Khamis, 25 Jun 2009
SALUT UNTUK ANAK MUDA
SALUT UNTUK NEDA – SALUT UNTUK ANAK MUDA
petang ini aku menuliskan ini
hanya inilah yang sanggup aku cipta
lagu dan puisi telah meligari alam
seniman dan sasterwan telah bangun bersama mu
buku dan shaer akan ditulis tentang mu
filem dan poster sedang dicetak sebar
neda agha soltan kau tidak pernah aku kenali
seperti kugan yang gugur di tangan ganas
seperti francis yang gugur di balai polis
kau adalah senarai anak anak muda yang mati mu membakar dunia
neda soltan kau gugur di jalan raya
mayat kau hilang entah ke mana
rumah mu ditutup
keluarga mu halau dari tehran
neda - peluru itu datang dari tangan yang ganas
belatan itu datang dari tangan upahan
neda – kau di firdausi bersama rumi
neda – kau di firdausi bersama saadi
neda – kau di firdausi bersama khayam
hulurkan secangkir lagi air anggur merah
tumpahkan ke bumi ini
gelorakan lagi hati anak anak muda
neda agha soltan aku tidak pernah mengenal mu
francis udayappan aku juga tidak pernah mengenal mu
a kugan aku tidak akan mengenalkan mu
bila aku melihat gambar-gambar itu hanya linangan air mata yang sanggup aku sedekahkan
hanya ini yang sanggup aku lakukan
hanya ini yang sanggup aku titisan
hanya ini yang sanggup aku tuliskan
untuk anak anak muda yang berani
salut dari aku
salut dari dunia untuk anak muda yang berani
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
15 ulasan:
ok lah tu polis kat iran, perempuan tangkap perempuan kat malaysia polis laki tembak penunjuk perasaan perempuan
syukurlah
nasib baik la mata aku tak buta
Yang jadi seldadu berperang, berbunuh semua orang mudalah....yang menyebabkannya adalah orang2 tua lah, mana ada orang tua arthritik berperang? Tukang cucuk, degil membuat honar dan bermacam macam lagi mebyebabkan orang muda berperang ialah orang2 tua macam Tun Kapla Taik, DSAI, Lim Kit Siang, Singh OKU....pergi mampos sama orang2 tua, cepat mampos lagi bagus baru orang2 muda boleh enjoy!
DEATH TO OLD PEOPLE!
mata yang dikaburi muslihat dunia tak pernah lihat dengan jelas,
hati yang dicemari pandangan sempit tak sanggup rasa dengan ikhlas,
anak muda yang dicurahi kasih murni tak rela lihat masyarakat tertindas,
kau dan aku dikagumi keberanian dan kesucian hati anak muda yang waras.
Serupalah di mana2pun. Yang berkuasa ada juga walau tak banyak menekan penentang.
oi bangang anon 16.49
yang ko dok kutuk org tua watpe..
Ko pon tua gak nanti,ko nak ke masa tu org muda kutuk ko macam mana ko kutuk org tua skang..
oi bangang...semua org akan tua..jgn ko bangga sangat masa muda ni.
masa muda ni untuk berjuang,berpeloh keringat...yang ko p kutuk org tua watpe??
mentang mentang la kita muda lagi,ingat bila kita dah tua,kita dah tak laku...ok!!!
p/s:jangan jadi bangang
PENYAIR MELAHIRKAN BANGSA, BANGSA INI HIDUP DAN MATI DI TANGAN POLITIKUS -'allamah muhammad iqbal
Saya pelik dgn awak ni hisham.berbicara tentang illuminati.tetapi adakah anda sedar sosialisme juga adalah cabang illuminati dalam pecah dan perintah.kekacauan, contoh: revolusi Bolshevik dan Perancis adalah hasil kerja tangan licik dan tersembunyi illuminati.semua isme ciptaan manusia didalangi pemikir2 tajaan mereka.seek and you shall find.satu soalan, saudara hisham sedar tak obama tu ada pertalian darah yg rapat dgn dick cheney?
salut utk anda dan anak2 muda yang berani!
Salut untuk anak muda dan kamu jua
sob..sob..
air mata ngalir
melihat perbuatan kejam
berleluasa dikepalai penggodam kuasa
yang tamak
yang haloba
yang rakus
dan yang keji
sanggup
lakukan apa saja demi
menggenggam kuasa order
lemah dicabuli
pendemo ditahan
pendemo dipukul
pendemo dinidakkan perikemanusiaan
bangunlah anak anak muda
dan yang muda dihati
dan yang muda diminda
bangun menentang
order yang bertuhankan
kebendaan.
kah kah kah kah...keh keh keh keh...
DAH TENTU SETAN PUKIMAK JADI GERUN BILA TENGOK WANITA SEPERTI INI
kah kah kah kah...
[IDI AMIN]
kepada mereka yang mempunyai senjata,
tolonglah berhenti membunuh.
Oi Awangnoi hang memang paloi..nangoi
jangan2 hang tua nak mampos ngaku muda!
kudos isham.
serebel-rebel manusia macam isham juga mempunyai sisi 'lembut' dan 'romantis'
salut untuk semua yg berani!!!
bila lagi keberanian akan sampai kepada kita yang hanya duduk depan komputer ni?
dahulu mereka berdemonstrasi untuk
menjatuhkan shah Iran bila kuasa sudah ditangan mereka mengamalkan
dictatorship sekarang keadaan sudah
berubah ...rakyat bangun menentang
mereka pula...fikirkanlah....
Catat Ulasan