daripada sebelum 1990. Tetapi Stalinisma/Maoisma berlandaskan birokrasi yang membantutkan perkembangan demokrasi pekerja dan rakyat biasa. Ini telah mengakibatkan pemerintahan kukubesi birokrat menjadi penghalang kepada perkembangan sosialisma. Saudara telah memberikan satu contoh yang amat baik tentang maanfaat yang dikecapi oleh rakyat Cuba dengan Ekonomi Terancang. Tetapi Ekonomi Terancang tidak dapat berkembang dan bertahan tanpa demokrasi. Jadi apa yang berlaku kepada Rusia dan China mungkin boleh berlaku kepada Cuba jika demokrasi tulen tidak diwujudkan. Sosialisma tidak dapat hidup dan berkembang tanpa demokrasi. Demokrasi ini bagaikan oksigen untuk sosialisma. Ulasan saudara amat jelas menunjukkan sosialisma adalah alternatif untuk menyelamatkan umat manusia daripada kehancuran yang dicanangkan oleh kapitalisma. Kapitalisma di dunia terumbang-ambing dengan kejatuhan ekonomi pasaran bebas, dan sosialisma dilihat kembali sebagai alternatif. Tetapi pada masa yang sama kesilapan di Rusia dan China atau persepsi negatif yang dilaporkan oleh media kapitalis dengan mengkaitkan sosialisma dengan stalinisma/maoisma bukanlah idea sosialisma sebenar.

keyleedaud berkata...

oohh..baiklah...hehehhe...bila kita nak halau kapitalis dari tempat kita yer...hehehe

Tanpa Nama berkata...

~Warga yang berilmu tidak membawa porak peranda.~

hmmm... ape yg porak peranda?
siapa warga yang berilmu?
adakah mereka bawa sebarang kebaikan?
bukti?

Tanpa Nama berkata...

kalau nak kata ekonomi sosialis DAP lah yang layak perintah malaysia

kah kah kah

Unknown berkata...

tp,bg akula,ikutla ape yg nabi tu buat dulu.pd aku,sosialis ke,kapitalis ke autokratis ke,feudalistik ke,smue tu dr akal manusia yg lemah.baik kt ikut ape nabi muhammad tu buat sbb ape yg dibuat tu ade guide dr allah.isham,aku respek ko.bnggo den kt jelobu ni ado orang cam ko!

Unknown berkata...

tapi 2la kan,teori2 ekonomi ni smue dr manusie.ade je klemahannyer.so,elokla kite ikut ape yg nabi 2 buat.nabi muhammad 2 kekash allah,so,ape yg dibuat smuenye dpt guide dr allah.so,ape allah 2 tunjukkan,smuenye baik untuk manusie.x krela,ko sinhales ke,siam ke,bugis ke.x gitu?

Tanpa Nama berkata...

gak bila la bro nak ulas tentang ekonomi kapitalis, sosialis, n islam ni.. boleh bandingkan ketiga2 ni tak? kapitalis memang lintah darat, sosialis kat cuba susah nak makan daging, minyak masak pun tak dak, teloq ayam pun kena catu katkedai kerajaan.. tapi ekonomi islam mcmana plak peranan n fungsi dia?

bro din penang

Tanpa Nama berkata...

adakah menunaikan haji nie satu industri buat org Arab??? hmmmmmmm

Kokurikulum semeseter 2 berkata...

Hidup jangan jadi bebal. Fikirkan siapa yang tidak percaya kepada Yang Maha Esa - kaum sosialis atau Kapitalis Yang Menjual Gambar Kaabah?.

jawapannya D:
kedua-duanya sekali

ALI MAIDIN berkata...

sokong 1000%

Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata...

Cute...
Kirenya, bro' Isham juga menyebarkan maklumat Mini ni secara percuma untuk kebaikan bersama!
Wajar disebarkan (atau dicetakropak?) ke khayalak!

Skuad Peninjau berkata...

Nama pun kapitalis,

Ustaz pun jadi gila duit.

Hisap darah orang nak gi haji dengan charge tambang dengan harga yang bukan bukan.

Sampai Mekah, jemaah tidur berhimpit himpit satu bilik, hotel jauh dari Al-haram.

Tukang masak Melayu kat mekah menyumpah-nyumpah pasal ustaz ni tak bayar sesen pun kat diorang.

Tau tau...balik dia beli mercedes. Apa Cer?

Memang orang kapitalis akan guna, jual, beli, sapa saja, termasukla orang yang yg betul betul tulus g umrah.

Haram punya ustaz.

kucingsiam berkata...

meow~

sosialisme memang satu sistem yang lebih berperikemanusiaan, namun kucingsiam syak bahwa banyak orang miskin yang saban hari diperas kapitalis cuma menunggu peluang untuk MENGGANTIKAN kapitalis itu agar dia pun hidup kaya raya.

Mereka tak peduli tentang apa itu sistem yang lebih manusiawi kerana mereka juga telahpun dirasuk oleh mitos bahwa kekayaan duniawi ialah bukti kejayaan dalam hidup.

Dalam ekonomi kapitalis semuanya adalah berkisar kepada optimization. Oleh karena nilai manusiawi itu tidak boleh dinilai dengan apa-apa angka pun maka ia terkeluar dari semua model ekonomi kapitalis yang hanya berkisar kapada angka produksi, maksimum, minimum dan sebagainya.

Antara penganut kuat kapitalis ialah mereka yang berfahaman feudal, ini kerana mereka dengan cepat melihat posisi mereka sebagai kepala kapitalis berbekalkan modal yang dikumpulkan di bawah sistem feudal.

Jadi kapitalisme ini sering sinonim dengan kumpulan sayap kanan.

Paderi kapitalis Adam Smith pernah bersabda (kalau tak silap), mungkin sistem ini merugikan sesetengah individu tapi dari segi jangka panjang ia membawa "kemajuan" kepada masyarakat amnya. Mungkin ini perlu dikupas dengan lebih lanjut lagi dalam tulisan akan datang.

ha ha ha berkata...

Salam..Bro Isham..

Penulisan yang baik..tapi, kebiasaanya tidak semua negara Sosialis mengamalkan Sosialis tulen..Jadi masih terdapat pihak yang memperkudakan Sosialis untuk kepentingan pribadi..Islam itu sendiri ada sifat-sifat Sosialis.

Cuma nak tambah sikit..Ingat Sosialis bukan Komunis...cuma ada lagi Pihak Penyokong Imperialis yang masih tak faham antara Sosialis dengan komunis..he he he...

azreen berkata...

umm..sosialis pun boleh runtuh ekonominya lihat cina, soviet,

saya ada pernah membaca satu tulisan bekas pelajar malaysia yang menuntut di arab, buku bertajuk "sistem ekonomi islam" apa yang diterangkan ialah uniknya sistem ekonomi islam ialah ianya luas dan bukan hanya tertakluk semata-mata kepada kapitalis dan sosialis..

Ernesto Che Guevara berkata...

korang kena tgk documentary micheal moore, sicko.. korang akan lebih faham pasal sosialis ni..baik utk didik org yg xtau apa2 pasal sistem sosialis ni.

Sicko on Google Video..

http://video.google.com/videoplay?docid=6646340600856118396

Kucing Parsi berkata...

gua sokong sama lu...
gua memang sokong sistem ekonomi sosialis...

di malaysia suma sekarang kena bayar

repot polis pun kena bayar
nanti rumah terbakar telefon bomba pun kena bayar

Tanpa Nama berkata...

when you are below 30 and you are not a sosialist you have no heart, when you are above 30 and you are still a sosialist you have no brain.

Tanpa Nama berkata...

Bro, lu buka gua punya minda - minta izin utk copy dan sebarkan melalui email.

Tanpa Nama berkata...

mane ade org yang dah dapat kuasa nak guna pakai sistem sosialis tulin. sebelum dapat kuasa mmg bole dok gedegang. da dpt kuasa, sume kaki2 kapitalis, kaki2 perut buncit bg email, surat, cal nak hulur mcm2. nk teruskan lg ke sistem sosialis ni??.. serius aku gerenti xde dah manusia mcm tu.. tunggu akhir zaman adelah.. baek sswastakan je harta2 negara.. dapat kt kroni.. ble bertahan sikit kuasa tu.. boleh kontrol lar sikit perbelanjaan duniawi. bkn sng nk dpt kuasa weh.. .. hahahah

Tanpa Nama berkata...

Betul jugak apa yang ditulis.Kebanyakan kita mmg dimomokan yang sosialis tu adik beradik komunis. Kebebalan mmg wujud sbb kita telan bulat-bulat apa yang dimomokkan kpd kita sedangkan Tuhan beri kita akal untuk mengkaji setiap satu perkara itu dengan spenuhnya,bukan sekadar terima buta2 dan butakan hati kita untuk menilai sesuatu. Terima kasih Bro Hishamuddin atas tulisan bro ni.Aku mintak izin untuk gunakan tulisan bro dalam pengajaran aku nanti dan untuk aku muatkan dlm blog aku.Terima kasih.

HaHs berkata...

Gua setuju bro dgn artikel lu! Tp bila gua kaji blk sosialis ni lebih kepada rakyat kebaikannya tapi naturalnya kurang praktikal bila semuanya sama, kapitalis pun teruk gak bila semuanya fikir untung rugi. Pada gua, lebih baik sederhana mcm dianjurkan islam. Dlm islam yg dibawa rasul tu terdapat elemen kapitalis, sosialis, demokratis dan yg penting justice. Ditambah pula tentang keimanan / hati serta amalan. Diajar juga dosa dan pahala serta hidup didunia membawa ke alam akhirat. Ini hukum allah bro. Gua minat konsep sosialis tp sebahagian je. Sahabat rasulullah x larang jd peniaga, penternak, pendakwah, pemimpin tp dia sendiri pilih zuhud. Sm mcm Nik Aziz atau Presiden Iran. LGE pun nak ikut Umar tak mahu membazir.

Konsep PR ni paling baik dan bagus, ada konsep negara kebajikan (sosial), berjimat, telus, integriti, keadilan, moraliti, demokrasi, Untuk rakyat, semua bangsa dan agama, islam dan hak melayu diutamakan tetapi tidak meminggir bangsa dan agama lain seperti dlm perlembagaan. Tolak konsep Penswastaan yg mengayakan puak tertentu, ada sebahagian perlu dimilik negarakan (kepentingan rakyat dan negara), manakala yg lain di biar berdaya saing. Ini semmua adalah kesederhanaan dan keseimbangan dalam islam bro! Aku sokong PR!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Masalah utama kepada semua masalah di dunia ini atau dipanggil ibu kepada masalah, adalah TAMAK !
Orang tamak nih boleh ada mana2.
Boleh jadi dalam kapitalis. Boleh jadi dia menyamar jadi sosialis. Dah ada kuasa dia perah lah keringat rakyat. Kemudian disebarkan propaganda satu negara yang negara kuat dan maju dan macam-macam lagi. Bila tertubuhnya kerajaan sosialis wujudlah satu kelas atasan yang boleh jadi boleh diharap , boleh jadi tidak boleh diharap bila TAMAK menguasai diri, secara tak lansung memadamkan teori masyarakat tanpa kelas.

Yang terbaik antara kamu adalah yang paling takut pada Allah.

Tanpa Nama berkata...

Bro..ape jenis sistem pn xkisah..yg penting sikap pemimpin tu sendiri ape kah dia penting keprluan rakyat atau tidak,jika jiwa benar2 untuk rakyat segala nye pasti baik..

Tanpa Nama berkata...

Sosialis, kapitalis semua sistem karut...

Tanpa Nama berkata...

Tidak kira kapitalis atau sosialis selagi NAFSU menguasai manusia payah keadilan akan wujud. Hanya dalam Islam fasal NAFSU ini dibicara secara mendalam. Orang putih kata lust,desire,greed etc.
Roman Abramovich tu jadi billionaire dari kekayaan negara sosialis.

KALIS NAFSU

saji berkata...

Sebenarnya, Hisham, kesemua kontrak pembinaan kerajaan sejak DEB hingga sekarang menggunakan kontrak pembinaan Barat yang dinamakan Price-in -advance. Ia merupakan pinjaman kontrak jual beli Islam bagi transaksi barangan yang dilakukan dalam keadaan belum wujud ketika akad yang dinamakan kontrak al-Istisnaa' atau Melayunya kontrak Tempahan.

Mazhab Hanbali, Maliki dan mazhab kita Shafie' megharamkan penggunaan kontrak tersebut atas alasan ia bukan kontrak tetapi tanggungjawab tukang/kontraktor melunaskan amanah.

Itu dulu. Tapi kini kontrak Price-in-advance dikategorikan sebagai alat golongan kapitalis yang mempunyai kepentingan dalam industri pembinaan.

Sebaliknya, yang dihalalkan oleh tiga mazhab Islam tersebut ialah kontrak pembinaan al-Ijarah atau Melayunya kontrak Upahan. Kontrak ini juga dipinjam oleh Barat yang diberikan nama Cost Reimbursement Contract. Adakah kontrak ini selaras dengan sistem ekonomi kapitalis dan Islam?

Tanpa Nama berkata...

..bro tukar tiub..nak senang mesti kna usaha..pa raa...lu cakp pandai....lu pegi je la haji dngan umrah .jalan kaki..pe macm bolh..??...2 pasal ada surga dan neraka....ini lah jadi nyer kalu mengaji pandai tpi tk di semai dngn ilmu ahirat....

Rakyat Marhaen berkata...

Sosialis bukan komunis.. Xbermakna kerajaan mengamalkan sosialis xde pilihanraya..

Malaysia ada PRU sejak dari tahun 1955 lagi.. Hospital, sekolah, air, letrik, telefon sume hak kerajaan sebelum Madey Kutty sibuk nak swastakan.. Kita cuma kena miliknegarakan semula kemudahan asas ini..

Cuba buka minda sikit.. Bila sebut sosialis ingat China, Russia, Korea Utara.. Kebanyakan negara Amerika Selatan sekarang dah jadi pro-sosialis tapi masih mengamalkan demokrasi..

Tanpa Nama berkata...

kapitalis ke, sosialis ker, komunis ker, pragmatis ker, nasionalis ker... same jer...

nak selamat pilihlah sistem yang dah dijanjikan selamat...

ISLAM.