Sabtu, 20 Mac 2010

SEMUA DI JEMPUT DATANG PAGI INI



ANAK MUDA TUNJUKKAN SOKONGAN - SILA DATANG PAGI INI





GERAKAN MAHASISWA NASIONAL 2010

Jenis: Mesyuarat - Konvensyen
Tarikh: Sabtu 20hb Mac 2010
Masa: 8.30 pagi - 6.00 ptg

Lokasi: DEWAN BANQUET, DEWAN SIVIK MBPJ, PETALING JAYA.

Keterangan:
Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010 adalah kongres anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang julung kalinya diadakan untuk menghimpunkan seluruh aktivis mahasiswa dan anak muda Malaysia. Kongres yang bertemakan "Menjana Gerakan Baru Mahasiswa" bertujuan menyusun semula pergerakan dan struktur gerakan di peringkat nasional. Kongres sehari yang akan menghimpunkan hampir 1000 orang aktivis ini juga akan menjadi medan pertemuan aktivis mahasiswa daripada seluruh negara termasuk daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak.




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baguslah
Mahasiswa dan makin bijak dan berani sekarang
Maknanya minda dah terbuka untuk berubah

Masalahnya
banyak-banyak tu dah daftar undi ke belum?
Yang belum tu, pakat-pakatlah pergi daftar
PRU13 nanti undi PR

Jangan dok mengulit buku siang malam, pagi petang
Tanggungjawab mengundi juga kena jalankan
Sekarang kena daftar dulu
Tak ada undi otomatik kecuali mendaftar dulu

Sivakumar berkata...

Ya!

Pastikan dalam mesyuarat konvensyen ini semua hadirin digesa mendaftar untuk mengundi!

Tanpa Nama berkata...

Kudos, tepukan gemuruh pada mahasiswa dan mahasiswi!

Baru padan dengan 'maha' pada gelar tu, bukan?^_^

Teruskan anak muda, semoga permulaan ini membuka kepada generasi anak muda yang mahukan kebaikan dan kesejahteraan negara serta seluruh rakyat. Bukannya macam imej 'project junkies' yang diulit dengan intimnya oleh pemuda umno dan sekalian sekufu dengannya.

Hidup anak muda yang waras dan tak dibodohkan ameno!!

Mohd Musashi H berkata...

Power betul bebudak ni..depa dudku ataih lantai..dengan YB Kg Tunku sekali...kamek bangga dengan kitak semua..

refer pada:

http://malaysiakini.com/news/127078
http://malaysiakini.com/news/127075

Ahmad Chin berkata...

anakmuda bangkit..insyaallah..kita pasti akan bersama nakmuda...saya bersama anda dlam anakmudadiary.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Mari kita Ajak orang2 Kampung yang tiada Internet dirumah pasang internet,, http://pendaftaran-streamyxonline.blogspot.com/ agar mereka tidak ketingalan melihat secara jelas politik tanahair kita.