Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 10 Ogos 2009

SATU PANDANGAN



KALAU DIA BOLEH DEPA LAGI BOLEH


Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motorsikal ada paku-paku tajam di taburkan. Ini untuk tujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari itu ada iklan – tukartiub.

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di penurun jalan sesudah terowong lebuh raya Karak – sering minyak ditaburkan. Pernah keretanya tergelincir sekali. Tidak jauh terowong ini ada lori tarik kereta menunggu.

Ini adalah contoh taktik untuk menjalankan perniagaan. Ini cara untuk mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan yang menjadi rukun iman ialah keuntungan. Semua yang berniaga ingin mendapat untung. Lebih banyak untung lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 26 orang warga negara kita telah ditewaskan oleh virus H1N1. Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua ini?

Pada tahun 1963 – satu persidangaan telah diadakan di Iron Mountains tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika sedang bertarong di Vietnam, Laos dan Kamboja.

Ini adalah persidangan para pemikir untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku perang.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan :

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum koprat
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial
- Melahir kan musuh sebagai strateji politik

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetic dan genocide dalam usaha untuk mengawal manusia untuk memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis. Disini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknolojibio akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada tahun 1970 telah keluar satu memo - National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini. Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Ini sebahagian dari memo yang ditulis oleh Henry Kessinger:

‘ There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers ( though apprently not recent migrants) may serve as a volotile, volient force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of voilent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem. The complex social and economic factors involved call for comphrensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.’


Dalam bahasa yang senang Henry Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu di kawal dan dibersihkan. Ini samalah dengar dasar ‘setinggan sifar’ yang selalu di warwar kan dalam negara kita ini.

Justeru – hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang bekait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat. Malah semua makmal penyelidikan ini kait mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana dari syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrek dari Jabataban Pertahanan Amerika.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka ialah untuk membuat keuntungan maksima. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan perniagaan untuk mendapat untung.

Syarikat ubat benabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – ini dasar kaum kapitalis.

Justeru jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, Hiv, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor bagitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan :

1 – mengurangkan penduduk dunia
2 – menjual ubatan

Tidak masuk akal ? Ini hanya teori konspirasi ? Ini pandangan gila Hishamuddin Rais?

Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium – DU – sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat pensenjataan telah menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

Depleted Uranium atau DU ini dari apa yang diheboh-hebohkan adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak merbahaya kepada manusia. Ini bohong. Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – dimana ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang bengkok. Bayi-bayi ini adalah gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknoloji kaum imperial Anglo-Amerika. Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut dari Hishamuddin Rais ? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga.

Betul. Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ini adalah penyakit baru dimana pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 80’an dahulu para veteran Desert Storm di United Kingdom telah menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit. Ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir banyak yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan. Jangan hairan – kaum kapitalis – tidak memiliki hati perut. Apa yang penting ialah keuntung besar. Dan ini juga adalah selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ini juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Henry Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka. Ini samalah seperti mengawal penduduk Kampong Kerinchi dari berpindah ke Country Height atau mengudam setinggan di Kampong Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tengku.

Juga hampir kesemua soldadu yang pergi berperang itu adalah anak-anak muda dari kelas bawahan. Mereka ini seperti kata Henry Kessinger adalah sampah yang akan membawa masaalah. Soldadu Amerika hampir 80% adalah berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang adalah cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Anak-anak orang kaya pergi ke Havard dan Yale. Mereka berakhir membuat harta di Wall Street atau menjadi CEO syarikat multinasional. Malah Bush sendiri telah mengelat dari pergi ke Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang telah ‘dibebaskan’ atau yang telah dibocorkan maka ternyata virus terbaru H1N1 ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia dibumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strateji itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan disini – atau menganggap ini hanya teori konspirasi – sila cari dan baca - ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan hal ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini telah keheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ini juga adalah pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberi tahu yang vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan – mula-mulanya – kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap. Sama seperti menaburkan paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Inilah sifat kapitalis. Inilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis – ubatan adakah untuk kesihatan bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis hospital adalah milik rakyat bukan untuk disawastakan. Dalam ekonomi sosialis perubatan adalah untuk semua bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyrakat sosialis umat manusia adalah penjana tamadun bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan bukan untuk keuntungan.TT

Nota : Sebaik sahaja tulisan ini siap angka kematian
telah bertambah dari 26 ke 32 - jam 3.20 petang 10 Ogos 2009.


Nota : Tulisan ini boleh diciplak demi membuat kebaikan



45 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT kat kampung aku ada satu bomoh bela makhlus halus. Makhlus halus tu sengaja dibiarkan merasuk orang kampung. Apabila orang kampung dirasuk, bomoh itu menawarkan diri untuk mengubatnya. Masyukkk la bomoh tu, pada hal dia yang suruh makhlus halus tu rasuk orang kampung....

Tak masuk akal ? Ini bukan pandangan gila aku TT....

-kerol-

Saudara T0kan berkata...

hmm.....teori pak isham ada asasnye!

Mamak Penang berkata...

Fahaman 'Rasis' sengaja diwujudkan oleh golongan kapatalis ini. Kewujudan rasis ini adalah sengaja diwujudkan oleh golongan kapatalis untuk kepentingan mereka. Membawa hamba abdi ke Amerika dari Afrika, membawa buruh dari negara India dan China ke negara ini adalah dilakukan untuk golongan kapatalis yang ingin merompak hak orang lain. Apabila kaum kapatalis ini tinggalkan sesuatu negara yang tidak lagi menguntungkan mereka...mereka menanam benih-benih fahaman kapatalis mereka kepada pemimpin -pemimpin asal negara tersebut.
Cuba kita fikirkan keadaan negara-negara eropah yang semakin lama semakin kurang atau tidak ada sumber alam untuk meneruskan hidup mereka tetapi mereka meneruskan hidup mereka lebih selesa dengan kebodohan (hasil benih yang telah disemaikan)negara yang banyak mempunyai sumber alam.Yang heran kita di asia gila-gila ikut negara barat untuk memajukkan diri kita walau pun semua hasil dan keluaran mereka cuma untuk kehendak bukan yang keperluan. Cuma agama Islam boleh membuka mata rakyat negara-negara ini dari benih semaian kapatalis.Rasullulah orang pertama menentang rasis. Maka orang Eropah dan Amerika kini lebih takutkan "kebangkitan Islam" lebih dari Bom nukeliar atau nuetron????.

ajip berkata...

tq bro, lu memang berfikir diluar kotak

gua ciplak artikel lu

listentothemuzik.blogspot.com

dah lama dah aku ciplak artikel lu, sejak dulu lagi

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah...ya ini semua memang kerja kapitalist...semua huru hara kat dunia ni kerja kapitalist...kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

Teknik sayang sama jugak telah digunakan untuk tujuan penyebaran Antrax di Amerika Syarikat.
Semau ini hanya untuk mengaut untung dan laba besar.
kaum kapitalis akan terus menindas kaum miskin.
Mereka memerlukan orang sakit dan orang miskin agar penindasan akan berterusan.
kalangan yang berkeliaran di Wall Street dan Capitol Hill adalah penindas dalam proses penjajahan baru pasca perang dunia kedua.
Apakah cadangan tuan untuk mengatasi nya???

TERC berkata...

Salam tuan TT,
Satu rencana yang menarik untuk difikirkan. tetapi mengapa Tuan TT mengakhiri rencana ini dengan pujian kepada sistem sosialis? Tidakkah sistem sosialis seperti yang kita tahu adalah gagal. Lihat apa yang berlaku di Burma, India, China, Kesatuan Soviet dan Jerman..
Dan di negara kita sendiri Parti Sosialis sudah pun berkubur..
Apa pendapat tuan?

Tanpa Nama berkata...

teori ni sama lah dengan teori capitalis pembuat senjata dan pertahanan.. (armor and defense).. tgk cerita GI Joe lagi senang paham..

kassim pantalon berkata...

MANUSIA BUKAN SAMPAH UNTUK DIHAPUSKAN OLEH ITU BERJUTA -JUTA RAKYAT CINA DAN RUSSIA MATI DIHANTAR KEM TAHANAN ATAU DIBUNUH SEWAKTU REVOLUSI BFERLAKU.... INILAH PELOPOR KERAJAAN SOSIALIS .
MAO TZE TUNG AND STALIN ???

Napi berkata...

Salam semua: Atas alasan2/hujah bro hisham ini jugalah saya tidak menghantar anak kecil saya untuk dicucuk vaksin. Anak kecil saya yang berusia setahun ni hanya menerima 1 shot vaksin shj lps lahir. Sebab apa?
Sebab saya percaya vaksin2 ini hanya melemahkan anak saya dan menjana keuntungan kapitalis ni.

Di US sahaja, kanak2 dimestikan menerima berbelas vaksin. hasilnya statistik kanak2 sakit meningkat(statistik ini sememangnya tidak begitu dihebahkan, klu keluar pun dah di manipulate). kandungan vaksin ini antaranya adalah merkuri yg menyebabkan terbantutnya perkembangan sel otak(gua lupa la plak amene penyakit ni).

saya juga telah membaca beberapa bahan internet berkenaan antibiotik. Buat masa ini,sekiranya anak saya demam saya sememangnya pd peringkat awal saya hanya memberi ubat oren shj. begitu juga ubat batuk dan selsema. budak 5 thn ke bawah mmg x sepatutnya diberi ubat batuk dan selsema.

dipendekkan cerita bole le lawat laman web nie
http://educate-yourself.org/vcd/

berkongsi la dgn kengkawan lain. skop Boikot harus diperluaskan.

Harap bro hisham dapat menulis artikel mengenai GM FOOD(Genetic Modified Food) pada masa akan datang. Ini juga salah satu cabang Memo 200.

Ingat, secara tiba2 mungkon boleh sahaja kita akan dipuksa menerima vaksin melalui WHO.

mosabit berkata...

apa yg perlu kita lakukan ialah...buang KAPITAL ambil IS dan tambah LAM.......
maka kembali kita kepada ISLAM.....
selesai masalah..
itu jer kejer kita....
susah sangat ker?.....

Tanpa Nama berkata...

di peringkat awal flu ni merebak beberapa minggu lalu, menteri bagitau rakyat, kat malaysia takde masalah. tapi WHO estimate berapa puluh ribu rakyat malaysia yg akan terjebak sama, dan berapa ribu yg bakal maut dari flu babi ni? nah, sekarang dalam 2-3hari je kita mula mendengar peningkatan maut sehingga 32 org?
mana tak pendekatan begitu, sebab kepala besar ketua dia pun guna kaedah membutahurufkan rakyat jugak bila masalah ekonomi mula melanda beberapa bulan lalu, dengan berkata malaysia takde masalah!

eh... pikir2 balik, bukan ke flu babi ni menular sebab penyokong2 pakatan berdemo bantah isa haritu?
masalah ekonomi pun sebab pakatan berdemo jugak...
biar betul ko hisham, pakatan ni kapitalis ke??

Tanpa Nama berkata...

tabur paku ni kerja kau ke? Celaka punya sipenukar tiub tak beretika nih

hafizi hj.zainal berkata...

kapitalis da lame berlaku...
bezanya kite sedari atau pn tidak...
ianya berlaku scr senyap...
diadaptasi dgn perkataan lain...
percaye atau tidak...ade disekeliling kite....jeng...jeng...

Oh Me berkata...

Blog ni pun kerja kapitalist gak...tapi kita pakai pun, tak complaint pun...

b4N berkata...

sosialisme hanyalah sebuah ideologi. demokrasi juga adalah sebuah ideologi. setiap sistem di muka bumi ini boleh di'corrupt'kan jika pengamalnya memang sudah sedia corrupt. demokrasi di malaysia corrupt. malah ada di sesetengah negara islam itu sendiri pemerintahannya juga corrupt.

Kucing Parsi berkata...

bro hisham

gua rasa malu nak bukak mulut

ini di antara artikel yang gua akan ciplan dari lu...

gua memang tak dapat pikir pasal ni

sebab gua masih tertipu dengan apa yang di katakan oleh liow tiong lai!!!

ini gua rasa posting ke 2 gua ciplak dari lu

untuk membuat baik, dan gua takder idea pasal ni

thanks memang tak dapat lagi dah orang nak berbahas pasal ni

visit http://melodymockers.blogspot.com/

mike-L berkata...

TT..gua copy ini..

obama pernah ditanyakan tentang masalah makanan dunia yang semakin berkurangan sebelum menjadi mr president...

dan bg gua ini lah cara dia selesaikannye..
thanks TT

MARI KITA LAWAN H1N! berkata...

Teori ini akan melahirkan golongan yang 'MALAS' mengkaji dan merujuk sumber yang tepat. Bukankah lebih baik sekiranya kita melipatgandakan usaha dan semangat untuk maju dalam bidang sains dan teknologi yang diserasikan dengan agama untuk melahirkan pakar dalam bidang-bidang kritikal seperti ini. Menuduh dan menyebarkan rumours seperi ini akan membuatkan warga menjadi lebih percaya kepada TAHYUL & KARUT-MARUT berbanding FAKTA dan LOGIK.

Truckster berkata...

konspirasi vaksin h1n1 ini memang sudah dibongkarkan oleh para pengkaji konspirasi...

sila ke: http://ibnuyaacob.com/?p=1111#more-1111

Keylee Daud berkata...

rakan rakan krt dan srs dari waarga tua juga berkata:selsema babi bukan dari babi,H1N1 adalah direka kerna sudah diberi nama sebelum dia direbakan,ubat sudah direka sebelum ia direbakan,kenapa tidak jual terus kerna mahu permintaan kemuncak lalu harga mahal dan tinggi...itulah kerja negara maju...

Tanpa Nama berkata...

Nota : Tulisan ini boleh diciplak demi membuat kebaikan...

hahahahha...
cerita yang atas memang betul dan ada asas... yang tu dah ramai yang tahu...

tapi bab kebaikan sosialis tu... hahahah kelakar aku baca... hahahah
mesti sume sosialis masuk syurga lepas mati sebab baik2 belaka...

hahahah...
sosialis untuk negara komunis yang pro barat...
komunis pula negara yang tidak pro barat!!!!

sosialis = komunis... adik beradik..

TT = CP... cp??? ching peng...
hahahahhah...
sudahlah... simpanlah komunis ker, sosialis ker, pragmatis ker, nationalis ker.... simpan jer kat muzium.... dah outdated... dah obselete... hahahha (dgn izin GMPPSMI)... hahahah

nak tengok negara sosialis... tgk la perancis...nak tgk negara komunis tgk la korea utara....

dvd hangat berkata...

sekarang barulah gua tau kenapa cerita tv FRINGE season 1 tidak lagi bersambung. Cerita itu berkisahkan tentang senjata biologi.

SUKJ berkata...

BETUL APA YANG MU KATA TU WAHAI PAK LONG TT

DARI MULA2 LAGI AKU RASA ADA SESUATU YANG TAK KENA DGN PENYAKIT SETAN PUKIMAK NIH

TAKKAN TIBA-TIBA MENULAR SATU DUNIA SERENTAK...KILAT GURUH PUN TAK SEPANTAS MACAM NIH

KALAU AKU YANG DIPERTUAN AGONG...DAH TENTU MU NI AKU LANTIK JADI PERDANA MENTERI SEUMUR HIDUP WAHAI PAK LONG TT...kah kah kah kah..kah kah kah..kah kah

skyStone berkata...

memang betul...sy pun dah agak..ini mmg konspirasi amerika..sbb tu mereka sebarkan di mexico dahulu kerana negara itu semakin miskin dan susah..dan tak mampu kerajaan nya menampung keperluan rakyat..

dan juga mmg Allah yg menurunkan bala ini..dengan izinnya Allah menjayakan virus yg dihasilkan mereka sendiri..

Dan mereka mencampakkan anti-viral itu di ujung dunia yakni Australia pula..demekian lah kejahanaman Yahudi laknatullah!!
Sy setuju bg isham..cuma tiada teori lengkap utk mengukuhkan pandangan sy! syabas bg isham..

lg satu..KES ANWAR TLG BG ISHAM JELASKAN SEDIKIT MENGENAI WAK SEMBAB YG MENGATA ANWAR PENGKHIANAT BANGSA! TOLONG BG ISHAM

Tanpa Nama berkata...

sosialis takkan wujud klaw kapitalis xda..sebab kapitalis tu la yg mewujudkan sosialis..

Boestamam berkata...

Benda ni dah lama tau Pak Isham.Sekarang ni US nak tetapkan harga vaksin H1N1 pulak.
Ini Rockefeller punya idea la ni untuk kurangkan populasi dunia.

robinlabu berkata...

Aku baru berhubung dengan kawan aku di US. Katanya semasa penyakit tu sampai ke Amerika ramai yang panik. Tapi sekarang dah 'under control' sebab sudah ada vaksin. Tapi kenapa belum sampai kepada kita vaksin ini? Adakah bekalannya tak cukup atau harga nya masih dirunding? Semasa di US dulu setiap tahun aku tengok ramai orang pi pekena vaksin flu yang boleh didapati di mana2 kedai ubat setiap kali tiba musim flu, selalunya pada musim luruh. Alasan depa," nanti bila orang lain dapat flu, kita tak dapat." Adakah kerajaan kita akan tunggu bagi ramai mati dulu sebelum ambil tindakan?

abhrah berkata...

salam bro isham..

saya pernah terdengar dakwaan dari menteri kesihatan (kalau tak silap..) indonesia.

dakwaan pertama..selsema burung adalah senjata biologi yang sengaja dilepaskan..amerika tak saman..dakwaan kedua selsema babi juga adalah senjata biologi..juga amerika tak saman..

jadi..bro isham..setuju sangat dengan artikel ni..tt memang cool..

Tanpa Nama berkata...

...hoiiii peringatan ..moto gua 1 buln 6 kali pancit..kena paku .sapa punya kerja tabur paku ..di jaln duta...gua sekarang naik moto bawak kerambit .gua nk tikam sapa yg tabur paku..kapitalis ke sosialis ke .menyusah kan org...bro tt lu punya kerja ke...

Tanpa Nama berkata...

Ramai rakyat Malaysia terlepas pandang dgn kau Din....Kau memang cerdik sungguh...intalijen...spesal brain! Advance 1 malaniam. Aku dah tegang stim sangat2 baca artikel kau,tapi kendur bila last2 tu kau sebut sosialis. Kalau John Lennon idup lagi dia akan daftar diri dia jd abang kau kahkahkah....

Mat Mud.

Bikir Perak berkata...

William Kristol, Richard Perle, Henry Kessinger adalah contoh beberapa orang Mastermind agenda perang Amerika dengan negara-negara Islam. Tetapi mereka juga adalah kategori pengikut pula kepada mastermind lain yang lebih tersembunyi dan lebih berpengaruh.

Apakah kaitan budget pertahanan ini dengan Perang Konspirasi Dajjal?

AMIR SHAFIQ ADHAM berkata...

satu artikel baek tukar tiub!!ak stuju..syabas!

Nunca Caminaras Solo berkata...

Apa salah dengan Perancis?

Tanpa Nama berkata...

kalau virus komputer, juga mungkin pakai metodoloji sama kot. anti virus punya la banyak, tapi kalau anti-virus tu betul-betul berkesan..dah tentulah takde lagi virus - maknanya takdelah laku software anti-virus tersebut.

ini pandangan gila tukartiub?

hahahaha mamat tukartiub ni memang gila pun...tak silap aku penah dengar cakap-cakap orang mamat ni baca berita kat internet sampai lebih 10jam...tak 'gila' ke tu hahaha mestila ada pandanga 'gila' seperti ini

awangnoi berkata...

OTAK OTAK AKU SEDANG BERKEMBANG AKIBAT VIRUS TUKAR TIUB

XIEXIE BRO..

Cikgu Kimia berkata...

aku dah lama tpikir mendee ni lepas aku tengok documentai pasal wabak cacar. skang bukan US je pegang virus cacar..ada byk lagi yg ada virus tu...kalo virus tu dilepaskan dalam speed train/mrt..within a month...beratus ribu orang akan mati..sial pnyer kapitalis!

Dharma Rubiat berkata...

Salam...

Kat Malaysia ni pula ramai Melayu kena penyakit takut hantu cina... ramai yang terkincit bila berita seram Cina rampas hak Melayu, Cina nak makan Melayu .. keluar surat khabar... Lepas tu semua mereka menerpa kaki bomoh handal yg kononnya menjaga Melayu dari hantu Cina.. Sebenarnya bomoh tu yang bela hantu cina yang bersarang dalam banyak kontrek besar kerajaan..

y u z berkata...

selama ni saya baca diam-diam, tapi hari ini saya mahu minta izin pinjam artikel ini ke blog saya.

terima kasih encik hisham.

AwanMatahari berkata...

hahahahah..
Mungkin tak lama lagi manusia akan jadi macam zombie..macam dalam cerita resident evill..

Uisk bapak seram..

Malangnya tak ramai orang melayu Islam yang suka buat kajian ilmiah camni..

salute lu bro isham

Tanpa Nama berkata...

tak yah tengok cerita GI JOE ia cuma filem sampah aje

kalau nak tahu keadaan sebenar tengoklah filem LORD OF WAR lakonan NICHOLAS CAGE

filem ini padat dengan isi-isinya berkenaan isu penjualan senjata secara besar-beasaran dan matlamat politik yang tersirat disebalik penjualan senjata ini

Tanpa Nama berkata...

wabak selsema babi menular sebab demo anti-ISA hari tu ke?

itu cuma andaian membabi-buta aje

yang jelasnya virus ini bermula daripada seseorang yang sudah keluar dari KLIA dan mana-man lapangan terbang diseluruh dunia

kalau mengikut logik dan fakta memang disitulah tempat ianya bermula

lapangan terbang sememangnya highway PLUS versi virus yang mahu berjalan jauh

ha ha ha berkata...

Bro Isham..

I'm not impress with this article...ha ha ha..

Tapi saya lebih takut pasal bail out oleh US Goverment terhadap syrikat Hartanah dan Insuarance US...

Nilai yang di bail out terlampau tinggi dan tak munasabah so macam time bom..bila nak meletus..kalau meletus garenti ekonomi jadi slum..dunia huru hara...

Kita bergantung kepada Dollar dan apa yang berlaku jika wang Dollar ibarat wang pokok pisang masa zaman Jepon...renungkanlah..

Ha ha ha ha

Napi berkata...

mungkin x perlu kata ini kerja kapitalis. mungkin lebih tepat adalah ini kerja2 zionist yahudi.

zionist sentiasa menuduh dan memprovokasi dgn mengatakan adanya golongan extrimis islam. tapi skrg nie dah wujud kumpulan Z Group (extrimis zionist) di US. secara senyap2 plak tu. US buat bodo je.

aku cuma nak mendoakan supaya bro isam dan saudara2 yg lain menjumpai asal-usul kapitalis dan juga sosialis. supaya terang lagi bersuluh. uncle google dgn mat yahoo boleh tolong. banyak lagi pakcik macik yg boleh tolong..

Ini usaha adalah mencari kebenaran serta kesohehan, bukannya 'MALAS'.

Tanpa Nama berkata...

dalam dunia sesapa yang berniat jahat dia pasti melakukan kejahatan tak kiralah dia yahudi zionis ke... yahudi zealot ke..

yang pastinya anglo-amerika sama-sama krsitian eksterim pun turut join sama zionis yahudi utk menghancurkan Islam