Selasa, 8 Mac 2011

RAKYAT BERI AMARAN - JANGAN TIPU PILIHANRAYA



ANAK MUDA BANGUN MELAWAN



nota:
denim blue
adalah simbol kebangkitan
anak muda

denim blue
adalah simbol turun ke jalan raya!!!



RIBUAN TUNJUK PERASAAN DI PUSAT PENTABIRAN BAHRAIN – berita hairan

Ribuan orang ramai berkumpul di Istana Al-Qudaibiya, tempat anggota Kabinet sedang bermesyuarat bagi menyatakan protes mereka terhadap pentadbiran kerajaan pimpinan Raja Hamad.

Pasukan polis anti rusuhan yang bertopi putih berbaris di depan pintu pagar istana berkenaan untuk menyekat penunjuk perasaan yang berkumpul sambil melaungkan slogan agar Raja Hamad berundur.
"Rakyat mahu regim pemerintahan sekarang berundur," laung mereka di depan istana berkenaan.


RATUSAN SERTAI DEMONSTRASI DI MAGHRIBI – berita hairan

Ratusan rakyat, kebanyakannya golongan muda menyertai perhimpunan prodemokrasi di depan parlimen Maghribi, semalam menuntut pembaharuan dilakukan terhadap pentadbiran undang-undang dan politik perkauman.

Penunjuk perasaan yang dicetuskan menerusi rangkaian media sosial Facebook, disokong oleh aktivis hak asasi berkumpul di tengah Rabat sebelum berara ke bangunan parlimen.
Mereka berkumpulan di Parlimen hanya beberapa minit sambil jari menunjukkan isyarat "V" atau kemenangan sebelum bersurai.

NOTA:
dunia sedang berubah
rakyat tak mahu kena tipu
rakyat tak mahu ditipu di pilihan raya
rakyat sudah bosan dengan kroni
rakyat sudah bosan dengan kelentong
rakyat sudah bosan ada saja pilihanraya kecil – semua kena tipu

rakyat memilih jalan raya!!!

nota:
rakyat beri amaran
jangan tipu pilihanraya
rakyat beri amaran
jangan amalkan rasuah
rakyat beri amaran
jangan kayakan anak bini

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ayuh BERSIH..
Mulakan GERAKERJA..
PILIHANRAYA sudah tidak releven lagi..
Pilihan yang terbaik masakini hanyalah JALANRAYA..
Mari kita terebe..
Kalau depa tembak gas dan air berasid.. kita terebe..

Tanpa Nama berkata...

ade orang offer duit untuk undi PKR hujung mnggu ni

shahmetal berkata...

Denim Blue juga adalah lambang kekuasaan kapitalis!


HIDUP KAPITALIS! BOOOO SOSIALIS!