Sabtu, 13 Mac 2010

MODEL ? MODEL APA NI ?



INI PUN MODEL JUGA - MODEL UNTUK BUMIPUTERA




MODEL EKONOMI BARU BELUM SERTAKAN LINDUNGAN BUMIPUTERA -malaysianinsider

Model ekonomi baru masih belum menyertakan sebarang rangka kerja untuk melindungi kepentingan ekonomi orang Melayu, kata Menteri Kewangan II i Husni Hanadzlah hari ini.

Sehubungan itu jelas Husni , ranka kerja sedemikian hanya akan dimasukkan selepas model ekonomi baru ini dikemukakan kepada Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan (NEAC) untuk diletakkan input.

“Sebenarnya tiada formula untuk inisiatif untuk melindungi pembangunman ekonomi Melayu dalam model ekonomi baru,” kata beliau di sini hari ini.

“Rangka kerja model ekonomi baru akan diberikan kepada NEAC dan ia akan dipamerkan supaya setiap orang, setiap kaum dan sektor boleh memberikan input mereka,” kata beliau lagi.

Husni berkata kerajaan masih melihat pada aspek “pertumbuhan berasaskan ekuiti” bermakna tidak akan mengabaikan kepentingan mana-mana kaum khususnya Bumiputera.


PEMBENTUKAN MEB AMBIL KITA KEPENTINGAN SEMUA KAUM KATA HUSNI - mStar

Kerajaan memberi jaminan bahawa kepentingan semua kaum di negara ini akan diambil kira dalam pembentukan model ekonomi baru (MEB).

Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan akan mengambil kira semua pandangan pelbagai kaum dan peserta industri mengenai hala tuju ekonomi dalam model baharu itu.

"Kita masih lagi melihat pembangunan negara berlandaskan keperluan setiap bangsa di negara ini dan kita tidak akan mengabaikan mana-mana kaum dalam pembangunan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran akaun simpanan kanak-kanak Mumtaz EONCAP Islamic Bank di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai kehilangan kepentingan bumiputera dalam model ekonomi baru itu.


MODEL EKONOMI BARI AMBIL KIRA PANDANGAN SEMUA RAKYAT – melayau

Pelaksanaan model ekonomi baru akan mengambil kira pandangan semua rakyat, kata Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah di sini hari ini. – Utusan

nota:
perhatikan satu berita yang sama
tapi di olah sedemikian rupa.
mana yang betul?
mana yang akan akan di jadi rujukan
mana yang cuba putar alam
dan mana yang cuba tipu Melayu kah kah kah





5 ulasan:

Sudin berkata...

Tak usah pandang-pandanglah !
Kenapa menteri kewangan eeeeee tak beri pandangan ?
Kah,kah,kah.....

Pandangan eeee cukup berkesan....nyorok duit dalam laci.

Kah,kah,kah.....macam-macam N pulak dah....!
Ada UPEN,MPEN,MTEN.....kah,kah,kah.

Ini apa pulak NEAC husni oooii ?
Bunyi macam jepun je...udah nak mandang ke timur pulak.....sah ini tentu mamak Mahafiraun nak merompak harta orang melayu..!
Pandang ke timur konon..!anak-beranak bahcike melantak duit haram.

Usah le kome nak torak....!
Cari le keroje lain,ini idak...!siang malam asyik nak nipu je kerojenye.

Model ekonomi ngancukmak kome..!

Tanpa Nama berkata...

model tak model... apa yg rakyat tahu UMNO nak kelentong rakyat, nak sapu wang rakyat !!

Rakyat dah hilang kepercayaan pada kerajaan UMNO/BN !! bila nak buat 'erection' !!

Tanpa Nama berkata...

Model Ekonomu Baru 1Malaysia akan di binasakan apabila Najib sudah menikmati hasilnya. Macam Model Magnolis juga. Sudah puas entot entot habis dibinasakan.

Allahuakhbar Allahuakhbar.

Tanpa Nama berkata...

bos aku cina. kenkawan dia suma tokey2 cukong yg kaya raya keparat tu..
smalam sembang politik dia citer suma psal betapa korupnye politician kt Malaysia.. betapa super kaya nyer geng2 umno yg makan komisen atas angin.. adik bos aku ada butik kt pavilion, dia ckp baju harga rm400 -rm500 ,rm600 ni cina x beli.. tp anak2 politician melayu yg kaya2 ni beli borong selamber..
pastu dia ckap psal isu lompat2 kt perak tu tokey2 cukong mcm vincent tan yg bayar juta2 atas arahan najib.. perghhh.. dasyattt.. byk lg.. nnt aku korek.. huhu

-budak itm

Lang berkata...

disamping pertandingan menulis surat kepada piem di peringkat sekolah, peringkat menteri dan kementerian pulak diadakan pertandingan mencipta retorik... unsur-unsurnya adalah seperti slogan, cogan kata, lagu, fesyen dan budaya, magic show, bow-deck, demo, press statement.

penyertaan yang akan dibatalkan (disqualification) DEBAT, perbincangan meja bulat dan apa saja yang releven dengannya.

Hadiah merupakan hadiah misteri tetapi nilainya tidak kurang dari jutaan hinggit.

tarikh tutup: sebelum pru13