Jumaat, 22 Januari 2010

MARI BERKENALAN DENGAN PFLP



RADIKAL CHIC - LEILA KHALED




POPULAR FRONT FOR THE LIBERATION OF PALESTINE

PFLP – Barisan Popular untuk Pembebasan Palestine - adalah gerakan garis kiri dalam perjuangan untuk membebaskan Palestine dari Zionis Isreal. PFLP muncul dari ombak nasionalisma Arab yang telah digelodak oleh Gamal Abdel Naseer di Mesir.

Apabila tentera Mesir, Syria dan Jordan kalah dalam perang Arab/Isreal pada tahun 1967 maka muncul generasi baru yang bangun berjuang mengangkat senjata.

Dengan berpandukan garis politik Marxist-Leninist, PFLP telah ditubuhkan dibawah tanah di Tebing Barat Palestine pada 11 Disember 1967 dibawah pimpinan Dr. George bash.

Garis kiri ini mendapat sokong hebat dari anak anak muda , kaum tani, buruh dan warga pelarian Palestine.

PFLP adalah gerakan yang terbesar sesudah Al-Fatah yang pada hari ini telah bersekongkol dengan Zionis Isreal.

Ombak revolusi tahun tahun 70’an yang membuka garis internationalist dunia dimana PFLP telah berkerjasama dengan kumpulan radikal kiri dari Jepun dan Eropah dan dari seluruh dunia.

PFLP juga bertanggung jawab membawa ombak baru – membajak kapal terbang. Operasi pertama dilakukan pada tahun 1967 apabila PFLP membajak El Al kapal terbang Isreal.

Pada tahun 1969 Leila Khaled gadis cun radikal chic yang cool telah membajak TWA 840 dalam perjalanan dari Rome ke Athens. Kapal terbang ini di bawa ke Syria dan diletupkan di padang pasir.


( Kamarade Salah al-Salah bekas pemimpin PFLP akan datang ke Kuala Lumpur. Satu pertemuan dengan anak anak muda dan warga Malaysia yang ingin tahu apa yang sedang berlaku di timur tengah khususnya Palestine sedang di rancang. Sila perhatikan iklan pertemuan ini )




8 ulasan:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

terimakasih kerana bagi tau

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan PFLP ni sama dgn PKR ke...?

Tanpa Nama berkata...

'PFLP muncul dari ombak nasionalisma Arab yang telah digelodak oleh Gamal Abdel Naseer di Mesir.'-
ayoh GELODAKLAH kami !!!!

Sudin berkata...

PLO

Yasser Arafat mati bukan kerana bom

Lawrence Of Arabia ?
Entahlah...apa nak jadi raja arab ni....? penuh kurap....!!!

Sampai kiamat barua pelbagai jenis bangsa....ada melayu,cina,india,benggali,arab...

Paling dasyat jadi barua Zionis sampai mati....semudah itu tertipu konon pemimpin PLO melilit keffiyeh di kepala dan tengkok.......

Anwar Sadat berundur membiarkan British menyembelih hidup-hidup...

Jeng,jeng,jeng.....DAN hari ini ada melayu eeeee yang lebih arab dari arab pulak dah.....melilit keffiyeh di tengkok....kah,kah,kah....yang ini bidalan orang tua ada berkata.....
jumpa ular,jumpa Mahathir...ketuk kepala mamak setan madey ni...!!!

Syabas Isham !

Dunia tanpa sempadan....maklumat di hujung jari.....

Tanpa Nama berkata...

sosialis sudah ketinggalan zaman......keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

Itu tak chic. Yang betul-betul la belle le chic adalah Datin Seri Rosmah Mansor... baru betul. Apa la TT ni...

Tanpa Nama berkata...

HArapan semua, satu kempen dan hebahan umu agar program ini akan disertai ribuan penonton yang mahu mendengar dari pejuang sendiri.
Dan BUKAN dari tukang ampu saja.

Sepukal berkata...

torah! torah hattan nas!
revolt! revolt until victory!