Sabtu, 28 November 2009
DUBAI OOOH DU BAYE BYE
MANUSIA YANG ANGKUH MELAWAN ALAM !
ISLAM KE TAK ISLAM HUTANG TETAP HUTANG
Harga minyak jatuh dua dollar. FTSE – bursa saham di London jatuh 170 mata.
Di Peranchis dan German bursa saham jatuh sama.
Ini berlaku apabila Dubai meminta tangguh pembayaran hutang 35 bilion dolar yang seharusnya di bayar pada 30 November ini.
Di London – nilai saham hilang sebanyak 44 bilion pound.
Dubai World – taiko utama di Dubai – perlu membayar 3.5 bilion dolar Islamic Bond pada bulan Disember depan.
APA YANG SEDANG TERJADI DI DUBAI SEKARANG
Damac Properties di Dubai telah gagal membayar EPF dan tidak memberi apa-apa ganjaran kepada semua pekerja yang di buang.
- international herald tribune
Sekarang ini setiap hari 1500 permit kerja di batalkan.
- the australian
Syarikat Pembinaa Nakheel telah membuang 500 pekerja, Damac membuang 200 pekerja dan Al-Shafar membuang 1000 pekerja.
- the hurriyet
Lebih dari 80 buah kereta mahal mahal telah ditinggalkan di Dubai International Airport. Tuan empunya kereta lari mungkin kerana tidak sanggup membayar sewa beli rumah, pinjaman bank, telah dibuang kerja
- khaleej times
"The property bubble has burst.
Dubai’s “container economy” is in for a grind in 2010 and beyond. Owners of properties are uneasily aware that the crisis shaved off huge chunks from the value of those properties.
“Real estate companies have downsized; projects have been shelved, hundreds have lost jobs. The place is rife with rumours that Dubai is in colossal debt and is seeking an Abu Dhabi bailout,...”
- the express bulletin...
"The financial crisis is forcing many parents who cannot afford increasingly high fees to pull their children out of schools and nurseries, teachers and parents say."
http://www.the nation
NOTA:
kenapa berita beriat dubai ini penting?
ini kerana ianya akan memporak peranda ekonomi dunia kapitalis
ekonomi dunia kapitalis sedang senak dan nazak
justeru para penyokong pakatan rakyat wajib bersedia
ekonomi dalam negara kita juga akan sama bergolak
para gerombolan akan merembat apa sahaja yang dapat dirembat
mereka sedar tanda tanda hari akhir mereka telah sampai
para pegawai kerajaan wajib memberi perhatian yang rapi
agar harta rakyat tidak disamun.
anak anak muda wajib bersedia untuk memahami makna dan
tanda yang sedang dibawa oleh krisis ekonomi.
tidak ada jalan pintas melainkan : iqrak iqrak iqrak .. baca baca dan baca.
Labels:
altantuya gadis cun mongolia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 ulasan:
Ini kerja memusnahkan alam, melawan ekosistem semulajadi ciptaan Tuhan.
Akhirnya yang musnah, kita manusia apabila bumi yang menampung kita sudah tidak bermaya lagi!
Ini berlaku di merata-rata termasuk di Malaysia!
Abis tu ape cerita Anwar kata nak bawak investor US$1 trillion dari negara-negara Arab satu masa dahulu?
Yang tu nko tak citer plak..
pakatan ke,barisan ke,semua ni berpakat dan berbaris untuk para cukong,para pemodal,para komprador,para kapitalis.
Weh,warga pekerja yang selama ni memburuh dan habiskan tenaga siang malam berpenat dan bersempit bersemput ni la patut diberi kuasa.Mereka jana ekonomi dunia,mereka yang bina bangunan-bangunan ni.Merekalah yang patut berkuasa.Nak harapkan Anwar Ibrahim RM1.00 tu ape kes?
Berbaris ke berpakat ke,dorang ni semua borjois.Jual nama rakyat untuk dapat undi.Yang pakai songkok yang pakai kopiah yang pakai serban yang pakai necktie semua sama je.
Berita menarik utk semua yang ada sahabat handai merantau di Dubai.
Mungkin ramai akan pulang ke KL sebelum Awak Muharam atau selepas Krismas.
Lebih menarik, harga minyak dunia akan merudum lagi.
Kalau ada yg berharap pada Petronas, lupakan. Harga minyak akan turun lagi.
Harga barang akan naik lagi?
Ada barang yang tertinggal dan terjumpa lagi di Dubai pulak?
biar runtuh,biar ranap ekonomi dunia!biar tahu rasa makna perut lapar!kebulur! apa khabar ahli korparat?lembu berapa eko sembelih?
Najib telah membuat persediaan lari ke Sulawesi. Balik kampung
Aku salah seorang yang membina pulau jadian....
http://1426.blogspot.com/2009/11/dubai-worlds-never-ending-story.html
saya tak akan mudah terpengaruh dengan mana-mana propaganda. yg penting kita kena baca baca baca. betul tu
Asas ekonomi kita masih kukuh...pasaran saham kita tidak menerima kesan yang terok...
pelabur asing masih anggap malaysia sebagai negara yang selamat...
bila ekonomi dah sesak...maka antara alasan yang paling popular adalah.....ada pihak yang tidak bertanggungjawab menfintah pemimpin negara dan memberi gambaran salah tentang keadaan politik, ekonomi dan keamanan negara...maka pelabur pun lari...
Rakyat diminta untuk berjimat (pemimpin pula....aku punya pasal lah....segala elaun dan keutamaan sebagai YB, Menteri dah termaktub....yang kau nak pertikaikan apahal...)
Kejadian Dubai adalah amaran kpd malaysia.
Negara yg bergantung kpd pelaburan asing semata-mata akan menghadapi risiko yang besar.
Jika Malaysia terus polisi ekonomi begini, kita akan jadi macam Dubai.
The real economy no longer can catch up with the money floating around. Riba is haram, but riba is the fundamental in world economy. You have been warned !!
Dubai ngan kotak 2 juta tu sama ke?
Betul ape nami o fish cakap tu..
tambah lagi,tak payah lah sape2 gi cakap pasal "ekonomi Islam"..no such thing..dia essentially adalah kapitalis,sama macam the so-called Third Way bullshit..sebelum sape2 nak tuduh gua "anti islam",pergi baca dulu dan fikir sendiri..
hakikatnya cuma ada 2 jalan,sama ada kapitalis atau sosialis..
p/s:kedengaran satu suara di Highgate Cemetery east,suara tu cakap "gua dah bagi tahu dah dulu..sampai bila korang tak nak dengar?"..kahkahkah..
alamak bru grade ni ingat plan nk apply keje kt dubai.. bye bye je lah.. duwhhh..
kesian pak arab ngok yg kaya raya dlu kene tipu dgn mat saleh smpai berhutang plak.. kahkahkah
memang ada yang tidakk ena di dubai dari awal lagi..dalam pasir dubai ada kapal,ada tentera di luar
Catat Ulasan