Jumaat, 28 Januari 2011

ISTERI FLOM GELABAH



FLOM





NAJIB DESAK SAUDI SIASAT PEMBERI DANA ANWAR
- mkini

Najib Razak pada tahun lalu telah dilaporkan memberi tekanan kepada Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut stesen berita antarabangsa, CNN - yang telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu - menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayai Anwar.

Najib didakwa mengadu kepada kerajaan Arab Saudi, kononnya dua putera kanan negara itu terbabit dengan pemberian dana berkenaan.

"Tidak ada bukti pegawai Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim" dan "dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama dihapuskan] adalah tanpa asas,” kata CNN yang membuat ringkasan daripada sembilan mukasurat laporan rahsia berkenaan.


JAWAPAN RESMI DARI ANWAR


Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk:
“Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda”
memperlihatkan ketakutan Najib untuk
berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum
yang akan datang.

Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu
menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu
menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada
Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab
Saudi yang menyokong dan membiyai saya
untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.

Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta
rekayasa Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat
yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat
terhadap usaha kami demi menyelamatkan
Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan
oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta
ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.

Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen
yang mengandungi hasrat serta
saranan Pakatan Rakyat demi
menyelamatkan Malaysia dari terus parah
akibat kerakusan dan ketidakcekapan
pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa
takut Najib.

Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi
upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat.
Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat
tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman
demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.

Ketakutan ini malah membuat beliau enggan
berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan
ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri
tidak segan silu menyerang saya secara peribadi
sedangkan hasrat debat terbuka itu
semata-mata mahu menyampaikan maklumat
yang tepat kepada rakyat Malaysia.

Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri
sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan
tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya.

Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin
Perubahan yang bakal melanda.
Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai
mual dengan segala macam kebobrokan.
Kepimpinan Umno-BN sebenarnya
fobia dengan kemaraan rakyat.

ANWAR IBRAHIM


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sabar lah sayang, hari perhitungan hampir tiba buat ai. Berani kerana benar takut kerana salah.

takanang juo berkata...

TT..\
MANA TK TAKUT
PASTI PENUH LOKAP DAN PENJARA DEK GEROMBOLAN UPCO

Tanpa Nama berkata...

mana tak gelabah bang..
kalau nuar gi putrajaya, jerung2 suami isteri akan masuk lokap

sama macam zaman marcos dulu2

Orang Kelawar berkata...

Sekarang siapa yang demam.Jelas dan terang Najib mula dah megelabah puyuh nak demam.Senjata dah makan tuan.Sebab itu jangan angkuh dan bongkak menyombong diri.

Kucing Hitam berkata...

butola najib.

Chee Kuan Tai berkata...

Gelabah ke...bengang ke...pasal dialah...Tapi yang aku sekarang tengah betul-betul bengang ni sebab tiap-tiap bulan...tiap-tiap barang semua naik harga. Gaji takuk tu juga...kalau naik barang lagi naik...mampus kalau gini jadinya. Bagi orang kampung terutama yang ada kebun getah...semua tak rasa kenaikan sebab harga getah sekarang lumayan...tapi nanti kalau turun sampai 60sen sekilo...ha...ha...baru dema semua bukak mata...masuk tv cerita susahnya penoreh getah...jam tu barulah marah sana-sini sebab dah kena batang hidung sendiri...Kepada rakyat malaysia semua...sedar tak kamu bahawa semua harga barang naik harga senyap-senyap macam banjir tengah malam....Sedar tak kamu yang GST najib dah berjalan dalam senyap...

Tanpa Nama berkata...

lebai sauh arah siasat anwar kalau ada kaitan dengan terorist... @ malaysiakini

Eheemmm!!
MUNGKIN itu tanda2 awal anwar nak kena duduk lepak dalam isa. Jadi selamatlah umngoook masa pru13!

Tak gitu TT???

Tanpa Nama berkata...

Diskaun tol tgh malam sampai awal pagipon tak dak

Tanpa Nama berkata...

Mat Mongol leh kontrol FLOM....cup, Arab Saudi. Ewah, hebatnya!

Kontrol di hutan Arab Saudi Apco susukan, kontrol di rumah usah arap nak makang.

Kah, kah, kah.