Selasa, 5 Januari 2010

TOLONG JANGANG TIPU ORANG MELAYU - RADIO AKTIF TIDAK SELAMAT




INI BUKANG PERSEDIAAN NAK PERGI MAIN BOLANG - INI KESAN RADIO AKTIF





INI BAHAYAG NYAG



INI BUKANG ANAK IKANG - TAPI INI ANAK ORANG



INI KESANG KEPALANG JADI DUANG



BANGUNAN DI KAWASAN PERINDUSTRIAN JAKAR DI SIMPAN RADIO AKTIF – berita hairan

CHUKAI: Penduduk yang tinggal berhampiran sebuah bangunan untuk menyimpan dan melupuskan sisa bahan radio aktif di Kawasan Perindustrian Jakar Dua di sini, bimbang keselamatan dan kesihatan mereka terjejas akibat bahan berkenaan.

Abu Bakar Othman, 40-an, berkata tindakan pihak terbabit yang membina bangunan dan menjadikannya sebagai tempat menyimpan serta melupus bahan sisa radio aktif dianggap mengabaikan keselamatan penduduk setempat.


“Kita berharap Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) dapat melihat perkara ini demi keselamatan penduduk di kawasan berhampiran, terutamanya kanak-kanak yang tidak mengetahui bahaya di depan mereka,” katanya.

Penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Osman berkata, sejak menyedari kewujudan bangunan tempat penyimpanan bahan berkenaan dia berasa bimbang dan takut memikirkan kesan bahaya bahan itu kepada kesihatan.

"Kita berharap pihak berkuasa peka dengan masalah ini dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Ia kerana bahan radio aktif diketahui boleh memberi kesan kepada kesihatan, apatah lagi premis melupuskan bahan berbahaya itu sangat hampir dengan kawasan kediaman," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), A Rahman Yahya, berkata pihaknya sudah mengambil tindakan segera selepas menerima maklumat daripada penduduk terbabit.

“Kita memeriksa bangunan ini bersama dengan Pegawai JAS dan LPTA serta Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti).

"Hasil siasatan mendapati, memang wujud sebuah bangunan yang dijadikan tempat menyimpan dan melupuskan bahan berkenaan, namun kami dapati ia tidak membahayakan penduduk serta tidak mengeluarkan sebarang bau.

"Siasatan Mosti juga mendapati pihak berkenaan mendapat kelulusan daripada LPTA untuk menyimpan serta melupuskan sisa bahan berkenaan di situ,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau menambah, pihak berkuasa juga mengesahkan kawasan berkenaan serta sekitarnya selamat dan tidak berbahaya kepada orang awam kerana kerja pelupusan bahan radio aktif itu dilakukan dalam sebuah bengkel yang tertutup.

Namun, katanya bangunan yang didirikan bagi tujuan pelupusan sisa bahan radio aktif di atas tanah itu tidak mendapat kebenaran serta kelulusan MPK kerana tidak mempunyai pelan yang disahkan.

“MPK akan memanggil pemilik bangunan berkenaan untuk mengemukakan pelan dan mengarahkan mereka mengemukakan permohonan mengikut undang-undang yang ditetapkan MPK untuk mendapat kebenaran bagi tujuan pelupusan bahan radio aktif berkenaan,” katanya.

“Dalam hal ini, keselamatan orang ramai lebih diutamakan dan pihak kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan atau melupuskan sisa bahan radio aktif secara sesuka hati,” katanya.

nota:
macam mana dengan tiba tiba
industri bersihkan radio aktif ini sampai?

bersihkan radio aktif ?

pasti menggunakan air.
air masuk ke laut.
dilaut ada ikang
dilaut ada kerang
kalau dimakan kita berak kerang
muka macam muka ikang
cucu cicit jalang terkangkang kangkang kah kah kah




26 ulasan:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

jangan aktifkan radio kerajaan bahaya untuk pr akan datang

sedang kaji kenapa katak berkaki empat ada dalam semua parti oren ..

Sepukal berkata...

habis la muke orang ganu generasi macam ikang, sotong dan kerang nanti hahaha.

tak dapat nak tipu cina kat broga skang nak tipu melayu kat terengganu pulak. maklum lah melayu kan senang kena tipu. malam2 dok surau dan dengar ceramah ustaz2 pasal syurga dan hal perkahwinan semua syok dah tak nak berjuang. akhirnya "ha jaga lah kau penipu masuk neraka nanti" hahaha

Pok Hisang berkata...

Nanti rakyat jangang makang ikang..makang kongkang la pulok
Paahtu org ganu jalang pong ngengkang dok dang ngelok kene bahang dok radio aktif.

kepale bapok die tok jage mende bahaye gi situ wat pe..?

Tok kang pitih hok tu pong nok bahang..base bengong tok tau kehale..!

Gigi dah le jarang lame sok muke pong jadi serupe jembalang..

Myth berkata...

even kalau pusat tenaga nuklear pun di bina berkilometer dari penempatan awam. inikan pulak kawasan pengumpulan bahan radioaktif. Memang la betul bahan-bahan ni kalau diproses dengan betul akan menjadi tidak merbahaya. tetapi sebagai manusia, secara harfiahnya kita takkan lari dari membuat kesilapan.

Tanpa Nama berkata...

lagi 1cara ayat mengelentong orgramai:

"Beliau menambah, pihak berkuasa juga mengesahkan kawasan berkenaan serta sekitarnya selamat dan tidak berbahaya kepada orang awam kerana kerja pelupusan bahan radio aktif itu dilakukan dalam sebuah bengkel yang tertutup.
Namun, katanya bangunan yang didirikan bagi tujuan pelupusan sisa bahan radio aktif di atas tanah itu tidak mendapat kebenaran serta kelulusan MPK kerana tidak mempunyai pelan yang disahkan.
...
Dalam hal ini, keselamatan orang ramai lebih diutamakan dan pihak kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan atau melupuskan sisa bahan radio aktif secara sesuka hati...”


mula2 cakap selamat - bagi alasan kerja dijalankan dlm 'bangunan tertutup'...

lepas tu baru cakap 'bangunan tertutup' tu belum diluluskan,
MALAH BELUM ADA PELAN DIKEMUKAKAN!

macammana nak pastikan 'bangunan tertutup' tu benar2 mengikut setiap spesifikasi berkaitan keselamatan tanpa ada pelan???!

berapa jarak bangunan dari kawasan bersebelahan?
berapa ketebalan dinding+pintu bangunan yg dikategorikan sebagai 'tertutup'?
bagaimana sistem pintu keluarmasuk bangunan berkategori 'tertutup'?
bagaimana sistem pengudaraan bangunan kategori 'tertutup'?
bagaimana sistem kumbahan dan lain2 effluent termasuk sistem longkang & perparitan yg keluar dari bangunan ke tempat2 lain?
bagaimana keseluruhan sistem keselamatan secara aktif yg digunapakai setiap detik?
bagaimana sistem keselamatan secara pasif yang akan sertamerta digunapakai jika berlaku sesuatu insiden seperti kebocoran dll?

banyak lagi persoalan2 perincian yg tidak dapat dijawab secara sahih & tepat, TANPA PELAN2 TERPERINCI 'BANGUNAN TERTUTUP' TERSEBUT SEPERTIMANA YG DIBINA!

"keselamatan orang ramai lebih diutamakan" kunun! "rakyat didulukan" kunun! POOORAH!!!
JANGANLAH MENGELENTONG RAKYAT DGN AWAL2 MENYEBELAHI TOWKEY2 INDUSTRI & PERNIAGAAN DGN MEMBERI KENYATAAN IANYA "SELAMAT"!!!
HENTIKAN PROJEK MENIPU RAKYAT KEBANYAKAN YG SEBENARNYA LEBIH BIJAK DARI YG ANDA SANGKA!
SELAMA NI CUMA KASI CAN SEBAB ORG MELAYU NI TERLALU LEMBUTGEMALAI!!!

KALAU BETUL2 SELAMAT, BUATLAH BANGUNAN PELUPUSAN TU SEBELAH RUMAH PEMIMPIN umnGoK ENGKAU TU!!!

-average joe-
klakka-la.blogspot

Tanpa Nama berkata...

Lets hope we are not dumb enough to go buy stuffs mat salleh don't want for themselves.

http://www.theflucase.com/index.php?option=com_content&view=article&id=2457%3Afrance-plans-to-sell-excess-swine-flu-jabs&catid=1%3Alatest-news&Itemid=64&lang=en

Tanpa Nama berkata...

"Hasil siasatan mendapati, memang wujud sebuah bangunan yang dijadikan tempat menyimpan dan melupuskan bahan berkenaan, namun kami dapati ia tidak membahayakan penduduk serta tidak mengeluarkan sebarang bau"

BAU??! Radioaktif ada bau? Kah!Kah!Kah!

V-Jolt berkata...

"Tempat dan keje pelupusan selamat dan membahayakan orang ramai. Tapi at the same time bangunan tu takda kelulusan."

Ni mana punya bangang ni? Kalu selamat & tak bahayakan org ramai apasal bangunan tempat buat keje tu tak diluluskan plak.

Takda bau maknanya selamat? Mmg kencing kuat la mamat ni.

Abdul Majid Hasan berkata...

Sebagai bekas pegawai LPTA, saya yakin isu ini terlalu remeh. Maaf.

Di Malaysia terlalu kecil kuantiti radiaoaktif yang digunakan dalam lingkungan 100Curie aje!

Semenjak saya memberi perkhidmatan secara third-party ie syarikat swasta saya simpulkan gambar2 yang anda kemukakan tidak mungkin... saya ulang TIDAK MUNGKIN terjadi di Malaysia, insyaALLAH

ha ha ha berkata...

Ha ha ha ha ha..

Biasalah wartawan ngok..dia ingat sisa radio aktive macam sisa Jamban ka ada bau...ha ha ha

Boleh selamat tapi tak ada Plan pengesahan dari MPK..kalau bocor sapa mahu tanggung????? Chukong tanggung ka..ha ha ha ha ha..

Tanpa Nama berkata...

ni sebab kat chukai kemaman, kena kecohlah, kawasang MB menatang beruk bagi orang derih jusoh gayut mok, hok sebenornye rakyat sekitar chukai, kemamang gi mampuh aah nak jadi muke macang ikang ke sutun ke, janji dulu geng kite dapak pitih, ni mung menatang beruk nok gocoh dengang aku gayut mok, aku bawak tubik cite-cite busuk pangang dari kemamang, tu kawasang mung bukang kawasang aku, tak de sakut paut dengang aku di besut nih...kate sahibul hikayat due2 tuh menatang beruk dengang gayut mok patut diradio aktifkan ke tengoh laut biar mung berdue mapuh jadi pulau batu karang supaya dapat hidup memberi faedah daripada hidup sebagai manusia tapi tak guna setarang abuk punggg...

Cetusan berkata...

belum aduan belum tau ..nanti siasat..

Tanpa Nama berkata...

betul tu pak aji.. Tak Mungkin.. tapi sape yang sanggup nak tunggu jadi macam dalam gambar tu baru nak tutup tempat pelupusan.. beringat sebelum kena, bukan terantuk baru terngadah..

Sepukal berkata...

Encik Abdul Majid Hasan, LPTA diwujudkan kerana isu bahan buangan radioaktif di Bukit Merah tahun 80an dulu. Sekarang kerajaan sedang war-warkan kata nak buat loji nuklear dan media sekarang sedang kempen kata nuklear ni bagus dsb. Semuanya bermula dari kecil kemudian jadi besar. Takkan kita nak tunggu hal jadi besar baru nak heboh? Dah terhantuk baru nak tengadah?

Jadi kalau nak halang biar halang sekarang sebab apa2 boleh berlaku mulai sekarang

Tanpa Nama berkata...

namun kami dapati ia tidak membahayakan penduduk serta tidak mengeluarkan sebarang bau.

adoi,bodoh nak mampus munkee yg keluarkan ayat ni..sikit je pun dah sgt merbahaya..woit,bukan semua jenis sisa radioaktif ada bau!

Tanpa Nama berkata...

DIVERT KEPALA HOTAK HANG LA THAMBY..

ENJIN JET HILANG APA CERITA TAMBY?

PENGKHIANAT CURI ENJIN JET APA CRITA THAMBY?

MINYAK NAIK APA CERITA TAMBY?

GULA NAIK APA CERITA TAMBI?

UMNO TINGGAL 'NO' APA CERITA TAMBY?

MACC APA CERITA TAMBY?

KHIR TOYO 24M APA CERITA TAMBY?

KJ APA CERITA THAMBY?

BIK MAMA APA CERITA THAMBY?

DUIT BALKIS APA CRITA THAMBY?

BUNG ZIZIET APA CERITA THAMBY?

JAMBATAN K DIPANG RUNTUH APA CERITA THAMBY?

ZAMBRY DKK HARAM APA CERITA THAMBY?

STADIUM RUNTUH APA CERITA THAMBY?

BUS EXPRESS MATI 10 ORG APA CERITA THAMBY?

BAS STATION RUNTUH APA CETITA THAMBY?

BANGUNAN RUNTUH 2 ORG MATI DI GFAIR PARK APA CERITA THAMBY?

MAT TAIB AUSTRALIAN DOLLAR APA CERITA THAMBY?

SAIFOOL BONTOT APA CERITA THAMBY?

SAIFOOL JUMPA NAJIB APA CERITA THAMBY?

HKL CKP SAIFOOL PUNYA BONTOT MASIH VIRGIN APA CERITA THAMBY?

KERAJAAN HARAM KAT PERAK APA CERITA THAMBY?

PAK LAH ZZZ APA CERITA THAMBY

TEOH BENG HOCK, KUGAN APA CERITA THAMBY?

GENG KEPALA LEMBU APA CRITA THAMBY?

ENJIN JET HILANG MASA NAJIB JADI MENTERI APA CERITA THAMBY?

SIAPA PNEGKHIANAT THAMBY?

JAWAP LA THAMBY...JAWAP..

MAT TAK AKTIF berkata...

Abdul maajid hassan? Sapa tuh? Tak penah dengar nama pun! Anggota pemeriksa senjata nuklear Iran ker?

Gua cadangkan kerajaan Nganu pindahkan pusat pelupusan sisa radio aktif itu kat belakang dapur rumah majid hassan. Majid hassan tak perlu risau kerana sisa radio aktif itu tidak bahaya kerana tiada mengeluarkan bau seperti kentot TT.

Gua berpendapat pandangan majid hasan ni adalah pandangan yang ngok! Apa skala yang digunakan oleh majid hassan untuk mengatakan sisa radio aktif di tempat itu tidak bahaya? Satu dunia kata sisa radio akti bahaya, mung saja kata tak bahaya????? Isu remeh????? Mung ni saintis keluaran mana??? Saintis kong kang yang sama tarap dengan propesor kang kong juga ke???

Mung belom kena bolehla mung cakap gitu! Dah kena kat cucu cicit mung besok baru mung tau remeh ke tak remeh! Benda sisa radio aktif ni bukan macam sisa-sisa gula kat rumah mung!!!

Mung tak pecaya, mung tanya kat lebai google laaa!

iam_khufu berkata...

Saya tak pasti dari sumber mana gambar itu diambil tapi ada sebahagiannya dari Iraq dan Afghanistan yg mana mereka terdedah dengan Depleted uranium yg digunakan oleh US.

Mungkin benar apa yg dikatakan oleh saudara Abdul majid, tapi tgk pd situasi semasa skrg, kerajaan bukan peduli sangat pd kebajikan rakyat. Kalau sesuatu terjadi, kes tu akan disorokkan. Tgklah hal kehilangan enjin pesawat F5.

Sy memang setuju tapi kalau nak buat kena yakinkan rakyat melampaui keraguan yg munasabah, bahawa ianya benar2 selamat

Tanpa Nama berkata...

rasanya rosmah tue terkena kesan sisa radio aktif

Orang Lama berkata...

CHUKAI: Penduduk yang tinggal berhampiran sebuah bangunan untuk menyimpan dan melupuskan sisa bahan radio aktif di Kawasan Perindustrian Jakar Dua di sini, bimbang keselamatan dan kesihatan mereka terjejas akibat bahan berkenaan.

BERAPA BANYAK KUANTITI YANG DISIMPAN & DILUPUSKAN?

DARI MANE MENATANG NI DATANGNYE?

COMPANY MANE YANG BUAT KERJA NI?

APA TEKNOLOGI YG DIA PAKAI?

PEKERJANYA SIAPA YANG MELATIH? ADAKAH HANYA BANGLA DAN MAT INDON?

Nak tau apa itu radioactive substances?
Radioactive substances within the meaning of the Atomic Energy Act are:

nuclear fuels, i.e.

a)Plutonium 239 and plutonium 241,

b)Uranium enriched with the isotopes 235 or 233,

c)Any substance containing one or several of the substances mentioned in a) and b),

d)Substances which can be used in a suitable plant to maintain a chain reaction which initiates its own repetition and which are determined in an ordinance having the force of law.

other radioactive substances which - without being nuclear fuel -,

a)Spontaneously emit ionizing rays,

b)Contain one or several of the substances mentioned in a) or are contaminated with such substances.

So.. En. Abd Majid Hassan, boleh tak bagitau kita org berpa banyak kuantiti radioactive yg diproses dan apa jenis radioactive yg di proses? Kalau nak jadi jurucakap kerajaan UMNO biar ada data, jgn main ckp aje, nanti 1 Malaysia org gelak

Tanpa Nama berkata...

Sajak Usman Awang: Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Tanpa Nama berkata...

allo pak majid, kalo tak kene kat anak cucu nko, kes terpencil la...inilah mentali pegawai kerajaan...patut la sensitiviti lemah.

mengkala kene kat anak cucu nko, bijik mata dah jadi duduk kat butir pelir, hahaha, aku akan jadi orang pertama pegi pelempang muka nko dulu.

dah, jangan cakap membebel2 dan tunjuk pandai lagi kat sini, pegi masjid, semayang dan tasbih banyak2...ingat mati dan takutkan hari kiamat dan neraka jer. kami nak merayakan kehidupan, bukan nak dengar syarahan bekas pegawai kerajaan.

Sudin berkata...

Encik Abdul Majid Hasan berkata :

Semenjak saya memberi perkhidmatan secara third-party ie syarikat swasta saya simpulkan gambar2 yang anda kemukakan tidak mungkin... saya ulang TIDAK MUNGKIN terjadi di Malaysia, insyaALLAH

Semenjak bila ?

==================================

Adakah saya rasis ?

Mengapa dibina pada penempatan kawasan orang melayu ?

Kilang MAREC yang dibina di Bukit Merah,Menglembu,Ipoh,Perak telah mendapat bantahan penduduk yang majoritinya berbangsa china.

Sisa kilang ini dilupuskan di PAPAN,Perak.Berhampiran bandar PUSING,Perak.

Dengan biji mata ini melihat sendiri kanak-kanak seperti gambar diatas terlantar di wad kanak-kanak hospital Batu Gajah,Perak.


Lu cerita apa Encik Abdul Majid Hasan ?

Lu Google tenguk jarak tiap-tiap bandar yang saya sebut diatas !

Sifat kemalat Allah S.W.T lu lapik dengan InsyaALLAH ?

Ni kerajaan haram jadah Umno/BN ni buat kerja setan apa ni ???

Tanpa Nama berkata...

Macam nak tolong taukeh je ... kah kah kah. Tak submit pelan bangunan? Kah kah kah. Itu hal kecik. Submit je, PBT mesti lulus punya. Yang isu sebenar, tak siapa peduli. Nasib nak jadi mini Chernobyl le tu. Harap Md Said, hero kat ganu akan ambil tindakan.

Mat Dangdut berkata...

Pak Majid- you are at the wrong place in the wrong time...Hahaha!!maaf ya..sila komenkan komen anda di blog Khir Toyo..memang kelakar!!!

wolf218 berkata...

"Hasil siasatan mendapati, memang wujud sebuah bangunan yang dijadikan tempat menyimpan dan melupuskan bahan berkenaan, namun kami dapati ia tidak membahayakan penduduk serta tidak mengeluarkan sebarang bau

tak keluaq bau?? biaq betui??.depa nih lulusan mana??..university mana??..radioaktif yg merbahaya ada bau ka??..owh main kira bau ah..kalau bau..baru bahaya..kalau tak..tak bahaya la..pundek..