Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 13 Januari 2010

TANDA SETIAKAWAN



TERBANGLAH DAN BAWALAH BERITA KEDAMAIAN





LAWAT GEREJA KERANA SIMPATI : NIK AZIZ
– harakah daily

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan kesediaan melawat beberapa gereja di Kuala Lumpur baru-baru ini kerana simpati penganiayaan yang dilakukan.

Beliau berkata, kunjungan ke gereja yang terbakar kerana dikhianati sama seperti menziarahi orang yang sakit.

“Islam mengajar umatnya bersimpati terhadap orang teraniaya seperti kejadian membakar gereja di beberapa tempat di Lembah Klang baru-baru ini.

“Perbuatan itu sememangnya tidak boleh diterima oleh Islam kerana menggunakan kaedah kekerasan,” katanya ketika ditemui pemberita sekembali dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, hari ini.

Baru-baru ini Menteri Besar Kelantan melawat tiga gereja di Kuala Lumpur termasuk Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dan Gereja St Francis Xavier di Jalan Gasing bagi melihat dari dekat kesan kerosakan akibat dikhianat pihak tidak bertanggungjawab.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz mempersoalkan tindakan pihak terbabit sehingga merosakkan rumah ibadat orang bukan Islam.

“Saya pergi kerana rasa simpati terhadap mereka yang teraniaya,” ujarnya.

Beliau juga berkata, lawatannya ke gereja hanya boleh dijadikan isu kepada mereka yang berfikiran sempit.

“Sebelum ini pun saya pernah melawat kuil Hindu dan Buddha di Tumpat beberapa kali. Sami-sami Buddha juga datang ke pejabat saya,” ujarnya.

Beliau juga berkata, lawatan tersebut secara tidak langsung dapat menterjemahkan keindahan Islam kepada golongan bukan muslim.

nota:
inilah tanda masyrakat majmuk
inilah tanda berbilang kaum
inilah tanda berbilang agama
inilah tanda berbiling kepercayaan
inilah tanda pluralisma

inilah indahnya merayakan kehidupan

lepaskan merpati puteh
terbanglah untuk kedamaian





10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woi!Woi1Woi!
Tok Ghughu!Apa kahabaq Nik Abduh!Apa Khabaq amalina!Apa khabaq ariffahmi!DAN apa khabaq Anuar Tan!!!!Awas Kickdefella!!!

yes berkata...

Sila baca ayat 171 surah an nissa.

Selamat berfikir!!!!

Tanpa Nama berkata...

Pengundi yang beragama Kristian atau Nasrani jangan duk menghiba tak tertawan, pangkahkan pada slip undi nanti dan ajarkan UBN, jangan kena ubat gula-gula nanti lupa yang UBN telah mengguris hati mu. Ingat kena ajar UBN jika tidak UBN boleh buat macam-macam perkara yang amat hodoh, bangan dan gila babi.

KAH..KAH berkata...

Bagus..bagus betul.
Hati suci murni tulus kudus demi sebuah kedamaian.

Tanda setiakawan atau satu permainan atau terpaksa sebab nak undi..? Nak kekal kuasa beb..kuasa!

kah..kah

Satu tindakan yg menyelamatkan dia seketika dari perlu menjawab bagai2tuduhan dlm kerajaan kelantan.

..nak bagi menantu jadi CEO juga.
..nak bagi anak jawatan juga.
..nak berbagi sesama kroni juga.
..nak makan kek harga 600 juga.
..nak naik kereta besar juga.
..nak pegi umrah pakej rasuah juga.
..hutang balak tak selesai juga.
..pas kelantan pecah belah juga.
..asyik menyumpah org je kerjanya.

yg penting terus berkuasa!
yg penting dekat 20 th dah jd MB!
yg penting jaga kroni.
tg penting nak undi.

yg pasti husam terus hampa tunggu,
yg pasti geng kapak dah mengapak,
yg pasti setopa nak balik negeri!

kah..kah..kah

Lawat gereja,to'kong & kuil..
gereja hangus dia simpati
paderi dah tersentuh hati
rasa mcm sang suria pagi
oh alangkah indahnya dunia ini.

SEMUANYA HIPOKRASI!!!

Tanpa Nama berkata...

siapa mahkamah nak kena buat keputusan suruh boleh guna nama ALLAH

ALLAH SEPATUTNYA ABOVE THE LAW

LIBERAL HIPOKRIT

ini semua mesti kerja kaum pemodal kapitalis illuminati

NAK BUAT UNTUNG ATAS NAMA ALLAH KE ?????

apa kata mu bro hisham

shahmetal berkata...

hiprokrit.

Formula Nik Aziz diktator PAS:

1) Apa2 yng kelihatan akan menyokong BN/UMNO, jangan lakukan
2) Apa2 yng bleh menunjukkan penentangan terhadap BN/UMNO, lakukan sehabis2nya
3) Benda2 lain tak sepenting perkara 1 dan perkara 2

PAS tanpa Nik Aziz ialah masa depan PAS.

wakmeli berkata...

orang yg mendalami dan memahami agama islam xperlu nak dipertikaikan. tgna mmg pemimpin yg paling patut dicontohi oleh mana2 pemimpin kat dunia ni...

Tanpa Nama berkata...

UMNO Bn lagi teruk

Mandat rakyat 50 tahun,
Tiap-tiap tahun kerja menyamun,
Terima rasuah tak mengira tahun,
Janji anak bini dapat balun,
Harta negara macam harta karun,

Duit petronas berbillion-billion,
Projek mega sana-sini bertimbun-timbun,
Bila ekonomi merudum,
Najib kata "our ekonomi has no problem"

Polis dan SPRM menjadi alat,
Kerja macam langau dan lalat,
Kalau BN jadi penjahat,
Tentu tak kena lokap,
Tapi kalau PR yang buat,
Belum masuk lokap dah sakit tenat.

Sampai bila nak tipu melayu,
Dahlah melayu semakin layu,
Sendiri tipu bangsa sendiri tak mengaku,
UMNO ni memang kayu,
PRU ke-13 nanti rakyat hadiahkan penyapu,

NUrkilan,

Tukar tuib big fan.

MAT LENDIR KG LONEK berkata...

Untuk tanpa nama 05:35 dan tanpa nama 09:06;

Sesungguhnya tiada hiprokasi dalam ajaran Islam. Menanam dan mencurah rasa simpati pada yang dianiayai dan disakiti adalah benar dalam Islam.

Kita dituntut!

Menjauhi amalan ini adalah ciri-ciri makhluk yang mula menjauhi ajaran Islam.

Mulalah belajar untuk berfikir dan bermuhasabah diri tentang ajaran yang anda anuti.

Tanpa Nama berkata...

woi!woi!Woi!
"saudara ku
dimalam yang kudus ini
dibawah limpah cahaya bulan
marilah kita doakan
agar turunlah malaikat"

.....Mulalah belajar untuk berfikir dan bermuhasabah diri tentang ajaran yang anda anuti.......