Rabu, 12 Ogos 2009

SIAPA PENGKHIANAT DAN SIAPA PEMBUNUH ?



KENYATAAN MEDIA



11 Ogos 2009

Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang
memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan
hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah
kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini.
Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan
menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian
terdesak.

Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi
dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut
dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelas
walaupun tidak siarkan oleh media milik UMNO. Kenyataan Majlis
Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul
Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri bersidang pada 8
September 2008, menegaskan komitmen menjunjung prinsip-prinsip dasar
yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk
soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan,
kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan
hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu
serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta
hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk
menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok
simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkan
kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan
skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama
komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yang
diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni
mereka.

Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO lah yang menghina instutusi
Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina
Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai Gunung
dan Bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta pentadbiran UMNO
sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan
menjual saham Bernas kepada syarikat asing.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA




2 ulasan:

mn berkata...

PAK LONG TT,

kah kah kah kah...kah kah kah..kah kah...ANWAR ADALAH PENGKIANAT...kah kah kah kah..kah kah

HABIS KAT PKFZ...YANG TELAN DAN MENGKEDARAH LEBIH RM500 JUTA TU...ADAKAH INI PEJUANG???

kah kah kah kah...kah kah kah..kah kah...POOOORRRRAAAHHHH

halladd berkata...

Buck Up DSAI..

Hang sudah dikelilingi oleh keparat jugak.. Teruskan 'Ketuanan Rakyat' bukan Ketuanan Keparat..

Teruskan 'Martabatkan Bahasa Melayu'.. Sekarang banyak acara Kerajaan Selangor tak martabatkan Bahasa Melayu pun..