Khamis, 24 Mac 2011

MAT BOROI SUDAH KANTOI



LIHAT DAN SAKSI





KENYATAAN MEDIA SEORANG PENONTON

24 Mac 2010


Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


PEROGOL YANG BEBAS



SKANDAL SEKS VIDEO: PERTEMBUNGAN FAKTA DAN PEMBABITAN PIMPINAN UMNO


Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Dato’ Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka “Dato T” berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dato’ Eskay menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Dato’ Eskay sendiri. Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Dato’ Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.

Pengakuan Dato’ Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.

Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal.

Saya juga mendesak Perdana Menteri sendiri memberi maklumbalas kepada satu laporan bahawa ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas.

Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi ini, tidak ubah seperti mana konspirasi tahun 1998 dahulu.

Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI

24 MAC 2011



SEBENTAR LAGI TAMBI AKAN BUAT SIDANG AKHBAR







nota:
rakyat malaysia menunggu
bila porno ini akan ditemui
di jalan petaling kah kah kah

48 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jadi bahan lawak la pulak..

Adakah kerana terlalu stress nak menang atau kerana duit ganjaran mereka tidak mampu lagi merancang dengan baik :)

atau terlalu terkejut dengan video lucah tersebut sehinga jadi biuldan merapu-rapu..

Tanpa Nama berkata...

lawak sangat la pulak
2T cakap ada 3T yang uruskan
1T cakap dia hanya dijemput tonton
rosak betol dialog
boleh menang oskar drama 3T nih

lain kali nak buat drama plan la molek2
jangan sampai boleh tergolek
kan dah termalu2 satu melaka

Anyway,
cakap banyak tak guna la beb
kita org nak tengok filem tu sdri
bukan nak dengar cakap2 3T
masuk dalam youtube

ada berani ka datuk T???

siti harapan berkata...

Dah makin terselak, kita pun semakin tergelak. Semoga segala ini segera berakhir!

Tanpa Nama berkata...

Lagi banyak datuk T merapu
Lagi banyak nampak datuk T menipu

Tanpa Nama berkata...

Sebelum ni aku hampir nak percaya jer dengan kes liwat DSAI ni...tapi bila muncul jer perogol budak sekolah ni dalam fitnah terbaru ni terus hilang kepercayaan aku dengan kes yang sebelum ini. Memang sah dan garenti segala drama sebelum ini adalah fitnah jahat semata-mata. Mungkin si Tamby ni jugaklah dalang di belakang semua fitnah ini. Aku heran betapa dengan muka tak malunya dia mempersoalkan akhlak orang lain sedangkan akhlak sendiri sudah sah terkeji. Konon bangga sangat bila mahkamah mengesahkan dia tidak bersalah tetapi di mahkamah Allah nanti adakah dia boleh lepas. Anak luar nikah dia tu sebijik muka dia. Masih lagi dan berlagu-lagu cuba melalaikan orang ramai dengan kes dia yang keji tu. Apa dia ingat orang dah lupa ker dengan cerita keji dia tuh!! Tui! Nak muntah aku tengok muka dia.

Tanpa Nama berkata...

diorang patut upah miyabi.

Tanpa Nama berkata...

Ini mesti kes nak alih pandangan pengundi di Sarawak dari isu kekayaan ketua menteri Sarawak.

Ini kes nak tipu rakyat Sarawak.

Isu DSAI ni menunjukkan BN tak yakin nak masuk Pilihan raya

Kah Kah Kah

Amuraria berkata...

SATU DARI KONSPIRASI PARTI SEKUTU APCO ARUS JAHILIAH, AKAN ADA LAGI DAN LAGI DAN LAGI ...
APA MAU DEPA JAWAB DI MAHSYAR ?

suara azan berkata...

Hairan bin ajaib perancangan yang rapi masih tidak dapat meyakinkan orang ramai. Macam macam cara digunakan bagi mencorakkan pemikiran rakyat menjelang pilihanraya. Takut sangatkah gerombolan menghadapi pilihanraya ? Dua pilihanraya kecil yang baru habis BN menang dengan cemerlang jadi apa masalahnya. Masih takut lagi menghadapi Pilihanraya Umum kah ? Apa pun muslihat dan taktik yang digunakan bagi menjatuhkan seseorang namun Allah senatiasa memerhatikan segala tindak tanduk kamu. Taubat lah selagi masih boleh...

Tanpa Nama berkata...

Dato' T (The three stooges) tak boleh kencing semua rakyat m'sia dengan lawak bodoh mereka. Dah tak laku. Orang sekarang bukan lagi macam zaman batu sampai tak boleh bezakan fakta atau auta. Saya berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua.

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha..

Woiiiii..mana boleh upload kat Youtube..kena masuk Porntube..laaa..

Ape yang kamu merapek ni anak Tambi..aku pun kesian kat orang Melaka..masih lagi dok puji dan sokong anak Tambi ni..iskkkk takde orang lain lagi yang molek dalam UMNO nih???

Tanpa Nama berkata...

RTC suruh anwar letak jawatan kerana masalah moral katanya...kalau macam ni dewan parlimen malaysia akan lengang,menteri kabinet mungkin tinggal suku sahaja kerana semua kena letak jawatan..silap silap PM pun kena letak jawatan..pengerusi RISDA pun kena lantik yg baru..

Stupid University berkata...

Adakah ini diceduk dari "Kehidupan seorang Tambi yang terlampau?" Kah! Kah! Kah! kah! kah!

Tanpa Nama berkata...

"Kalaulah Tiang Lampu pakai skirt mungkin"

1. Aku tumbangkanya dikatil bik mama!
2. Banyak tiang yang dapat dirogol!
3. Projek pasang tiang lampu mugkin aku yang punya !

Kah kah kah kah kah !

parameswara berkata...

Tuan TT dan sahabat disini.

suka sangat lah gerombolan ini buat cerita dongeng.
Kalau nanti kami samakan Video Ron Jeremy dengan Najib Razak bagaimana? Paras rupa dan perut buncit lebih kurang sama dengan Tan Seri Ron Jeremy juga kan.

kah, kah, kah

Tanpa Nama berkata...

Dah le bang...
tutup aje ler bab mat boroi kantoi nih
makin diulang, makin lupa pulak kita ada pilihanraya penting kat sarawak

apa kata kita ramai-ramaikan pilihanraya kat sarawak pulak
dah tiga empat hari kita dilekakan oleh mat boroi nih
kita sibuk pasal mat boroi, mat berooke bertepuk tangan kat sarawak

dah ler...
meh kita berarak ke sarawak pulak
pemuda pemudi Penan tengah tunggu kita kat sana
jom ler...
meh kita ke sana....

Datuk Ta berkata...

Itu chukong Soilek sudah ada pencabar maa untuk anugerah Ron Jeremy Negara ( sapa tak tau siapa Ron Jeremy sila tanya pakcik Gugel)....kah kah kah...

sini sudah mali pencabar lu...latuk T ....T = Thailand...ini siam punya mau lawan sama cina punya....kah kah kah...

nama penuh latuk T:
Shazril ==> umur 51 tahun mana mungkin dia punya bapak kasi nama mcm ini...ini nama budak muda maa..
Eskay == ini singkatan utk SK..nama siam dia Songkran Kriengkrai ...kah kah kah..

Abdullah == ini mau kasi tau dia sudah potong masuk jawi..kah kah kah....

Tanpa Nama berkata...

Datuk Ta, lu punya explanation nama latuk T tu terbaikk.. kah kah kah...

aku tengok anak tambi punya press conference. tak blh tengok sampai habis rasa nak termuntah. wekkkkk

Tanpa Nama berkata...

sekelip mata been letupkan isu. sarawak apa cerite....menjadi juga been

Tanpa Nama berkata...

apa punya cete ni ..macam dah tak ader modal industri filem malaysia ni....siapa pengarahnya tu?...ermm...dia lah...ini mesti hassan mutalib ler ni....eerrmmm...kita jangan salah pengarah nyer jer....salahkan penulis skrip...sapa penulis skrip nye tuuu....hassan mutalib....huhhhhh

Tanpa Nama berkata...

sejak mahadet merentah sampai la ni beratus bilion duit negara dihanguskan oleh puak2 yang suka buat cerita sex supaya kita rakyat bawahan lupa kes duit hangus tu dan asyik becakap kes sex ni maka puak yang dok merentah negara la ni yang suka buat cerita sex akan menarik nafas lega sebab rakyat dapat diperbudohkan.

Tanpa Nama berkata...

mana mamak mahathir berada saat itu dan saat ini? tangkap ular tu! selagi mamak tu hidup,selagi itulah msia arah haru biru

Tanpa Nama berkata...

rahim thamby chik tak jahat,
mana dia ada buat semua tu
thamby kecik dia yang buat...

Tanpa Nama berkata...

3:36 PM..klw upah miyabi jgnkn rupa AI, rupa NR,MY,RCT..silap2 MM dgn AAB pun ada...kahkahkah..lain kali kita tgk video Datuk TT aje!!..gerenti asli pya

Tanpa Nama berkata...

Tolong lah tolongggggg, Mr. PM jangan biarkan kerja bodoh ni lagi, malu kat anak anak muda, hari hari baca pasal cerita kotor dan bodoh ni lagi, wahai pemimpin, PM, menteri dan pembodek pembodek PERKASA cukup lah jangan rosak kan minda anank anak muda malaysia ni.
Tolongggg cukupppppp wahai pembodek

Tanpa Nama berkata...

teruk sgt la dunia skg ni...pe nk bt ni..busuk punye kaki..xpaham

SL Chan berkata...

T ertinya tolol dan bangang. Dah kantoi..The Three Stooges...Tambi,Pukidah dan anwar "tiruan" ...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

lambang kita yang rebah
dipandang keji dan HAPRAK.
keparat...

kalbunUMNO berkata...

Pokok padi berdaun lalang,
Duku langsat berbunga didahan,
Harta rakyat dirembat gerombolang,
Politik jubur pula jadi taruhan.

Tanpa Nama berkata...

Bro TT

Siapa sebenarnya Datuk T ni? Kalau tak silap saya sosok yg bernama sama dgn nya pernah jadi tukang urut ( istilah moden "fisiotrafi") pasukan Dream Team bola keranjang olimpik USA ke Olimpik Barcelona 1992. Kalau betul lah tekaan ini, dia dah jadi tukang urut badan mat saleh dan negro Amerika, tak heran lah apa yg dia buat sekarang ni. Dia pernah tulis buku panduan urutan untuk ahli sukan dan yg terakhir pernah menjadi prosper francais jualan pakai pick up. TT tolong betulkan kalau salah

kalbunUMNO berkata...

Gerombolang tak mengaku jadi kilang video lucah?, pelik .....

Goreng berkicap pucuk paku,
Masak nasi rebus jagung,
Berak dijalan tiada yang mengaku,
cuci taik terlekat dipunggung.

Tanpa Nama berkata...

mai kita skodeng porntube
aku agak ada kot video datuk2 t yang ori

Mr. Rainbow berkata...

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/guest-columnists/39052-sex-video-technical-insights-a-rationale

artikel yg saya cut n paste dari malaysia-today ini mmg ada kebenaranya...kalau tak percaya sila semak facebook DSAI pada tarikh dan masanya kununya berlaku kejadian tersebut.. kerana saya sendiri pun ada menyemaknya juga..so 3 trio's x perlu nak berdolak dalik lg...yg benar tetap benar.....

kdg2 manusia lupa pd kuasa ALLAH SWT... renung2lah... sesungguhnya ALLAH SWT maha mengetahui apa yang berlaku..

Tanpa Nama berkata...

Puak Puak PKR bermain politik mesti ada hubungan kait saudara mara , kawan rapat,kawan bodek, kawan ampu mengampu,penyokong bodoh sombong.. itulah kempinan dalam PKR yang ada sekarang, nak kaya cepat keluar/ lompat parti masuk UMNOAPCOYAHUDI dapat bayaran berjutaRM dan tipu pengundi.. Adakah pemimpin PKR bertanggung jawab terhadap perilaku ahli PKR yang curang itu, kalau puak puak yang memakai baju PKR dan dalam diri masih menjiwai UMNoAPCOYAHUDI keluar lah parti saegera jangan menyusahkan PAKATAN RAKYAT.
UMNOAPCOYAHUDI dan PKR sama tarafnya i help you you help me..

Tanpa Nama berkata...

Menyampak betul tengok muka Thambi Chik ni, cakap pun tak betul, macam dah nak mampus...tak malu, dulu kan merogol budak sekolah, tapi orang lain pula kena penjara,,, poiiiiii

Tanpa Nama berkata...

Pak Long TT

Blh tak cerita latar belakang SEA (Datuk T)? Kita semua nak tahu latar belakang sejarah hidup dia ni. Nama pun tak sama dgn orang Melayu lain! Puas tanya Lebai Google tapi jumpa juga jawapan!

Tanpa Nama berkata...

Korang jangan cakap banyaklah, ini semua aku rasa berlaku pasal Be-End nak hadapi Pilihanraya Negeri Sarawak...

Modus operandinya adalah...samada betul atau tidak pelakon porno itu Anwar itu soal kedua, yang pertama imej atau reputasi Anwar perlu dipastikan terlebih dahulu musnah dan buruk sepanjang berlangsungnya PRN Sarawak nanti...

kerana isu ini tidak boleh lenyap hanya dalam masa 1 atau 2 minggu...ia akan mewarnai PRN Sarawak...

Sesudah Be-End menang besar dan bergaya pada PRN Sarawak, tiba-tiba diumum dan disahkan bahawa pelakon porno itu bukanlah Anwar tapi Mr. Beans...

Apa yg dapat saudara fikirkan saat itu? itulah namanya permainan 'character assasint'...

Bro Hisham, harap saudara dpt kupaskan dgn panjang lebar mengenai permainan tersebut sebab ramai lagi yg masih tak faham...

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, aku berdoa kepadaMu agar lindungilah aku dan keluarga ku dari segala bencana,namun aku berserah kepadaMu jika di takdirkan bumi malaysia ini di laknatiMu,ampunkan lah dosa2 ku , kedua ibu bapaku, suami ku,anak2 ku,seluruh keluargaku dan juga mereka yang beriman kepadaMu, kau laknatilah mereka yang menyeleweng kuasa yg telah diamanahkan dan membelakangkan suruhanMU...AMIN YA RABBA AL AMIN...

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua pimpinan PR,

Ayuh! kita alihkan semula tumpuan kita kepada Pilihanraya Negeri Sarawak 100%, cerita seks ini berjaya sedikit sebanyak melalaikan tumpuan rakyat dan penyokong pakatan rakyat terhadap PRN Sarawak yang akan berlangsung tak lama lagi...sedarkah anda?

Datuk U berkata...

Datuk T lawan Datuk TT hehehe

jai berkata...

Kah kah kah...

Siot lu moggy.

Sampai hati lu samakan nazib rajak dengan Ron Jeremy???

Kah kah kah...

jai berkata...

Kah kah kah...

Siot lu moggy.

Sampai hati lu samakan nazib rajak dengan Ron Jeremy???

Kah kah kah...

DIN PALAT ARAU berkata...

WOIT...MANA PI BLOGGER UPAHAN UMNO???SENGAP NO..

alburn berkata...

Punyalah bingai punya produser,skrip dengan jalan cerita hancus...
Kantoi Mantol..The 3T konon nak jadi moralist...dia ingat semua melayu mudah lupa.

Unknown berkata...

bro, cuba jengah ke blog The Flying Kick, nama lu disebut sebagai bangang dalam posting kutuk che gu bard.
kalau perlu, aku kenal siapa pemilik blog itu.

Tanpa Nama berkata...

APA PUNYE FILEM ARAHAN RAHIM THAMBY SEX INI. NI MESTI MODAL CIPUT. NAK BUAT FILEM TIRU LE FILEM DATUK TAJIB SAMPAI GUNA C4 BARU ADA CLASS. HUAHUAHUA

jebatderhaka78 berkata...

abg hisham..asaya amat tertarik dgn poster2 yg ada dalam blog abg sham..kreatif sungguh..saya ingin mencadangkan agar perluaskan pengunaan poster2 tu...camne klu kita print then kita tampal seluruh kl..sukarelawan ramai...

shahmetal berkata...

Shazryl Eskay jauh lagi gelap dari DSAI la dude.

Bukan ke che'GuBard dakwa lelaki dalam video tu lebih putih dari DSAI ke?