Rabu, 2 Jun 2010

KETAWA SEKARANG SEBELUM KETAWA DI HARAMKAN




DAPATKAN MAJALAH CULT INI SEKARANG




SENDAWA MAHKAMAH HANGATKAN ISU DALAM KARTUN VOLUME 3

Sambutan hangat masyarakat terhadap karya kreatif kartun dan penulisan humor alternatif mengkritik penyelewengan dan salah guna kuasa pemerintah mendorong Zunar, kartunis politik tanahair menerbitkan buku terbaru Isu Dalam Kartun vol 3.

Di bawah syarikatnya Sepakat Efektif Sdn Bhd, Zunar bersama barisan kartunis dan penulis tanahair menggegarkan lagi dunia politik tanahair dengan isu-isu terkini yang menjadi bualan hangat rakyat Malaysia di semua peringkat.

Istimewanya, jumlah karyawan yang menyumbang semakin bertambah. Selain daripada karyawan yang biasa menyumbang, ada kartunis muda yang masih baru turut berkarya dan juga kartunis veteran terkenal seperti Rossem.

Keluaran kali ini memfokuskan isu utama tentang kepincangan ‘sandiwara’ perbicaraan mahkamah kes liwat Anwar Ibrahim. Dari muka surat 3 hingga 15, “Sendawara Mahkamah” garapan Zunar dan ilustrasi oleh Enot, Jonos dan Art membongkar konspirasi ini sejak mula ia dirancangkan bagaimana laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari berbeza dengan pendakwaan di mahkamah.

Laporan polis Saiful menyatakan ia diliwat tanpa kerelaan sedangkan Anwar didakwa di bawah seksyen ‘diliwat dengan rela’. Berbagai peristiwa lucu di dalam mahkamah dibongkar dalam bentuk kartun untuk mendedahkan kepada rakyat yang tidak tahu apa sebenarnya berlaku.

Dimuatkan kisah bagaimana hakim tidak membenarkan pihak peguam Anwar mendapatkan senarai saksi, Saiful menyatakan dia tidak dapat melihat punggungnya sendiri dan bermacam-macam lagi perkara ‘lucu’ tetapi benar.

Isu Apco turut menjadi topik kritikan. Ada lukisan kartunis Art yang menggambarkan tentera zionis sedang membelasah rakyat Palestin dan pada masa yang sama pemimpin Malaysia menuangkan wang ke dalam beg tentera tersebut. Kartunis Jonos mengkritik kerajaan Malaysia yang meniru konsep 1 Israel dalam 1Malaysianya.

Isu Dalam Kartun Vol 3 juga mengetengahkan isu keganasan polis yang kerap bertindak keras dan mengancam keselamatan rakyat. Tragedi adik Aminul Rasyid ditembak polis dipuisikan Abdullah Jones dan ditegur oleh seniman Pyanhabib dalam kolum “racau”nya.

Begitu juga kartunis Enot dengan cerita “Sarjan Kamis dan mertua”, kartunis Haili pula mencuit dalam kartunnya bagaimana seorang ibu berpesan kepada anaknya berhati-hati ketika memandu, jangan lupa pakai talipinggang keledar dan “jaket kalis peluru”.

Penipuan dalam pilihanraya adalah isu yang tidak pernah mati. Keluaran kali ini juga membongkar beberapa strategi tipu yang dilakukan kerajaan dengan menggunakan SPR sebagai kuda tunggangan melakukan penipuan untuk memenangkan tuan mereka. Jenis-jenis pengundi hantu dan bagaimana mereka bekerja telah dibongkar dalam bentuk kartun.

Di dalam isu ini juga turut dimuatkan perbandingan di antara negara luar dan negara kita dalam konteks mengendalikan pilihanraya secara adil. Ketika badan penganjur pilihanraya negara lain cuba memberikan erti demokrasi yang telus, SPR di Malaysia bersungguh-sungguh menjadi pecacai bagi memastikan kerajaan BN terus berkuasa.

Selain itu, isu-isu seperti katak menjadi senatak (senator katak), isu larangan berpolitik dalam masjid, isu rakyat tolak ‘rasuah gula-gula’ Najib dalam pilihanraya kecil Sibu turut disentuh dengan pedas dan kritis.

Selain kartunis Zunar sebagai kartunis dan ketua editor, Isu Dalam Kartun vol 3 juga menampilkan kartunis seperti Ronasina (editor/ kartunis), Jonos, Enot, Haili, Art, Oly, Nur, Abdullah Jones, Ubilepih, Madsein, Warih dan lain-lain serta penulis kritis seperti Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Pusparos, Benludin dan Fared Ayam.

Harga RM10 senaskah. Dapatkan di pasaran atau secara online di cartoonkafe.com atau hubungi
03-22-72-40-45

KALAU TADI TALIPON TERLALU SIBUK PANGGIL SEKALI LAGI UNTUK MEMESAN : 03-22-72-40-45

nota:
majalah cult.
dapatkan sekarang
sila talipon number diatas

dapatkan kartun ini dahulu sebelum kamu di kartunkan sekarang kah kah kah

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa jadi dengan Najib? Ekonomi stable fundamentals strong; Drisjala sudah kata Malaysia Muflis menjelang 2019. Najib dan Drisjala sudah muat kenyataan bertentangan..Najib bagus sack je Drisjala.

MEB; Pengurangan sabsidi; PKFZ; Pembunuhan Aminurasyid; Kugan; Teoh BH; pemerotanan Kartika Dewi; peruntukan RM5 juta untuk pencegahan banjir diSibu (waktu PRK Sibu) dsb semua BELUM MUKTAMAD!! Belum muktamad bermakna tidak ada tindakan.

Pentadbiran Najib lebih buruk dan malang daripada Mat Ngantuk (zzzZZZzzz). fLIP fLOP..flop FLIP.
aYoooo apa jadi dengan Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

TT,
Saya sukar nak dapatkan buku ni kt Johor Bharu.Mana satu pengedar yang selalu ada stok.Dulu saya hanya dalam beli sekali je yang ada kisah kat perak tu.

Wan Ghazali
0127806123

Tanpa Nama berkata...

racun brade racunn... taubat le...bang

mahaza berkata...

Shiekh,

Itu nombol telepon SUDAH DITAMATKAN PERKHIDMATANNYA kata itu operator mesin..... kasik baru punya nombol lah

mahaza berkata...

KAH KAH KAH..... aku sudah boleh ketawa in advance... KAH KAH KAH......
Trima kasih incik.... itu nombol sudah bagi setul punya.....

aku ler berkata...

aku baru call jer tadi..
ok jer.. tapi volume 3 akan sampai petang nanti..
saper tak ada volume 1 dan 2 boleh beli gak...
kalau nak beli volume 1,2,3 ada promosi

dr berkata...

bro,orang di luar negara mau dapat gimana?

Lang berkata...

go to cartooKafe.com beli secara on-line. segala jenis bapak kad kredit dan bank atas tali semua boleh guna... asal ada balance duit dalam akaun kira ok la...

kalau dulu ada majalah gila-gila buat org ketawa sendiri... kini majalah ni dalam kategori gila punya gila... perut boleh keras sebab terlebih gelak dan ini adalah realiti bukan cerita katun.