Sabtu, 21 Ogos 2010

SELAMAT BERBUKA PUASA



LAYARKAN PERAHU INGATAN


bila kau melihat hidangan di atas meja
sebelum kau baca bismillah
layarkan perahu ingatan
kepada kaum tani yang membongkok menanam padi dan gandum
layarkan perahu ingatan
kepada kaum nelayan di samudera yang maha luas
layarkan perahu ingatan
kepada buruh dan tani yang memboleh kan hidangan itu terletak di meja

kembangkan layar dihati mu
hulurkan tangan tanda setia kawan
pada buruh dan tani yang memboleh hidup kita selesa
dan sehari lagi kita sempurna berpuasa


8 ulasan:

hafiz zainuddin berkata...

selamat berbuka puasa. buroh petani. merekalah yang menyuap kita makan sehari-hari dan kerajaan yang dapat cukai banyak.

Tanpa Nama berkata...

You're my man!!!

Tanpa Nama berkata...

entsminsaf..........

Pak Isyam, ko mmg da best. Aku berbuka pon masak sendiri. hujung minggu je g bazar.

x cukup duit la. tapi aku bersyukur kalo dibandingkn ngan manusia d pakistan. ape la yg diorg makan kat sane? cukup ke tak?

terok2 malaysia nie, boleh gak aku makan byk nasi walaupun lauk same je tiap2 hari. ade gak lektrik, air dan rumah PPR. mlm aku tidor nyenyak ngan asap Fumakila.

ade gak kipas yg masih berpusing. masih ade TV. masih ade radio. duit tak cukup tp leh utk aku hidup kat malaysia nie.

harap Ramadhan nie aku jadi hamba yang lebih bersyukur agar aku dpt lebih byk rezeki utk dikongsi ngan manusia lain.

Sivakumar berkata...

Super punya ayat-ayat.

Cukup berisi.

Benda macam ni cikgu ke siapa siapa ke pun tak sebut, tak ajar.

Terima kasih kerana menaburkan permata kata-kata yang bukan sahaja indah tapi begitu bermakna.

Kita kena ada hormat dan memberi tempat yang tinggi dalam masyarakat kepada mereka yang bagi kita ikan dan beras.

Kita juga kena hormat dan melindung bukan saja sempadan negara saja tapi melindung dan pertahankan tanah bumi dan laut sungai yang menjadi sumber kepada semua hasil yang kita nikmati.

Jaga la baik-baik. Jangan tabur sampah dan cemarkan alam.

Tangkap dan penjarakanlah golongan berkuasa yang membenarkan pencemar-pencemar besar untuk terus mencemar.

LibangLibu berkata...

tuan tt,

bila nak keluarkan buku koleksi puisi?

kamarul arifin berkata...

terbaik.nothing more.

Kilau Saladin berkata...

layarkan bahtera ingatan.untuk para peraih kapitalis mengaut untung puluh kali ganda. kerana merekalah dapat kita jamah nasik berkualiti. kerana merekala kita dapat makanan dan sayuran dan buahan segar.layarkan bahtera ini, untuk pasaraya teskol,carefive dan gian. kerana sistem hutang barang pukal mereka lah, stok sentiasa ada.riba semakin pupus. pelabur tempatan makin kaya. dan kerana merekalah kedai-kedai runcit kecil-kecilkan tak perlu main peranan lagi

dariana berkata...

Layarkan kolek ingatan kepada Maha Pencipta...
ucapkan spontan ALHAMDULILLAH sambil dengan rendahati memeohon sejahtera buat diri dan orang lain juga.

Bersyukur.
Bersedeqah.