Sabtu, 30 Oktober 2010

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN !




KEMBANG SETAMAN



nota:
sokongan dari mak cik dan pak cik
mencurag curah datang
sokongan dari anak muda melambak lambak

ini lah dia ajenda harapan dan pembebasan




NURUL DAN ZAID DAHULI PENGUNDIAN

Daripada sembilan cabang PKR yang mula mengadakan pemilihan jawatan untuk jawatan tertinggi parti itu, Zaid Ibrahim kini mendahului di depan dengan 263 undi untuk jawatan timbalan presiden.

Beliau diekori dua lagi pencabar Azmin Ali dengan 116 undi dan Mustaffa Kamil Ayub dengan 32 undi.

Lima cabang di Kedah dan empat lagi di Kelantan memulakan pemilihannya hari ini.


keputusan kiraan akhir petang kelmarin:


TIMBALAN PRESIDEN

Zaid Ibrahim ………..577
Azmin Ali ..………...374
Mustapha Kamal……...61


NAIB PRESIDEN

Nurul Izzah………..494
Fauziah Saleh…….467
Dr. Mansor ………..462
Tian Chua ……….430

Dari keputusan ini dapat dilihat bahawa heboh heboh tentang Azmin Ali itu tidak lah tepat. Sentimen tidak suka kepada Azmin Ali kelihatan jelas di sebelah utara.

Selangor dikatakan wilayah dimana Azmin dikatakan amat berpengaruh. Tetapi keputusan kelmarin telah mengubah situasi.

Beberapa pemimpin cabang telah mula berfikir sekali lagi.

Kunci kemenangan ini akan dilihat di dua negeri – Selangor dan Sabah. Terlalu awal untuk meramalkan kemana arah pemilihan ini nanti.

12 ulasan:

cicit ngah layor berkata...

Biler keputusan resmi diumumkan,tahu ler kiter saper diri kiter dimater ahli...Populariti belum tentu menjamin kejayaan dan kejayaan pulak belum tentu menanderkan ghaser hotmat org pader kiter..

Tanpa Nama berkata...

Yes Zaid. rupa2nya ramai jugak yg tak brape ngam ngan si Azmin nih. Tu la, over sangat dia ngan penyokong2 dia pada awal2 pemilihan ari tu. Kan dah kena...

Tanpa Nama berkata...

Yg heboh ttg azmin tu hanya pemimpin pengampu. Rakyat melihat sebaliknya. Rakyat benci umno dan benci pkr berperangai umno. Drp beri azmin jadi MB selangor, lg baikserah je pd khir toyo... dah tentu penyamun.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah - maknanya bukan semua ahli PKR dapat dikongkong olih gerombolan Azmin.

Mat Lendir Kg Lonek berkata...

lembu pun tak boleh kena tarik hidung selama-lamanya

apatah lagi kita...
manusia!

lepas ni mungkin ada sekor katak lagi
macam katak kotak

Tanpa Nama berkata...

kapitalis jugak.. mana2 aku wajib kena sokong sebab tak ada sistem lain lagi dah.. tak nak sokong, rugi la pulak.. naya sbb tak mau memilih..

apapun, inilah pilihan yang kita ada... semua pemimpin ada cacat celanya... tapi jangan la cacat macam zul bisol la pulak... lebih2 lagi BN UMNGOK MCA MIC...

Janji gerombolan TUMBANG!!!

Tanpa Nama berkata...

Aku ni bukan benci si Azmin tu, tpi perangai dia tu kureng skit time pemilihn/pengundian tuu. Nampak sesangat prangai cam puak2 UMNGOK.

Tanpa Nama berkata...

azmin wajib ditewaskan..mamat ni dah wat pkr nak jd cam umno..politik puak2 dan cantas mencatas subur di bwh die..dan kalo die tewas kemgknan besar die akan mengikut jejak ezam dan lain2 melompat ke umno..

Tanpa Nama berkata...

kenapa NAJIB nak turunkan cukai SELUAR DALAM IMPORT...???nape die taknak turrunkan cukai barangan keperluan seharian????

Bik mama berkata...

tak azmin...
mula lagi dari bawah
yg penting jangan gelabah
lama-kelamaan org akan menilai

aku pun mula dari bawah
sekarang dah jadi menteri
Menteri Tak Berpelior

PR Juasseh/Jemapoh berkata...

"Pkr adalah satu-satunya parti dalam negara ini yang cuba untuk menterjemahkan pengertian demokrasi dengan cukup berani setelah merombak perlembagaan dengan setiap ahli berpeluang untuk memilih calon-calon masing diperingkat pusat.

Perubahan memerlukan proses. Pemilihan ini adalah sebahagian dari proses itu. Allah tidak akan membiarkan seseorang mengaku itu dan ini tanpa diuji. Proses ini akan menguji sejauh mana anggota itu melaksanakan apa yang mereka ucap dan ingin laksanakan.

Dalam proses, kita akan nampak siapa yang jujur dan siapa yang bermain-main.Dalam proses juga kita akan dapat membezakan yang silap dan benar, yang elok dan kotor,permata dan kaca.

Dalam proses demokrasi, pembersih kepada kotoran, kesilapan, kelemahan adalah anggota dan masyarakat.

merekalah yang mesti berperanan menegur dan merubah. Anggota mestilah mengangkat kuasa rakyat sebagai agen perubah masyarakat. Demokrasi bermakna anggota rakyat yang menentukan. Pemimpin boleh menganjur dan mengusulkan,tetapi anggota rakyat yang menentu menerima atau menolak."

Tanpa Nama berkata...

sapa yg pernah teruji, pernah ramaikan jalan raya, pernah kena air kimia, pernah kena blantan FRU, sapa pernah kena isa

azmin? zaid? mustafa?

Selalunya orang yg pernah teruji hanya akan menjadi mangsa dan tidak akan menjadi menteri!! Yang jadi menteri ialah org yg pandai bercakap dan pandai lari apabila hendak diuji!!!