Selasa, 31 Ogos 2010
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
APA ITU MERDEKA JANG OOOiii
nota:
sila klik untuk besar gambar
tapi jangan besar sangat macam
perut bik mama kah kah kah
FAKTA FAKTA YANG WAJIB DI KETAHUI OLEH GENERASI MUDA
MERDEKA :
laungan merdeka datangnya dari KMM – kesatuan melayu muda yang ditubuh pada tahun 1938. parti melayu kiri pertama yang mengerakan nasionalisma melayu. parti ini di haram kan oleh penjajah british. bila KMM haram maka british menubuhkan gerombolan.
lihat tarikh gerombolan lama ditubuhkan pada tahun 1946.
KMM melaungkan MERDEKA ! untuk tanah melayu
gerombolan lama meluangkan hidup melayu ! kerana ketika itu kurang rasuah untuk beli oxygen
MERDEKA TIDAK ADA PERTUMPAHAN DARAH:
ini bohong. ini tipu besar. ini lebong.
ini sengaja di sebarkan oleh gerombolan.
parti komunis, angkatan pemuda insaf, awas, peta adalah antara puluhan organisasi
yang angkat senjata melawan british. beratus ribu yang gugur tewas
mengabadikan darah mereka untuk kelahiran malaya yang merdeka.
kalau tak percaya tanya robert kouk yang kaya raya itu. adik dia gugur
di hutan pahang.
kalau tak percaya tanya dj radio stesen china yang baru kena buang itu.
arwah emak dia angkat senjata.
ini perang kolonial yang amat besar sehinggakan memufliskan
great britain. sila rujuk buku sejarah. jangan malas membaca.
SINGAPURA:
singapura adalah sebahagian dari tanah melayu. nama lamanya temasek.
sama seperti pulau pinang , langkawi, pulau babi besar,
pulau bidong, pulau kapas dan pulau pulau yang lain di semenjanjung
united malays national organistion belot dan memberikan pulau ini
kepada british pada tahun 1957 seperti hong kong jadi wilayah kolonial.
parti komunis, parti buruh, parti rakyat, dan pas - menentang malaysia
kerana ini adalah projek british.
parti parti ini menentang singapura masuk malaysia kerana ini kerja bodoh.
tidak mungkin pulau pinang masuk malaysia atau pulau bidong masuk malaysia.
singapura adalah sebahagian dari tanah melayu. pulau ini sebahagian dari johor.
31 OGOS HARI APA ?
31 ogos bukan hari malaysia. ini hari cuti umum untuk bangun lambat.
16 september ialah hari malaysia – sila tanya warga sabah dan serawak.
SABAH DAN SERAWAK
tidak ada pertalian sejarah dan budaya dengan tanah melayu. sila rujuk
sejarah melayu – tidak ada langsung disebut sabah atau serawak dalam kitab ini.
LAGU NEGARA KU
lagi ini di ciplak dari lagu TERANG BULAN lagu indonesia.
ketika konfontasi 1963 – bung karno memainkan lagu terang bulan ini
di radio republik indonesia. lagu terang bulan ini berasal dari lagu peranchis
memula moon.
JALUR GEMILANG
ini juga di ciplak dari bendera amerika. motif bendera ini tidak ada
langsung kaitan dengan sejarah negara bangsa.
motif nusanatra ialah merah putih – motif ini adalah kesinambungan sejarah
sri vijaya dan langkasuka. contohnya bendera indonesia, singapura dan bendera united malays national organisation sendiri – mengguna kan motif ini.
HAKIKATNYA:
generasi muda wajib mengetahui dan membetulkan sejarah.
lagu nasional baru wajib di garap
bendera baru wajib di garap
lagu dan bendera baru ini wajib melambangkan pensejarahan negara
bangsa di bumi melayu bukan ciplakan yang menjadi kemarahan
orang lain.
nota:
gerombolan bukan parti nasionalis yang berjuang untuk melayu
kalau nasionalis kenapa namanya UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATIONSkah kah kah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
36 ulasan:
Untuk ucapan penuh dari Tukar Tiub, sila kunjungi Youtube di sini.
rakyat malasia ada 4 kaum utama
1)muda-meneroka dunia baru,melihat dari kaca mata lain,lihat alternatif,rajin,kaya sbb rajin
2)muda jugak-pengikut,konsumerisme,takut perubahan,marah pada semua yang bawa perubahan,ampu ampu
3)tua-tapi x sadar diri kena tipu hari hari,selalu sebut 'generasi muda hari ini...bla bla bla kacang lupa kulit bla bla bla' jika di peti tv ada cerita mat motor malam merdeka,buang anak,pastu tidur sbb dah pukul 10malam
4)otai-tukartiub
malasia kaum ada cina,india dan melayu, sikh, malbari dan sebagainya adalah bohong paling besar.
Agak2 Saudara Hisham, bolehkah Malaysia menuntut semula Temasek/ Singapura itu suatu hari nanti?
Yang lain aku tak ada masalah..tapi bab bendera lebih kurang US tu yang aku tak syok langsung...
selagi UMNO diberikuasa memerentah Malaysia selagi itulah rasuah akan lebih berluasa dan berkuasa dalam Negara. Rakyat yang berdarjat bawahan rendah akan terus menerima tekanan,penindasan berterusan..
Barang Naik adalah satu penindasan/tekanan olih UMNOBN terhadap rakyat Malaysia...
Sebab itu kami tak pernah anggap Sabah/Sarawak merdeka. Kami masih dijajah oleh MALAYA yang lebih teruk dari BRITISH!
bro TT..
adakah kita patut mengambil balik Singapura sambil memerdekakan Sabah & Sarawak dari Malaysia..??
Rambut Bang Isham ni betul-betul hitam atau dia dye?
31 Ogos adalah hari ulang tahun anak didik British (UMNO/MCA/MIC) dapat harta pusaka dari bapak depa (British) untuk meneruskan penjajahan minda gaya baru. 31 Ogos adalah untuk mengingatkan rakyat Malaysia hari pewarisan kolonial melalui tubuh Melayu.
Sepatutnya jika pemimpin Malaysia prihatin, hari kebangsaan wajib disambut 16 September setiap tahun di mana pada tahun ini lahirlah bangsa Malaysia. Itu pun hasil tipu muslihat Lee Kuan Yew terhadap kebodohan pemimpin UMNO ketika itu. Sebab tu UMNO marah sangat dengan orang Cina... padahal UMNO sendiri bodoh, depa tak ambil kira.
Pada ku, tanpa UMNO/BN kini, Malaysia akan lebih aman dan makmur... kerajaan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Perak seketika untuk 11 bulan telah membuktikannya. Jadi nyahlah UMNO/BN dari hati-hati kami dan pentadbiran negara kami. Kami tidak syirik kepada Allah... kami tidak percaya bangsa Melayu hancur yang UMNO/BN.
Buku-buku sejarah Malaya dan Malaysia harus diperbetulkan.
Yang menyeleweng dan memalsukan fakta buangkan ke tong sampah.
Sudah sampai masanya Sdr Hishamuddin menulis dan menerbitkan buku tebal merangkumi sejarah Malaya dan Malaysia yang faktanya "betul dan tepat."
tt..apa pasai tak pakai bendera lanun jer sbb rajagopal kita semuanya lanun?
makan pakai sumer mentekendarah duit rakyat... projek2 pun dia balun habis2an... apa, tak cukup lagi ka elaun2 yang diperuntukkan dalam perlembagaan?
mutiara hati:
takkan seseorang itu menjadi kaya atau jutawan kerana dia ikhlas bekerja kerana Allah Taala...melainkan dia menipu, hanya dengan jalan menipu inilah membuatkan seseorang itu hidup mewah dan kaya.
aku nak tengok shahmetal dan pejuang jemapoh komen kecek2 TT ni...
//tapi bab bendera lebih kurang US tu yang aku tak syok langsung...//
apasai tak syok?..takut utk menerima kebenaran?
Bab bendera kita macam USA itu pedih, bukan?
Tapi itulah kenyataan.
Terima saja.
Pakai otak.
Jangan ikot feelings saja.
Bentukkan identiti sayangkan negara berdasarkan rasa cinta pada tanah bumi ini yang bagi kita makan kenyangkan perut.
Sayangkan bumi ini kerana bayu bukitnya memberi kita ketenangan dalam gelora hidup.
Air yang mengalir menghilangkan rasa haus.
Tendanglah keluar mereka yang mencemar segala ini, negara kamu, dan menyorokkan hakikat ini daripada kamu.
Sayangkan Malaysia dengan membuka mata dan hati dan menghormati bumi yang baik ini serta tiap-tiap anggotanya, tidak kira manusia, pokok, kenari atau kancil.
Bukan sayangkan negara sebab corak bendera yang warna-warni. Itu sudah salah konsep beb.
Sang saka merah putih pun macam Indon punya! Nanti Indon ngan Singapork kata Mesia ciplak mereka punya bendera plak..lagi susah..pakai dacing lagi bes!kah kah kah kah.......uuuuuweeeekkkkk!!!!!
Renungan Sempena Hari Kemerdekaan: Apa bezanya BN/UMNO daripada penjajah British?
Hari ini adalah Hari Kemerdekaan yang ke-53 bagi Semenanjung Malaysia (digelar sebagai Malaya semasa tahun 1957), namun tanah ini hanya sekadar mencapai kemerdekaan dari tangan penjajah British dari segi kedaulatan pentadbiran. Dari segi budaya dan pendekatan pentadbiran pula, golongan pemerintah masih mewarisi taktik pemerintahan yang digunakan oleh penjajah British, iaitu dasar pecah dan perintah.
Parti pemerintah yang sudah mentadbir tanah ini selama 53 tahun iaitu Barisan Nasional (berkembang dari Parti Perikatan sejak tahun 1973) masih mewarisi pendekatan dasar pentadbiran British yang sengaja memisahkan pergaulan di antara pelbagai kaum di tanah air ini.
Dasar pecah dan perintah penjajah British dilaksanakan menerusi sektor penceburan yang berbeza di mana peluang pekerjaan sektor awam hanya dibuka kepada kaum Melayu, kaum Cina digalakkan berkembang dalam sektor perniagaan dan kaum India pula dihadkan kegiatan mereka sebagai pekerja di kawasan ladang-ladang.
Dasar Pecah dan Perintah Barisan Nasional pula dilaksanakan menerusi perwakilan politik yang membela hak kaum masing-masing di mana hanya UMNO yang dibenarkan mempelopori status kebudayaan, ekonomi dan agama kaum Melayu; MCA dan MIC pula menjadi pembela hak kaum Cina dan kaum India yang berunding dengan UMNO untuk menyelesaikan masalah ketegangan perkauman dan agama yang sengaja ditimbulkan oleh UMNO. Dengan pendekatan ini, di bawah liputan laporan media arus perdana yang dikawal ketat oleh kerajaan BN, ketiga-tiga parti ini dapat bersandiwara sebagai pejuang kaum masing-masing sekaligus meraih sokongan daripada komuniti kaum masing-masing.
Kebaikan pendekatan pecah dan perintah ini adalah, UMNO, MCA dan MIC mempunyai bahan lakonan untuk menyamar sebagai pejuang kaum masing-masing yang tidak akan tertandus. Keburukannya adalah perhubungan sesama komuniti-komuniti dari latar belakang kaum dan agama yang berbeza akan semakin renggang dan tegang. Apabila keadaan mengizin dan menguntungkan parti-parti komponen Barisan Nasional, mereka akan bersaing meredakan keadaan runsing dengan rundingan tutup pintu. Apabila keadaan tidak menguntungkan mereka ataupun permusuhan di antata golongan kaum dan agama yang berbeza boleh menambahkan modal politik mereka masing-masing, pemimpin-pemimpin daripada ketiga-tiga parti ini akan terus membiarkan perbalahan dan persengketaan diapi-apikan.
Dengan memahami cara pengendalian politik Barisan Nasional, maka tidak hairanlah kepada kita kenapa ahli-ahli politik dan mesin-mesin propaganda BN/UMNO sanggup melempar segala bentuk fitnah di luar jangkaan akal biasa manusia ke arah individu dan juga komuniti yang berasal dari keturunan kaum dan agama yang lain walaupun pada Bulan Ramadhan yang menyanjung semangat bertoleransi dan bermaaf-maafan.
Saudara-dan saudari sekalian, cuba kita renungkan apa bezanya UMNO/BN daripada penjajah British yang mempraktikkan taktik pecah dan perintah sepanjang zaman penjajahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu memandangkan untuk terus memonopoli peranan politik sebagai pembela dan pejuang hak kaum bumiputera, pemimpin UMNO sanggup memecah-belah perpaduan dan permuafakatan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang agama supaya UMNO sahaja yang dibenarkan mendekati rakyat kaum bumiputera (pada hakikatnya, mereka hanya mesra dengan rakyat akar umbi semasa musim pilihanraya dan pilihan kecil) ?
Wow TT cakap omputeh campur Melayu dalam video ni. Me No Spik English. Kah...kah..kah...
@ Tanpa Nama 2010 Ogos 31 16:13
Aku nak tengok TT bantai kecek Geordie atau Londoner sikik sbb dia tinggai lama kat sana. Aku rasa boleh melopong speedy + heavy accent cikgu2 BI kita dengaq.
Kat Malaysia, kita tidak beruntung belajar English kerana tidak diajar accent dan slang. Cikgu2 kita lebih kalut dengan grammar. Bahasa Malaysia pun sama, takdak sapa pun pakai grammar waktu cakap2 seharian.
Bila mat saleh kata kita kecek broken english, kita rasa grammar jer yang banyak sudah salah. Tapi rupanya termasuk dengan sebutan sekali semuanya salah. Kita sebutkan perkataan ingles tu sesedap mulut pekasam kita jer.
avlo castellano muy bien.
Salam, Fakta yang ingin saya ketahui, tolong abang Isyam jelaskan kepada saya.
Siapakan yang mengeluarkan perbelanjaan kepada Tunku Abdul Rahman, semasa bertolak ke England bagi menuntut ke Merdekaan?
UMNO: In Battle, there is no law. Tembak saja, semua mesti betul punyer SBB DAPAT MASUK TV. Shahmetel dan Pejuang Jemapoh percaya, sekiranya masuk TV saja, semuanya mesti tepat dan betul. Entah2 depa2 ni percaya spongebob tu wujud dan hidup aman bahgia bersama patrick.
Perikatan/BN: "Bersekutu Bertambah Mutu", ini apa maksud bersekutu nih?
kesian adik-adik aku,
pegi sekolah,
belajar sungguh-sungguh,
baca buku sejarah siang malam,
SPM score hebat-hebat,
tapi kena tipu dengan buku teks.
bangul punya ameno!
sign petisyen saman ekor: http://www.petitiononline.com/saman/petition.html
Salam Bro,
Saya cadangkan bro ganti tpt Rice Yatim lar..
Rice cakap pasal warisan kepala nenek moyang dia boleh le.. kalau pasal sejarah. ..sejarah tingkatan 4 pun tak lepas..
Tu le contoh pengampu besar..rice yatim the kaki bodekzz..
Penjara Pudu pun katanye bukan warisan negara..
tahap bodoh banggang bin gaban. Merdeka kat kepala hotak dia maksud nya..merembat harta rakyat dgn merdeka!!
bro TT..
saya salah seorang anak muda & selama ini kami hanyalah terdidik dgn 1 doktrin iaitu tanpa UMNO yg memerintah maka hancurlah kita, selama ini kami terdidik & menganggap Malaysia adalah negara paling maju & selamat di dunia...
Kami tertipu... sebenarnya yang berkuasa adalah Tuhan.. yang memberikan keselamatan hanyalah Tuhan. Yang memberikan kekuasaan kepada negara hanyalah Tuhan yg menghantar perjuangan rakyat utk memerintah.. sebab tu Tuhan menyerahkan kepada KITA SEMUA ini sebagai khalifah.. bukan gerombalan satu saja khalifah.. kita semua umat manusia adalah KHALIFAH..
ambik konteks Malaysia, seluruh rakyat malaysia adalah khalifah. Mujur ada internet. rasanyer kita byk tertipu.. Sejarah yg kami belajar, menutup perjuangan2 kemerdekaan yg disorokkan. hanya momokan bahawa UMNO saja yg mampu beri kemerdekaan.
Kini kami adalah anak muda yg bangkit melawan.. meskipun saya adalah ahli UMNO, keluarga & seluruhnya UMNO..
kebenaran perlu diserlahkan
Aku sokong kalau lambang dacing BN digunakan sebagai bendera Malaysia. Kalau PR nak tukar, tunggu la lu punya turn nanti (kalau ada le). Kah kah kah.
bodo btul yang komen2 di bawah ni...ada lagi manusia macam ni...
rais yatim sebok suruh rakyat kibarkan jalur ciplaktu ........suruh dia samak dulu sebab dah kena taik indon
bravo isham........
yr still ummppphhhhhh
malaisia ni merdeka ke????????????
anonymous
apasai tak syok?..takut utk menerima kebenaran?
2010 Ogos 31 14:44
Tak syok sebab kita tiru identiti orang....berapa banyak rakyat Malaysia yang pandai/bijak takkan lah nak design bendera pun terlampau sukar....
Lanun lagi bijak cipta bendera gambar tengkorak tulang bersilang ..kurang2nya ada identiti tersendiri....
hahahhahaaa
aku rasa kau memutar belit sejarah, hisham.
ataupun kau tak boleh menerima hakikat.
tu je
bagus, lagi bagus kalau di tambah dengan fakta syarat-syarat kemerdekaan sperti Shell diberi hak gali minyak malaysia selagi ada bulan dan bintang!!
Terima kasih kepada dokumentari "10 Tahun Sebelum Merdeka". Banyak menceritakan mengenai the other side of the story yang disorokkan
AlexiaAqram berkata...
aku rasa kau memutar belit sejarah, hisham.
ataupun kau tak boleh menerima hakikat.
tu je
2010 September 1 04:33
-----------------------------------
tang mana TT putar belit sejarah??..tang kesatuan melayu muda ka?..tang partai komunis malaya ka?..cuba ko cite skit
ni sume umngok nye keje,parti2 lain yg brjuand kemerdekaan di ketepi,tp kite kena th juga umngok kerajaan british yg taja pasti nye akan menolak kumpulan2 yg menentang british,kita kena paham skng ni,umngok ni xde samangat nasionalism tu pasal rembat harta negara,xingat rakyat yg ssh,lebih mulia kan perasuah2 asalkan kaya cepat..hapus kn umngok
terima je la hakikat.. sejarah xkan blh diubah.. syukur alhamdulilah.. kite hidup x kebulur..
eh? tt muslim ker?
tak silap saya, lagu trang bulan datang dari kebesaran Negeri Perak, pastu dipopularkan di Begawan Indonesia.
Selepas baca kesilapan tuan,
saya hilang kepercayaan pada tulisan tuan.
hmm.
Catat Ulasan