Sabtu, 26 Mac 2011

KONSPIRASI MADEY DAN MAT MONGOL



APA PERANAN ZIONIS APCO?




nota:
siapa dibelakang najib?
apa pernan apco?
semua ini perlu dijawab









VIDEO SEKS PALSU: MAHATHIR , NAJIB BERTANGGUNGJAWAB

Fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah disaat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk terus berkuasa.

Oleh itu penerbitan video seks palsu bertujuan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengejutkan.

Walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam Umno, Mahathir Mohamad dan Najib Tun Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab

Ini kerana kedua-dua tokoh memainkan peranan penting menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada mereka-mereka yang sanggup menjadi alat bagi menjayakan sesuatu fitnah.

Pada tahun 1998, Anwar difitnah melakukan liwat dalam satu konspirasi oleh Mahathir yang turut melibatkan hakim, polis, Peguam Negara serta beberapa individu. Rekod menujukkan mereka diberi ganjaran besar.

Hakim Mahkamah Tinggi, Augustine Paul dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Hakim Mahkamah Persekutuan.

Manakala Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Pajan Singh Gill dan Datuk Richard Malanjum dinaikkan pangkat sebagai sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Datuk Ariffin Jaka juga dinaikkan dari Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.

Mereka dinaikkan pangkat lebih awal berbanding hakim-hakim yang lebih senior ketika itu seperti Gopal Sri Ram, Mokhtar Sidin, Denis Ong and Abdul Kadir Sulaiman.

Peguam Negara, Mohtar Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Pegawai penyiasat, Musa Hassan meroket daripada ke SAC2 kepada SAC1, Pengarah Siasatan Jenayah dan kemudiannya Ketua Polis Negara. Timbalan Pendakwaraya, Abdul Gani Patail dinaikkan sebagai Peguam Negara.

SAC 1 Mohd Rodwan Mohd Yusof dilantik menjadi Ketua Polis Melaka.

Individu lain seperti seperti Azizan Abu Bakar yang pada asalanya adalah seorang pemandu telah mendapat ganjaran dan djadikan pengarah sebuah syarikat.

Kemudian fitnah ini diteruskan oleh Najib mencipta satu lagi konspirasi baru, kali ini tuduhan rekayasa dibuat dengan Anwar dituduh meliawat Saiful Bukhari Azlan. Apakah ada yang percaya bahawa Saiful dan pemain-pemain lain yang menjayakan skrip fitnah ini tidak diberi ganjaran?

Ummi Hafilda Ali kini berceramah ke seluruh negara memburukkan Anwar. Malaysiakini baru-baru mendedahkan pengakuan seorang ahli perniagaan, Baginda Minda yang mendakwa bahawa seorang menteri senior menawarkan sehingga RM10 juta kepada Ummi Hafilda untuk berbohong terhadap Anwar di dalam mahkamah.

Natijahnya, Mahathir dan Najib seolah-olah memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka digalakkan memfitnah dengan ganjaran besar menanti. Malah mereka juga akan dilindungi.

Kerana itu, Rahim Tamby Chik dan individu-individu tersebut berani membuat video seks palsu, iaitu fitnah terbesar dan terjijik setakat ini di Malaysia.

Najib dan Mahathir mesti memikul tanggungjawab!

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
25 Mac 2011


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apsal ko tak tulis karangan sendiri.. takut kena saman.. kambing hitamkan cipudin.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

tangkap cucuk mamak yg asal dari kalinga tu! tangkap anak tun razak! tangkap anak tun hussien

Tanpa Nama berkata...

Mana ada konspirasi. Tu semua imaginasi PKR je. Yang sebenarnya, Rahim Tamby Chik memang dah lama gian nak berlakon semula dalam filem seks. Itu je ...

Tanpa Nama berkata...

gerombolan dah cuak...diorang bermati-matian nak hapuskan Anwar

PM SUAMI ISTERI GILA KUASA berkata...

NAJIB DAN RM, PM SUAMI ISTERI BARU AJE MEMERINTAH MULA 2008 ATAS MANDAT PAK LAH, PM ANAK MENANTU, TAPI RAKYAT DAH BUKAN MAIN SUSAH (BARU 3 TAHUN MEMERINTAH)...

BAYANGKAN KALAU LEPAS PRU-13, PM SUAMI ISTERI NI MEMERINTAH LAGI,SBB KONON DPT MANDAT DR RAKYAT (UNDI MUKIN DI EKSPLOITASI MCM UMNO HOSNI MUBARAK DPT 99%) LEPAS TU TIMBALAN PERDANA MENTERI DIA BAGI KAT SEPUPU DIA HISAPUTING, DIA TIRU MCM MADEY BUANG TPM 1 MUHYIDDIN....AKAN BERTAMBAH SUSAHLAH HIDUP RAKYAT MALAYSIA NANTI!!!

JD PM SUAMI ISTERI ATAS MANDAT PAK LAH PM ANAK MENANTU PON RAKYAT MALAYSIA DH SUSAH, INIKAN PULA KALAU DIA PEGANG JD PM MALAYSIA SUAMI ISTERI LEPAS PRU-13... HABISLAH KITA SEMUA...

FITNAH LIWAT, ZINA, ROGOL, CABUL, SKODENG, RABA, JILAT, LENDIR, BERSETUBUH BIRTH-MARK, RAKAM, DAN LAIN2 LAGI AKAN DI SAJIKAN SETIAP HARI KPD RAKYAT MALAYSIA, AKAN MEROSAKKAN SEMUA GENERASI YG ADA KT MALAYSIA...MAKA AKAN BERTAMBAH RAMAI LAHIR ANAK HARAM KAT MALAYSIA NI...WAL IYA ZUBILLAH HU MIN ZALIK...

BALA ALLAH DATANG, TAK ADA SIAPA YG SELAMAT...SEMOGA PARA HABIB/ANAK CUCU NABI ADA RAMAI KT MALAYSIA, SUPAYA SELAMAT NEGARA MALAYSIA NI...
AMEEN

Tanpa Nama berkata...

woi tt
ko ni dah melampau
ko tak takut kena dic4kan ke?

Tanpa Nama berkata...

Zaahh.....Jam tangan Omega aku kau taruh mana Zah...

Tanpa Nama berkata...

jam tangan?

hehehehheheh...masih ada yang nak pecaya si lahanat2 ni?....

The MIND!!!