Ahad, 14 Jun 2009

SATU MALAYSIA BERGUMBIRA




BISIK-BISIK MINGGUAN AWANG SELAMAT
-melayau

Satu pungutan suara bertajuk "Adakah Perlu MCA Keluar BN ?" dalam laman blog Presiden MCA, Ong Tee Keat dalam versi Inggeris telah mencetuskan bantahan beberapa pihak termasuk UMNO.

Berdasarkan laporan akhbar, 76 peratus daripada responden dalam pungutan suara itu bersetuju bahawa MCA perlu keluar daripada BN.

Sudah pasti MCA akan melompat dan menjadikannya isu besar. Pada Awang dan ramai lagi, pungutan suara itu adalah sebahagian daripada muslihat MCA mahu menekan UMNO. Strategi sedemikian tidak akan berkesan kerana prestasi MCA merudum teruk dan gagal mengatasi pengaruh DAP yang begitu agresif. Kalau masyarakat Cina sudah menolak MCA, untuk apa lagi memberi muka kepada parti itu?

Malah jika MCA mahu meninggalkan BN, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Dengan adanya MCA sekalipun, BN belum tentu dapat memenangi hati masyarakat Cina (termasuk pada pilihan raya umum depan). Sebaliknya UMNO akan sentiasa diasak untuk banyak mengalah kononnya atas nama perubahan.

UMNO mesti bersedia daripada sekarang menghadapi sebarang kemungkinan daripada percaturan politik parti komponen tertentu. Jika ada parti yang mahu keluar, usah ditahan. Biarkan sahaja.

KAH KAH KAH..

kah kah kah….. RAKYAT BERGUMBIRA… kah kah kah…

kah kah kah… BILA LANUN SESAMA SENDIRI MULA GADOH…kah kah kah…

kah kah kah…PPP… NAK KELUAR… GERAKAN NAK KELUAR….kah kah kah..

woit… 76 PERATUS AHLI MCA NAK CABUT LARI… kah kah kah…

kah kah kah.. INI BERITA BAIK… kah kah kah



8 ulasan:

pekakbutabisudungu berkata...

bull....

tiada apa yang akan menurunkan harga beras !

keluar masuk lompat lipat
jadi katak jadi ungka

tiada apa yang akan menurunkan harga beras

Tanpa Nama berkata...

salam...harap korang dapat bace mag edge keluaran yang ade cover TGNA kat depan...ade satu artikel pasal TT describe arak2 yang die dah minum serata dunia. gila TT ni sebenarnye. yang same dgn aku sebab tolak gerombolan je. pastu mamat ni lah gi bawak carburetor dung kat himpunan protes. terus hancur protes. sedih2. korang tanya la ape ideologi TT ni. apa parti berdaftar die. harap TT leh masuk PAS. ehehehe. baru kena tarbiyah sikit.

D'ayo berkata...

Yang ngatal-ngatal nak join UMNO - H1N1 MA and the gang...

Tanpa Nama berkata...

jangan harap umno/mca/mic bercerai,mereka dikahwin oleh British, ada sumpahan seperti sumpahan derhaka kat raja2 melayu.barangsiapa mendarhaka akan jadi tulah sampai 7keturunan.lagi pon mana ada lagi British kat malaysia untok jadi saksi cerai, sementara yg lain2 no problem buleh tukar2 pasangan ikut selera,///

Tanpa Nama berkata...

Ok,nanti MCA,MIC dan Gerakan mungkin join PKR atau kerajaan PR manakala UMNO bersama PAS duduk dalam kerajaan Perpaduan.

Cantik sekali dan berharap orang PAS boleh membuatkan orang UMNO pakai ketayab Putih lepas ni.

Tanpa Nama berkata...

hey anon 08:39

TT adalah seorang blogger yang cool, canggih dan dengan personality yang unik....tidak perlulah bagi TT menyertai mana2 pihak politik, berdiri bebas barulah boleh berblogging bebas !!barulah boleh ber kah..kah..kah..pada UMNO/BN ataupun PR !!

Janganlah Anon ni berfikiran macam 'Katak di Gua Tempurung'....tak 'cool' langsung !! Bila nak bawa sepanduk protest ke Kilang Calsberg di Shah Alam ??


Dakis.

Tanpa Nama berkata...

Rasa tak selamat aman tenteram hidup dengan wujudnya Awang Selamat ini. Terlalu kerap berkelakuan mengapi-apikan semua rakyat supaya berkelahi sesama lain.

Kelakuan yang tidak Islam sama sekali...

issssshhhh.

Kucing Parsi berkata...

alah sebelum arak di haram sepenuhnya kan zaman dulu2 pun ada juga orang islam minum arak

so belum islam betul la ni

takper

ha ha ha

pak lah lagi minum champagne

ha ha ha