Selasa, 8 Mac 2011

KENYATAAN RASMI




SLIM LADY OF MALAYSIA



FAT LADY OF MALAYSIA


nota:
bila ziana mula menyanyi
bik mama susah hati
bila ziana mula sedut
bil mama terancam takut
bila ziana mula menari
bik mama gigit jari
kah kah kah



KENYATAAN MEDIA BAHAGIAN FLOM
PEJABAT PERDANA PERDANA MENTERI

7 MAC 2011

Saya ingin memaklumkan bahawa Bahagian FLOM, Pejabat Perdana Menteri telah membangunkan laman rasmi Facebook (FB) saya yang baru. Walaupun telah dua kali laman FB saya digodam dan disabotaj oleh penyokong-penyokong pembangkang sepanjang minggu lalu, namun ianya tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus berhubung dan mendekati hamba rakyat di segenap lapisan.

Atas nasihat APCO Worldwide yang pernah memberikan khidmat kepada kerajaan Israel, saya akan terus berhubung dan mendengar keluhan serta merasai denyut nadi hamba rakyat selaras dengan komitmen gagasan 1Malaysia: Hamba Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Maka, saya ulangi amaran saya kepada pihak pembangkang supaya jangan sekali-kali mencabar dan cuba menyekat kebebasan saya dalam mendekati serta menyelami permasalahan hamba rakyat di negara ini. Kerajaan pimpinan isteri saya komited dengan janji kami untuk terus berinteraksi secara terus dengan rakyat.

Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada calon dan para petugas jentera pilihanraya UMNO di Kerdau dan Merlimau yang telah berjaya mengekalkan kemenangan di kedua-dua kerusi tersebut. Sesungguhnya ini membuktikan bahawa UMNO masih lagi relevan dan akan kekal relevan untuk hamba rakyat Malaysia sehingga akhir zaman.

Pilihanraya kecil kali ini juga membuktikan yang taktik merasuah pengundi dengan wang ringgit, beras dan kain batik yang dilakukan oleh petugas pilihanraya Pakatan Rakyat jelas ditolak oleh para pengundi.

Janji ganjaran masuk syurga yang dilaungkan oleh pemimpin PAS sekiranya pengundi memilih calon PAS juga ditolak dan diperlekehkan oleh majoriti pengundi di Kerdau dan Merlimau. Tidak seperti PAS yang hanya menjanjikan syurga di akhirat, UMNO mampu menjanjikan lebih daripada itu. Jika hamba rakyat Melayu-Islam terus memilih UMNO, maka kami tawarkan anda dengan jaminan syurga di dunia, dan juga syurga akhirat.

Saya berdoa semoga 1Malaysia kekal sejahtera di bawah kepimpinan isteri saya dan Islam terus dimartabatkan di bawah naungan parti UMNO yang keramat.

BIK MAMA
Suami kepada Perdana Menteri Malaysia
Bahagian FLOM
Pejabat Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya


Tel: 03-8888 8037
Emel: bikmama@pmo.gov.my


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT..I started a joke..Keh..keh..keh

Tanpa Nama berkata...

kaki sedut air telo tu

Tanpa Nama berkata...

"saya akan terus berhubung dan mendengar keluhan serta merasai denyut nadi HAMBA rakyat selaras dengan komitmen gagasan 1Malaysia: HAMBA Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."

Aku bukan HAMBA kau, jahannam!!!
Cam syyyalll!!!!!! kah kah kah kah!! ps/ Ni mufti johor tanak keluarkan apa2 statement ka, fatwa ka?

Tanpa Nama berkata...

Satu masa dulu,adik aku pernah menetap di UK selama lebih setahun. Tapi adik ipar aku duduk situ dah lama,dekat 6 tahun.Duduk situ,kerja bukannya kerja besar,kerja pun chef kecil-kecilan dekat restoran.Adik aku pulak kerja jadi baby sitter.Gaji,takde la besar, tak sampai pun seribu pound tak silap aku...tapi...

1. Baju kat sana 3 pound. Kat Malaysia baju2 tu hanya dijual di Pavilion,KL.Baju orang kebanyakan di UK ,baju orang kaya di Malaysia .

2. Kasut Lacoste kat sana 20 pound.

3. Sewa bilik ada dapur 200 pound.

4. Transportation,takde,naik bas,naik tube,satu hari punya tiket 5 pound unlimited ride.Tak payah tunggu lama, paling lama tunggu bas,5 minit 2 bijik datang.Naik tube tak pernah rasa tak selesa.Ada Oyster kad,senang nak ke mana-mana.

5. Pegi Asda ke Tesco ke, beli barang dapur,satu troli 20 pound.Lepas untuk seminggu.

6. Tak pernah rasa nak beli kereta sebab membazir, orang kaya berlagak aje pakai kereta ke mana-mana.

7. Jalanraya sesuai untuk bawak basikal.Adik ipar aku, main transportation dia,basikal,undang-undang...wajib pakai helmet.

8. Tambang tube nak ke airport...3 pound.

9. DVD ori sekeping 3 pound.Aku beli Ice Age 1 dan 2 boxset 6 pound.

10. Apa-apa barang pun mcm pakaian, tak puas hati dengan produk, boleh pulangkan dalam tempoh 30 hari, takde banyak soal asal simpan resit dan tag tak dicabut.

11. Dan aku malas nak cerita pasal Black Friday dan sale musim panas...

12. Bayangkan anda mampu beli kereta Mercedes second hand cash... dengan hanya mengeluarkan 500 pound. Sini? Hutang 5 tahun untuk bayar kereta second hand.. kereta di UK tidak ada value sangat kerana... pengangkutan awam membuatkan kereta tidak relevan dan penting dalam hidup.Perkhidmatan teksi adalah sesuatu perkhidmatan premium sebab teksi tidak diperlukan sangat.

Bila dia balik Malaysia,

......kerja mesti kena ambik overtime, kalau tak duit tak cukup. Barang makanan sekali pegi beli Rm200.Nak pegi beli barang pun susah sebab public transport susah. Apa yang Ismail Sabri Yaakob pelik macam mana RPK boleh hidup mewah kat UK kalau orang Malaysia yang kerja dia waiter kedai makan dekat Malaysia Hall pun boleh hidup senang kat sana? Adik ipar aku balik sini, sambil hisap rokok dengan aku dia tanya aku, "Apasal hidup kat Malaysia ni susah sangat?"

Lagi la pelik bila menteri tanya apasal ramai orang lebih gemar migrate ke negara lain... Tukang sapu pun boleh hidup senang kat UK . Marah pulak diorang bila rakyat mempersoalkan "Kenapa menteri mampu hidup mewah kat Malaysia ,layak ke diorang?"

piut ngah layor berkata...

anon 3;59 pm...jauh perjalanan luas pandangan,banyak pengalaman.kalau setengah abad yg dulu puak gerombolan blh 'kencing' kita sebab media elektronik ni tak kembang mcm sekarang,lagi pun berapa kerat saja org kita yg lepas ke luar negara.hanya dia dan yg terdekat yg tahu cerita.sekarang dgn dunia tanpa sempadan hampir semua org tahu cerita dan perbandingan antara negara kita yg selama ini dianggap 'mewah' selama ini.rasa nya org m'sia ni antara yg 'terkaya' dlm bab beli kereta ni.keluar lah model baru harga juta2 pun masih blh tgk kt jalanraya @ highway...thanks bro 4 the update.

Tanpa Nama berkata...

minta izin copy kenyataan rasmi yg sgt menarik ini...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 3:59: begitulah keadaan di negara2 maju eropah / asia dimana pemimpin melihat rakyat sebagai amanah yg wajib dijaga berlandaskan undang2 dan mereka amat mematuhinya, keperluan dan kesenangan rakyat menjadi agenda utama, keadaan menjadi 180 darjah berubah apabila berada di sini: maka para pencacai dan penjilat totok akan berkata "kalau UK baik pegilah duduk disana"..itulah saja tahap pemikiran dan mentaliti sebahagian besar penyakit org melayu ni..teringat aku KERAjaan Mlysia nk guna 'style' di sini untuk bina pusat sukan prestasi tinggi di london ditolak oleh datuk bandar sana...sebabnya kwsn tersebut merupakan kwsn 'warisan' yg tidak membenarkan pembinaan dan pengubahsuaian sesuka hati..hehe tu negara kapir...pemimpin kapir..kalo kt sini xboleh cara A, cari pelan B, cari pelan C akhirnya...kuburpun bertukar jadi kondo!!!

Tanpa Nama berkata...

memang betul kata anon 3.59 pm. susah tinggal kat mesia ni.. serba-serbi mahal.. nak jadi negara maju konon.. sedangkan pemikiran pemimpin2 negara masih lagi mundur, apa taknyer menteri2 dilantik dari kalangan penyamun,perogol,perasuah.... betul2 low classlah pak2 menteri kat mesia ni.. betul x nazri aziz?

p/s
ditujukan khas kepada pak2 menteri yg terasa

Tanpa Nama berkata...

untuk 3.59,

kenapa UK jadi macam tu???

mereka dah sedut harta2 negara2 yg mereka jajah dahulu....mereka dah terover kaya!!!!

pemimpin mereka sekarang hanya mengikut konsep yg di amalkan sejak dahulu kala.

pemimpin kita belum ada hala tuju utk memimpin negara ini...

mereka masih mencari....mencari kesenangan utk anak cucu mereka.

Tanpa Nama berkata...

Anon 3.59 berambos la kau dari malaysia ni..macam ni la aku cakap kat cina2 yang selalu kata lu tengok spore..sikit2 spore so gua kata..lu dudk spore la..tak payah bising2 kat sini ma..tapi sekarang ni lu pun boleh duduk penang ma..dah lebih kurang macam spore..haramjadah betul!