Isnin, 7 Disember 2009
BUKAN KES INI KES BUNUH !
PELIK TETAPI BENAR - KERETA NAIK ESKALATOR
MALAYSIA UNIK - SATU REKOD GUINESS BOOK OF RECORD
KERAJAAN NEGERI KAJI SEMULA TAHAP KESELAMATAN DI SETIAP PASAR RAYA -melayau
Kerajaan Kelantan akan mengkaji semula tahap keselamatan bangunan di setiap pasar raya di negeri itu susulan kejadian di pasaraya KB Mall petang semalam apabila dua mangsa terkorban dihempap sebuah kereta yang terjatuh daripada parkir di tingkat tiga pasaraya tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Takiyuddin Hassan berkata pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi memperhalusi dan membincangkan mengenai aspek keselamatan di setiap pasaraya.
"Pagi ini Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melawat ke tempat kejadian dan hasil daripada itu beliau telah mengarahkan pihak Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) supaya mengadakan mesyuarat segera hari ini.
"Kita akan panggil jabatan berkaitan seperti polis, bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak pengurusan pasaraya KB Mall pada mesyuarat itu bagi membincangkan langkah seterusnya selain akan mengkaji semula tahap keselamatan bangunan pasaraya di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian di sini hari ini.
Mangsa yang maut adalah Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, kedua-duanya dari Kolej Kejururawatan Masterskill Cawangan Kota Baharu manakala dua lagi yang parah iaitu rakan mereka Rashidah Ahmad Lutfi, 24, dan pemandu kereta jenis Ford Laser TX3, Nor Ain Said, 19.
KAH KAH KAH…
woit… TAK KAN NAK KAJI LAGI… kah kah kah…
woit… BERAPA BANYAK NAK BUAT KAJIAN… kah kah kah..
woit…. SIAPA KONTREKTOR… INI KES BUNUH… kah kah kah..
kah kah kah… KERETA NAIK ESKELATOR BUKAN KES LAWAK… kah kah kah…
woit… INI KES BUNUH… kah kah kah..
woit…. JAMBATAN RUNTUH KAJI… STADIUM RUNTUH KAJI…. JALAN RUNTUH KAJI…. kah kah kah..
woit… SAMPAI BILA NAK LULUS KAJIAN… kah kah kah..
woit… CAKAR DINDING DI UIVERSITY MALAYA… KENA TANGKAP…kah kah kah..
woit… TIGA MATI DI KUALA DIPANG… DUA MAUT DI KOTA BAHRU… KENAPA SENYAP kah kah kah…
woit…. SIAPA KONTREKTOR?..kah kah kah..
kah kah kah... PROJEK LEBIH BANYAK PASIR DARI SIMIN… kah kah kah…
kah kah kah… SIAPA JADI QS….SIAPA JUTERA… kah kah kah…
woit... SIAPA YANG LULUSKAN... SIAPA YANG KENA HULUR?... kah kah kah
nota:
inilah sebabnya kita menentang rasuah
rasuah yang meluluskan projek yang dibawah piwaian
projek projek ini diluluskan kerana rasuah
kalau tidak macam mana boleh runtuh
rasuah akhirnya membawa mudarat
tunggu bangunan mahkamah jalan duta akan runtuh
tunggu bangunan di puterajaya akan runtuh
tunggu unisel di batang berjuntai
tunggu bangunan ukm
satu demi satu akan runtuh
dimana ada rasuah
bangunan akan runtuh
lupa mrr2
lupa hospital jb
lupa atap parlimen
dah lupa kerana banyak ketawa tengok kereta naik eskelator kah kah kah
Labels:
KERJA BAWA TILAM,
KES ORANG BODOH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 ulasan:
kahkah.. jangan ada kroni wujud tak kira mana2 pihak UBN atau PR. Projek mesti telus dan memberi manfaat untuk rakyat.
Ini dia, salah satu bukti setiap hari Hukum Kapitalis 1, mula memakan nyawa rakyat.
Kaji jangan tak kaji, kendian setelah lama menelaah, boleh kita TIDOR...ZZZ...
Hukum Kapitalis 2, kontrektor mestilah SELAMAT, SIHAT WALAFIAT... Dengan hanya kajian, para pemodal mestilah berada dalam keadaan selamat.
Hukum Kapitalis 3, YANG SALAH HANYALAH STRUKTUR BANGUNAN TIDAK KUKUH. Lihat, bata sekeping saja, sebelah dalam, kontrekter tak plaster pun, bata merah masih berbogel tuan.
Hukum Kapitalis 4, Ini bukan kes bunuh! Kereta tersebut hanya membunuh diri. Jadi tiada siapa yang salah sebenarnya dalam hal ini.
Hukum Kapitalis 5, siasat saksi sampai mati. Jangan lupa yang ini. Kontrekter dan pesalah tak perlu disiasat. Ntah2 bangunan KB Mall pun adalah hadiah. Jangan hadi pegi haji sudah la..
Tt boy...gua caya sama lu...x ada apa yg brkecuali..kalau ada 12 org lagi mcm lu,raja linggam,raja kapoor,raja money semua makan sagon,naik kapcai,balut rokok daun bro...hidup tukar tiub..lu lah pang5 merong maha wangsa yg d cari2..salute lu''''''
Kalau Nik Aziz dan Parti PAS betul betul hebat...
Buktikanlah dia berani tangkap kau pemodal yang menipu dan buat bangunan yang tak betul sampai boleh jadi ini accident.
Tok Guru, takkan mau buat kajian saja? Bila mau ambil tindakan?!!
Di Malaysia ayat "Kita akan mengkaji" dah jadi modal tutup kes la bro..
Jarang keputusan dan tindakan yg dibuat diumumkan.. kaji aje... sampai mati.. ha. la ni tambah kematian lagi nih.. kaji lagi dan lagi..
beb..
kan ada orang Islam meninggal tu. Instead of ketawa macam orang hilang akal, apa kata kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada yang terkorban...
Masyallah!
tt kene paham, kejadian nie disebabkan kecuaian pemandu... dier pi langgar tembok saper suruh.. bukan kereta tue jatuh terjunam secara tiba- tiba.. so pakai otak sikit, jangan bodohkan melayu...
lain kali doa la bala kat org lain last2 negeri sendiri kena
alfatihah..gentar dan terkedu dgr berita nih.apakah doa bala mula termakbul olehNya.doa dijauhkan bala.bala ni bukan nya kira manusia,bangsa,agama sbb mak badak,gajah,tenuk semua dilandanya...
siva... kalau dah kereta langgar... laju pulak tu... dinding pun runtuh la... bukan dinding tu runtuh sendiri...
macam kes kat kolumpur yang tertidur, langsung kereta lepas ke bawah...
dah kereta langgar... runtuh la benda tuh...
habis tu... segala dinding cermin tu kena tukar la lepas nih...
kereta enjin turbo macam tu... tekan sikit dah naik dah...
salam tuan tt,
budak tu bukan langgar tembok penghadang luar kat tempat parking sbb kalau dia langgar tembok tu dia akan jatuh ke jalan raya..apa yg dilanggar ialah dinding bangunan kecil yg ada kat atas bumbung yang sebelum ini saya pun tak tau apa sebenarnya bangunan kecil tu...dari apa dibaca bangunan kecil itu ialah sisip angin...mengikut saksi, budak perempuan tu enggan memandu kereta tersebut sbb dia tak tau memandu tapi diminta oleh kawan lelakinya yg hendak menolak kereta utk menghidupkan enjinnya..selepas perlanggaran, kereta tu terjungkang jungkit di situ sebelum jatuh ke dalam kbmall selepas pemandu dan adiknya terjun dari kereta..
Melihat daripada gambar dinding yg dipaparkan, saya boleh katakan budak ini menolak keretanya pada laluan parking yang jaraknya pendek ke tembok penghadang sedangkan terdapat beberapa laluan parking yg jaraknya ke tembok penghadang dinding lebih panjang..tak tau laa apa yg ada dalam fikiran budak itu ketika itu..kbmall sudah bertahun-tahun beroperasi...sudah berjuta kenderaan naik turun untuk parking kat atas...kes ini tidak sama dgn kes stadium( tak sampai setahun)dan jambatan ( baru 2 minggu disiapkan) yang runtuh (ini baru ada sesuatu yang tidak kena)..kbmall tidak runtuh..tengok laa kemunasabahan nya..saya melihat kemalangan ini adalah disebabkan kecuaian budak2 itu.apa pun siasatan sedang dijalankan..kalau benar bangunan tidak mengikut spesifikasi, ambillah tindakan yang sepatutnya..tidak kira siapa ,yang salah tetap salah..
Takziah pada keluarga mangsa...Alfatihah..
Salam, QS tak salah bang.... Jurutera tuakang reka struktur bangunan, PBT tukang lulus rekabentuk, Penyelia/Pengurus Projek tukang kawal pembinaan...... mereka ni patut kita cari/siasat apa mereka buat....
dinding tu just brickwall, one sided plaster je la
bukan dinding konkrit
bukan shearwall/ load bearing wall
memang la tak boleh tanggung beban langsung
lagi pun yang pi hentam tu kereta
nak cakap pun mau pikir dulu bro...
kalo takleh pikir lu tanye la...
---malayidiot---
Catat Ulasan