Sabtu, 19 September 2009
ESOK RAYA
SELAMAT BERHARI RAYA
jaga diri dan pandu berhati.
setahun hanya sekali.
jumpa geng jumpa keluarga.
keluarga tak ada pilihan
tak nak dia ada
kalau ada pun dia lagi ada
kawan dan geng teman gembira
kena air tapai keretek
dan rendang
tak terdengar bunyi gendang perang
hari raya hari kita
jangan melangok depan tv
malam takbir setahun sekali
tengah malam budak budak datang tunggu janji
rayakan budaya merayakan kehidupan
tanda berterima kaseh pada yang esa
tak perlu cakap arab tak payah cakap jawa
minta maaf dan selamat hari raya !
HUJAN TURUN LAGI
tak dapat nak cakap
hujan turun jam empat
kuyup dan lebat
esok hari raya
kacau ujan ini
pelita tak boleh di pasang
mercun tak boleh di letup
lepas raya nak ujan
ujanlah - biar sampai banjir
basuh hingga bersih.
yang lapuk akan runtuh
yang kotai akan hanyut
yang rahai akan tenggelam
esok jangan datanglah
potong stim nak raya
esok jangan datanglah
nak bakar mercu sampai muntah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
"tak perlu cakap arab tak payah cakap jawa
minta maaf dan selamat hari raya !"
ni gua memang setuju!
Selamat hari raya bro isham! Makan tapai puas2.. nanti waktu raya tulis pasal tapai plak..
kah kah kah kah!!! -gelak versi raya
Nottingham Univ.
selamt raya isham..
lain taun beraya dalam PR semua negeri dalam mealaysia
Kepada semua rakya, khasnya kepada kaum muslimin dan muslimat dicapkan "Selamat meraikan Hari Yang Mulia Aidilfitri".
Moga Moga PDRM dapat selesaikan penyisatan mencari siapa agaknya membocorkan rahsia Kertas Kabinet ke MalaysiaToday. Oleh kerana PDRM telah diarah oleh PM Najib maka Kertas Kabinet itu ADALAH TULEN. Kalau Kertas Kabinet BUKAN TULEN kenapa PM Najib arah PDRM buang masa mengejar satu KERTAS YANG TIDAK BERGUNA?
Ya Allah Tuhan yang Mahakuasa berilah petunjuk kepada PM Najib dan Ahli Kabinet Kerajaan Persekutuan supaya mengakui kesalahan mereka yang memberi kuasa retrospectively untuk menaikkan ongkos PKFZ dari RM1.4 billion kepada RM4.6billion.Kini meningkat RM12billion. Ini adalah kesalahan besar yang bertentangan dengan Arahan Perbendaharaan.
"Selamat Berhari Raya"
Allahuakhbar Allahuakhbar.
Selamat Hari Raya isham.......
Bro,Eid Mubarak to u,the penyu,to all the makhluks on earth and in the heavens.
Catat Ulasan