Isnin, 22 Jun 2009

JANGAN MENGUAP DAN MENANGIS LAGI !!! BACA INI !!!




KENYATAAN MEDIA


MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT


Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.


ANWAR IBRAHIM DATO’ ABDUL HADI AWANG LIM KIT SIANG




17 ulasan:

Nunca Caminaras Solo berkata...

Xpayah nak bising-bising lagi padu-padu nie.. Pemimpin PAS xpayah pakai perkataan PADU nie lagi.. Tutup buku kes nie.. Xpayah bincang-bincang lagi.. Sesak rakyat tengok kerenah pemimpin..

p/s :- Perghhh, aku kena taip belit nak sahkkan n3 nie.. Kebetulan?

Unknown berkata...

Apa ceritapun 3-stooges mesti minta ampun maaf kat ahli dan penyokong Pas serta penyokong PR dalam kes kerajaan perpaduan.

Kalau boleh biar Nasa nangis berguling2 dan Hj Hadi meleleh2 airmata.

pria malaya berkata...

babai umnoooo...ekekeke

Tanpa Nama berkata...

Project 'Nasha' hancur !! berkecai !!

Woit..Nasha, bila nak buat 'perjumpaan gelap' dengan MIC !!
Bolehlah buat satu lagi'Project Nasha', kali ini dengan 'Samy No value' !! Pasti berjaya !!

Kah..kah...kah...kah...


Dakis.

org melayu berkata...

umno kata nak jaga org melayu tapi sebenarnya depa penipu melayu. contohnya projek keretapi kat penang, umno/gamuda just nak bayar rm2000 je. adaka patut.... tolak bn dalam pru13.

umno parti penipu. tipu rakyat hidup2.

wan faridah.. berkata...

salam ziarah...hahaha....mcm2 skrgni....

Tanpa Nama berkata...

marilah bersaaaaaaa........arhh...

p/s:tak perlu buka besa2 makcik...mat mongol punye kecik je..

Tanpa Nama berkata...

salam..bro sham,
..yang menguap tu mcm kenal je...bukan ke anak menakan(sedara) madey???...patutlah payah nak berpadu...asek makan parpu je...sekali-sekala kenalah makan budu gak...barulah Tuan Guru timbang !!!

AnakSemuaBangsa berkata...

UMNO kan selalu wat sandiwara..
takkan PAS buat tak boleh.?
politik2..biase arrr..

hambaAllah berkata...

Semoga umno selamat ditalkinkan tidak lama lagi..

Tanpa Nama berkata...

Gerakan anti Bill DNA. Mari bantah kerana undang undang DNA ini sama peranan nya dengan ISA.
Jangan biarkan gerombolan terus menindas rakyat, Undang undang DNA sama bahaya dengan ISA.
Brader tolong kempen bantah, bantah dan terus bantah kerana masa depan jenerasi negara in sudah di cengkam.
Bangun lah semua anak muda untuk menentang gerombolan.

mamai berkata...

punah harapan dan jadi 1malaysia...hahahaha

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Pemimpin mcm bebudak.Maka dgn itu terbuka luaslah PINTU NERAKA untuk dihuni.

Tanpa Nama berkata...

tengok jenis menguap le, baru sua bantal...ni mengeuap bukan pasal ngantuk....jenis menguap 'pendekar bujang lapuk' nak rebut anak tok guru silat...kah..kah...nasib baik dah selesai.

serupasekala berkata...

SUDAH SUDAH LE.

TOK SAH KOMEN APA LAGI.

BUANG YANG KERUS AMBIL YANG JERNIH.

BUMI MANA TAK DITIMPA HUJAN .


WASSALAM.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

ISU KERAJAAN PERPADUAN TELAH SELESAI. So kami mintak kepada semua penyokong PAS dan Pakatan Rakyat agar tidak panjang-panjangkan lagi kisah ini. fokus utama kita sekarang ini bukan lagi isu Kerajaan Perpaduan, tetapi fokus kita nombor wahid adalah menggempur Umno habis-habisan di PRK N41 Manek Urai. Allahuakbar!

Tanpa Nama berkata...

lawak nguap antarabangsa...kah3