Khamis, 9 September 2010

SELAMAT HARI RAYA





JAM 4. 17 PETANG


dalam beberapa minit lagi akan berangkat
ke jelebu - ikut genting perah -
hutan dan berhutan.

sampai titi - leh cari makan di sana.

restauran china d titi terkenal
dan kalau nasib baik ada orang asal jual
petai.

jaga diri !

jangan lupa makan tapai !



INGATAN UNTUK BERHARI RAYA



bertapailah kamu sebelum kamu di tapaikan

ingat sebelum tapai
tapai sebelum ingat

hanya mutu yang mengenal maniam
hanya tapai yang mengenal tuak

tanpa tapai raya tak jadi
tapai tak jadi
raya pun tak jadi


nota:
tahun ini gagal dapat mercun
anak anak di sekeliling rumah pasti kecewa
janji nak bawa mercun

tokan mercun kehabisan supply




SEBELUM MENAPAI

sila baca laman ini dahulu:

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11072

WOIT !


lu ingat tt ini ada buat salah ke?
mana lu tahu salah?

maaf dari tim tukar tiub
kalau lawak tak menjadi
nak lawak tapi jadi seram

maaf dari tim tukar tiub
kalau tak panggil datuk dan tun
ini kerana kami tak tahu macam mana nak eja

maaf dari tim tukar tiub
kalau sensitif terusik tentang bangsa
ini kerana tim tukar tiub semunya orang asli

maaf dari tim tukar tiub
kalau sensitif terusik hal agama
ini kerana hari raya pun hari tak sama
macam mana agama nak sama

nota:
jangan makan banyak banyak
nanti jadi badak macam bik mama kah kah kah..

laaa.... baru minta maaf dah mula tibai kah kah kah


INI BUKAN CERITA POLIS PENCEN



nota:
raya memang raya
tapi mana sempat kita ketuk
kita ketuk juga kah kah kah








AWEK DAN BALAK



sapa ada awek
jangan lupa pakai kondom
sapa ada balak
jangan lupa beli kondom

- iklan khidmat khusus untuk orang muda -



JANGAN LUPA


jangan lupa untuk makan tapai
kalau dirumah sendiri tak ada
sila cari di rumah tetangga
kalau di rumah tetangga tak ada

bakar diri sebagai bantahan kah kah kah



TAHU KAH ANDA ?


hari bulan telah muncul lebih awal
di libya dan di eropah

warga libya dan warga warga negara eropah
telah berhari raya pada hari ini - hari khamis.

tapi ini tidak sehebat beberapa keluarga di kangar perlis
mereka telah berhari raya dari kelamrin lagi kah kah kah

DI NEGARA CHINA PUN DEPA DAH NAMPAK ANAK BULAN ... CISssssss

nota:
ramai china masuk surau
dan masjid di negara china
dari orang melayu masuk masjid
dan surau di malaysia kah kah kah





INGATAN DARI MENTERI PENGANGKUTAN



tt menerima satu sms dari datuk seri kong chu ha
menteri pengangkutan.

datuk menteri ini teman tt - kami sama masuk ke
kolej ke lima universiti malaya pada tahun 1971
dan sama di orientasi pada tahun itu.

ini bunyi sms itu:

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Satu Malaysia
Maaf Zahir dan Batin
Pandulah dengan cermat jiwa selamat
Daripada DS Kong Cho Ha MOT
Ahli Parlimen Lumut

dan ini jawapan dari tt:

Terima Kaseh Datuk.
Saya tidak ada kereta.
Saya tidak pandai memandu.
Saya naik bus. Kalau bas lagi
banyak saya lagi suka. Tq


UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

tim tukar tiub
sidang pengarang
pemberita , penulis.
pembantu teknikal memgucapkan
selamat hari raya kepada semua
pelayar blog tt.

kalau ada kekasaran memang di sengajakan
kalau ada silap typo memang di sengajakan

tapi jangan salah lapor

ketika dalam perjalanan berhari raya berwaspada
ketika berhari raya bercanda canda berjaga jaga
ketika jumpa sanak suadara bermata mata

ketika makan ketupat jangan lupa lemang
ketika makan lemang jangan lupa bahulu
ketika makan bahulu jangan lupa rendang

boleh lupa semuanya tapi jangan lupa tapai !


26 ulasan:

Rahwana berkata...

Slamat raya bro,dengan ucapan jaga badan,kurangkan rokok.merokok menyebabkan impotensi..kakaka.

Tanpa Nama berkata...

RAHWANA, betul2,..nnt china doll di depan mata pun cuma selaras sekejap je..banyak susah o..

Khairulnizam Bakeri berkata...

Selamat hari raya, TT!

(Semalam baru beli Tapai di Popular KB Mall, belum sempat baca lagi. Haha.)

Tanpa Nama berkata...

selamat hari raya bro, makanlah tapai dari sabah... kah..kah..

C++ berkata...

Bhai TT & Krew...

Raya tanpa oren bodoh tak best... mesti kena oren bodoh (dalam botol kicap) tue ... tak kira la Sarsaparila ker.. Ice Cream Soda ker... hehehe... dulu murah... 3 kupang boleh dapat sebotol... la nih dah RM1.20 sebotol... hampeh...

Minum oren bodoh baru la nampak cool... cult... hahaha

Sivakumar berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada TT.

matstimketum berkata...

oren bodoh dah tiada dijual ditempat saya lagi! memang nostalgik bila teringat minum air oren bodoh. selamat hari raya semua.

Tanpa Nama berkata...

oren botal kicap tu dah takde kat kg gua juga..haha
dulu2 tahun akhir 90 an,masa tu sekolah rendah time raye oren tu byk kat belakang rumah abah atok aku. sekarang dah takde.

sudah naik harga tak mampu nak beli berkotak2... kah kah kah =)

dariana berkata...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد
Ramadhan tahun ini
Mengurnia kesucian. putih dan mengesankan.
Sejuta camar sejuta ombak sejuta deru...
Melamar syukur Alhamdulillah
Memekar kembang Subhanallah
Memimpin dengan rahmat-Nya
Ke taman maghfirah.

SALAM 'EIDULFITRI 1431H.
من العائدين والفائزين
MEMOHON DAN MEMAAFKAN

Tanpa Nama berkata...

brooo...bila balik kg, jgn bukak mata....nanti bro ternampak gambar sama di setiap batang tiang......selamat hari raya

Khun Pana aka johanssm berkata...

Merdeka lah minda dengan Tapai
40 jenis Tapai yang best.
Travel and Guilty Pleasures
Of a fermented Malaysian lah Tapai
Balik Kampong dengan Tapai.

Selamat Hari Raya kepada yang nak beraya.
Beli lah kondom 1Malaysia untuk elak kemalangan dan nahas.
Bakarlah mercun dan bukannya bakar c4 untuk minah cun.

Tanpa Nama berkata...

Bik Mama tak makan tapai.
Kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

nama kau dah synonymous dgn tapai..aku search gambr tapai kat lebai google,asyk ade gambar kau je kahkahkah..

selamat hari raya..hrp migrain xdtg menggangu kau merayakan hidup..cheers

Tanpa Nama berkata...

slamat hari raya bro..

dengan ucapan jgn xupdate blog ni pada hari raya pertama n kedua n seterusnya...

kalau x, gua bakar diri tanda protes..

kahkahkah......

Tanpa Nama berkata...

selamat hari raya..

aku suka part tibai menteri pengangkutan tu...
aku bawak kapal terbang orang punya jer.. beli kete pun, kete janji boleh pakai jer... tak suka aku mewah2... kene buang kerje ni, mudah sangat kalo majikan nak buang.. sbb tu aku berjimat...

aku beraya kat rumah bini aku, raya kat rumah cina... sapa kata raya kat rumah cina tak best? lagi meriah mak bapak mertua aku layan... jangan anggap raya aidilfitri tak meriah kat rumah cina...

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro..

Slmat Hari Raya kat TT.

Dulu oren bodoh takde halal..belasah je minum ..bedal je..
la tu lak apek yang buat ..sedap gila siot..siap tambah ais gan gula lagi..ha ha ha ..

madsoghe berkata...

selamat hari raya minal aidzin wal faidzin maaf zahir & batin untuk semua.
untuk bro tt raya ni kalau tak dpt tapai pukul talipon gua ada banyak stok ,

Saiful berkata...

salam aidilfitri untuk senor tt and the team,
beli lah tapai yg segar dan baru..yg lama tu nanti pening2..keh222..senor tt ,,raya sorang lagi ka..awek bali tak jadi ka..

Puan Ainon Mohd. berkata...

Selamat Hari Raya, Tuan TT. Didoakan tuan sentiasa sihat walafiat dan dilindungi Allah. Aminnn....

pensel kayu berkata...

Salam 'Idilfitri.Pohon ma'af Zahir & Batin pada semua.
كل عام وأنتم بخير

Tanpa Nama berkata...

slamat ari raye tt..
perjuangan tetap perjuangkan..
salam perjuangkan berterusan...

Tanpa Nama berkata...

Eid Mubarak pada tim TT !!

golok perak berkata...

selamat menyambut hari raya aidil fitri buat bro tt dan semua pengunjung tukar tiub blogspot ... betul bro tt ... orang yang berpenyakit migraine saja tahu betapa siksanya ... teman mula kena migraine sejak tahun 1996 lagi.. tapi sejak teman berhenti minum nescafe, kurangkan minum milo dan makan lauk sardine tin nampak ada kurang ... tp kalau terlalu banyak berjemur atau stress tak dapat tidak migraine tu akan datang semula...apa apa pun, nasihat teman kurangkan mengambil 'cafein' insyaallah migraine dapat dikurangkan .... selamat hari raya

Unknown berkata...

goergy ckp...DOBOH...dlm djkm...titi best boss...dr semenyìh smpi titi 15min xde line talipon boleh isap surya tanpa dganggu...

SL Chan berkata...

Selamat Hari Raya...bro..

ReentryCapsule berkata...

Kau ni memang KEPALA TAIK la Budin.Forum kau dalam Malaysiakini tu memang agak CELAKA.Kau kutuk Melayu dan main-mainkan AGAMA.Nasib kau baik aku tak sempat download video tu sebab Malaysiakini dah remove.Sekarang baru aku tahu kau siapa...

Terima KaseeYYY....