Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 1 Januari 2010

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU DARI TIM TUKAR TIUB



ANAK MUDA - BERANI BERJUANG BERANI MENANG



KOMENTAR DARI TIM TUKAR TIUB

Kita telah meninggalkan 2009. Tahun 2010 ini adalah tahun yang akan membawa kemelut dan krisis ekonomi runcing bukan sahaja untuk negara kita malah untuk semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis sedang nazak. Pil-pil menahan kesakitan telah diambil untuk meneruskan buat sementara sistem ekonomi yang ganas lagi zalim ini. Bertrilion dolar telah digunakan membeli koyok untuk menampal sistem kapitalis yang sedang sakit.

Hakikatnya - sistem ekonomi kapitalis sedang dibaham barah lebihan produksi - hinggakan tidak ada kimotheraphy yang akan dapat membantu.

Produksi yang berlebihan ini sedang menghambat dan menekan. Barangan yang hasilkan dari kilang dan pabrik kini melambak-lambak. Tekanan demi tekanan – melalu pelbagai pejanjian dan protokol - telah digunakan oleh Bank Dunia, IMF dan WTO terhadap negara-negara dunia ketiga seperti Malaysia.

Kaum pemodal antarabangasa sedang menggunakan Bank Dunia, WTO dan IMF untuk memaksa pasaran dibuka seluas mungkin agar modal dapat merembat bahan bahan mentah dan barangan buatan syarikat multinational dapat dilambakkan ke pasaran negara negara dunia ketiga.

China pendatang baru kelihatan semakin gopoh dan rakus mencari bahan mentah dan membuka pasaran. Lihat disekeliling kita – lambakan produk CCL – cheap chinese labour – sedang mengancam industri tempatan. China yang telah murtad dari sistem sosialis kini telah mula menjadi peniaga senjata. Ini tidak pernah berlaku ketika China mengamalkan sistem ekonomi sosialis.

Semua ini membawa tanda-tanda bahaya kepada umat dunia.

Kuasa imperial Anglo-Amerika – musuh rakyat sedunia – sedang menjalankan perang di Iraq dan Afghanistan. Perang kolonial ini bertujuan untuk merampok semua telaga minyak dan gas di kawasan timur tengah.

Dalam masa yang sama bahan bakar petrol semakin berkurangan. Satu demi satu negara pengekspot minyak kini menjadi negara pengimpot minyak. Minyak di Malaysia sendiri kian merosot dan pada tahun 2014/16 kemungkinan minyak akan mula kering di telaga-telaga minyak kita. Keadaan ini akan menghambat United Malays National Organistaion.

Dalam masa yang sama perebutan kuasa untuk mengawal agihan kontrek dan punca punca dana semakin sengit. Ekonomi yang merundum ini akan menjadikan punca-punca dana berkurangan dan sempit.

Dua garis politik – garis Najib dan garis Muhyiddin – semakin jelas dapat dilihat. Dalam masa yang sama anak anak syarikat gerombolan seperti PPP, MCA, MIC dan Gerakan – sedang beramuk dan bercakaran sesama sendiri.

Semua ini adalah tanda-tanda bahaya untuk warga Malaysia.

Bahang api perkauman akan terus ditiupkan untuk memastikan kuasa yang ada ditangan United Malays National Organistion akan terus kekal.

Tahun 2010 ini adalah tahun susah. Harga barangan dan kos sara hidup akan meninggi. Ini tidak setampil dengan tangga gaji dan upah harga memburuh. Anak anak muda akan mula memasuki pasaran buruh dan mereka akan berhadapan dengan hakikat bahawa peluang kerja semakin berkurangan.

Ekonomi yang berasaskan tenaga buruh impot yang murah kini sedang memakan diri kita sendiri. Hampir tiga juta buruh murah ini sedang menafikan hak warga untuk menuntut tangga gaji yang lumayan dan berpatutan dengan kos sara hidup. Tidak ada warga Malaysia yang akan sanggup tidur 12 orang dalam satu bilik.

Justeru semua warga Malaysia wajib berwaspada dan jangan terperangkap dengan propaganda perkauman. Juga berwasapada jangan terperangkap dengan agenda keagamaan.

Satu Malaysia wajib bersedia untuk bangun melawan untuk melahirkan sebuah Malaysia untuk anak semua bangsa.
(TT)




22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tim TT memberi ucapan selamat bagi tahun 2010, tapi senario ekonomi dan politik yang dibicarakan nampak muram, duit yang ada tidak mampu memberi kesejahteraan hidup kerana kos hidup semaking melecek, walhasil jatuh miskin nampaknya walaupun ada Menara Petronas, lebuhraya yang padat dengan mobil di sekeliling kita.Nasihat TT itu ada benarnya dan kita harus menukar kerajaan BN kepada PR kerana kita kena beri peluang PR memerintah sepenuhnya, kalu ia gagal maka nasib malang bagi Malaysia sebab siapa lagi yang ada potensi mentadbir negara? NGOs? Persatuan Ulamak? Kuasa Ketiga? Tentera? Kita harus pastikan PR menang pada PUke-13 nanti.
Selamat Tahun Baru juga kepada tim TT

AnakSemuaBangsa berkata...

'Sumpah..Tobat sudahh..susahnya menjadi anak muda dimalaysia..' dgn nada megeluh...
mari semua anak muda bangun bersama satu Malaysia kerna wajib bersedia untuk bangun melawan untuk melahirkan sebuah Malaysia untuk anak semua bangsa.

(Yang Benar)
Mangsa Ekonomi Kapitalis..

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...Jangan lupa, "BERANI KERANA BENAR JUGA ADALAH SATU PENYAKIT MASYARAKAT JUGA". Walaupun kita dalam keadaan benar sebenarnya sekalipun, kita tidak boleh menghukum orang yang salah tak tentu hala.

Kita Melayu, asalkan kita benar saja, terus saja menghukum orang yang salah laksana cincang sampai lumat. Sbb itulah Allah tidak bersama dengan anda. Mengakulah Islam sehebat mana pun, semuanya itu dipandang hampeh saja sbb sikap berdendam yang tidak berkesudahan susah dibuang didalam diri.

Tanpa Nama berkata...

huhuhu.... aku tidor dalam rumah 10 orang ahli keluarga 2 bilik, aku anak malaysia. fuck fuck dan fuck! kerajaan bn. UTM student

Tanpa Nama berkata...

betul bro sokong 200%...gula dah naik....minuman akan naik..roti pasti naik...tunggu minyak petrol dan diesel pulak..pasti naik .Rokok akan naik..yang tak boleh naik...
kalau dah mati pucuk..heheee...

Tanpa Nama berkata...

Woi!Woi!Woi!
Komen seorang islam,dalam satu blog:

"Aku penduduk kampung di pedalaman.

Aku ingin sangat nak tau apakah tujuan sebenar perkataan Allah mau digunakan oleh penganut agama lain.

Selama sudah beribu tahun perkara ini tidak pernah aku dengar dituntut oleh pihak yang berkenaan.

Apa tujuan mereka mahu menggunakan perkataan Allah bagi menggantikan God?

Bagi aku senang jawapannya. Mereka bertujuan untuk "mengembangkan" agama mereka di kalangan penganut Islam. Orang Melayu-Islam di Malaysia setakat ini mampu menangkis "serangan" dari puak bukan Islam, berbanding dengan penganut Islam di negara jiran.

Dengan menggunakan perkataan Allah mereka sebenarnya bertujuan sedikit demi sedikit , secara halus dan tak disedari, dapat "memesong" serta menghakiskan "pegangan" penganut Islam.Dan jadilah Islam di Malaysia seperti yang diharap-harap beberapa individu tertentu di Malaysia.

Terdapat di kalangan penganut kristian sukar untuk menyebut perkataan ALLAH pun.Sudah tentu mereka lebih selesa menggunakan God.
Jadinya perkataan ALLAH adalah bertujuan mempengaruhi penganut Islam."

-Bravo TT!!!!!Selamat Maulidur Rasul Nabi Isa!!!!!!

cicitHJHASSANu berkata...

salam tuan...

moga lebih bersinar...

**Allah untuk semua,sekelian alam.

Johan 23.01.84 berkata...

kita jgn asyk fikir "ini tak boleh,itu tak boleh,tak mungkin lah,susah lah,etc.." padahal lgsung belum buat ape2..bak kata Isham mlm kelmarin,jgn asyk letak batu2 di hadapan kita..

kita kena bangun melawan!

selamat tahun baru semua..

Tanpa Nama berkata...

Aku dulu ngaji kat UTM jugak!!!Duduk sewa rumah 2 tingkat kat Taman U!Aku dapat biasiswa dari kerajaan,terima kasih umno!Yang duduk 10 orang,rumah 2 bilik biasala,pelajaq PPTN!Pelajar DEB jugak!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

..satu lagi pada anoy 9.41.
..hang duduk jalan perubatan kot!Aku dulu dok jalan kebudayaan!!Jauh beza taraf status tu!!Apasal hang pi ngaji kat UTM!Kat uniten berlambak bilik kondo ,duduk1 atau 2 orangje!!!!Siap duit jeee!!!Ala hangkan macam TT mana mau konsep DEB!!!!!!

antisosialis sonsang berkata...

Ini mengingatkan supaya anak muda lebih kuat bekerja dan mencari ilmu. Jangan diikut sangat falsafah sosialisme karut yang akan melhirkan pemalas dan pencacai !

Tanpa Nama berkata...

setakat cari ilmu tinggi2 tapi peluang pekerjaan kurang sbb ekonomi merundum...apelah gunanya ilmu tu...perbetulkan sistem kapitalis ni yg memntingkan high profit semata2...org bawah cm kite ni yg jadi mangsa...keje gomen tapi dapat gaji asyik bayar hutang x abis2..mane idaknya semua brg naik..kos sara hidup pn naik..gaji 3000 pn dah bayar hutang tinggal berapa sen je..yg kaya bank makan interest ..MODAL KERJA dulu baru MODAL INSAN...ni modal insan yg graduate U melambak2 tapi semuanya berebut2 kerjanya mencari kerja yg belum tentu ada dan menjamin kehidupan yg selasa..sedarlah wahai org muda...GRADUAN yg fade up dgn janji2 k'jaan...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 2010 Januari 1 15:11,

Mamat tu bercakap pasal rumah dia yang 2 bilik dihuni oleh 10 ahli keluarga BUKANNYA pelajar duduk 10 orang,rumah 2 bilik.

BAHALUL!

-KUDA HITAM-

Lelaki Bulat berkata...

Lawan tetap lawan.kita sama-sama bergerak untuk melawan berbekal ilmu dan perancangan.

jangan semacam gerombolan.meluru dan menanduk tak punya helmet.mulakan revolusi dari diri sendiri.jangan kita memekik pasal perubahan,lawan dan lain-lain,tapi kita sendiri tak buat apa.

mula bergerak atas apa kita percaya.terima kasih TT atas selalu buat aku tersedar dengan cara yang sarkastik dan melekat.

mohon tuan TT dapat terus menulis tulisan-tulisan yang sebegini lagi.sebab aku mahu terus berfikir.sampai mati

Tanpa Nama berkata...

bang isyam, wa graduate, mintak kerja macam nak mintak sedekah, macam pukimak je, layan macam anjing, inilah malaysia.

ha'a mamat tu cakap pasal family die la anon, bukan rumah student. giler kesian. oh malaysiaku!

Tanpa Name berkata...

weii... fahmi reza ada artwork baru ke?

http://2.bp.blogspot.com/_Az7aX_dORNk/Sz3gdVmVw9I/AAAAAAAAEfA/J79Pcv2RZbw/s1600-h/NO+from+UMNO.jpg


Esok pergi lawat Valentine Willie. Mungkin kat situ... kahkahkakah

MAT ONEK berkata...

Tuan isam;

Selamat tahun baru 2010. Diharap blog ini akan terus memperjuangkan kepentingan demi masyarakat dan rakyat negara tercinta.

Tahniah kerana bertambah setahun lagi usia kita untuk mengharungi kehidupan di muka bumi ciptaan Tuhan yang maha Esa.

Tahniah juga kerana sempena tahun baru ini sambutan dimulakan dengan kenaikan harga gula. Terimalah apa jua sambutan kenaikan harga teh tarik, tayar basikal, coli dan sebagainya selepas ini dengan hati yang tenang dan bergumbira.

Belilah sebuah buku khas untuk kegunaan kita bagi mencatatkan senarai barang-barang yang bakal naik pada tahun ini. Ini dapat memudahkan kita supaya tak tersilap jumlah masa nak bayar nanti. Bukan apa, takut tuan-tuan masih membayar ikut harga lama dan sudah tentu tuan-tuan akan termalu-malu nanti.

Salam tahun baru dan salam naik harga. Mintak tuan-tuan jangan naikkan harga mas kawin dan hantaran. Takut Tuan Isam tak kawin terus pulak nanti.

Heh! Heh!

anonymous berkata...

2010 bermula dengan Barang Naik, terima kaseh PM 1Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

...aku anoy 15.11,

..dengan rendah diri memohon maaf....atas kesilapan tersebut...mungkin aku asyik tenguk tiga ayat bermula huruf f...diakhir ulasan dia!!!Memalukan kaum UTM!Itu jee....

Tanpa Nama berkata...

Polisi kerajaan UBN nak ciptakan billionaire dari kalangan Melayu telah gagal mencipta kelas pertengahan Melayu selama lebih 50 tahun memerintah negara ini. Semua billionaire yang diciptakan UBN cuma Billionaire kroni dan perlu ditebus (bailout) billionaire.

Selepas hanya 12 bulan jumlah billionaire dalam dunia dari 1,125 (2008) jatuh kepada 793 billionaire. Ini bermakna 1.4 Trillion lesap hanya dalam 12 bulan. Tak tahu pulak negara Malaysia lesap berapa billion?. Apa yang media kata kita sentiasa mempunyai ekonomi yang kukuh. Bill Gates yang berada di tinkat No.1 terkaya hilang US$40 billion (RM144 billion). Banyak duit negara lesap tanpa pengetahuan rakyat. Kenyataan menteri Kewangan amat keliru. Kita tidak heran satu masa nanti reserve negara akan kosong. Pakatan Rakyat perlu memfokuskan kepada ekonomi negara kerana tak ada gunanya negara itu bila pocket negara sudah kosong. Tak boleh buat apa....celaru 2010 kerajaan terpaksa perah duit rakyat untuk membayar gaji pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan pada masa itulah sedar daripada mana gaji mereka datang bukan dari UMNO atau BN tetapi dari rakyat.

Tanpa Nama berkata...

kenapa semua blog pro PR langsung tak komen pasal penggunaan nama ALLAH..
semua dok sibuk pasal politik aje dan kenaikan gula 20 sen se kilo..bagi dia orang tu lebih penting dari masalah penggunaan nama ALLAH.. opp lupa PAS takut nanti hilang undi orang cina dan india..PKR memang tak boleh pakai bab nie..

Hati Merah@Aman berkata...

Aku setuju dengan komentar Tim Tukar Tiub berkenaan ekonomi kapitalis dan Cina yang menuju sistem kapitalis.

Untuk mencapai kemakmuran abadi jawapannya hanyalah dengan melenyapkan sistem kapitali.

Kenyataan sedang menyingkapkan bahawa sistem kapitalis sedang menuju kehancuran!