Selasa, 12 April 2011
KITA MAHU TAIB TERUS BERKUASA
DAYAK BANGUN BERONTAK
TAIB: SAYA AKAN BERUNDUR DALAM BEBERAPA TAHUN - mkini
Ketua Menteri, Taib Mahmud sekali mengelak soalan mengenai bila beliau akan berundur selepas 30 tahun menerajui kepimpinan Sarawak.
Dalam ucapan ringkasnya di Padang Merdeka, Kuching, Taib berharap agar generasi muda akan menyokong penggantinya nanti.
"Masa anda akan tiba. Bila saya berhenti nanti, saya ingin menyerahkan kepada generasi awaklah yang akan menyokong pemimpin (baru) yang akan terus memajukan Sarawak," katanya.
Ucapan itu disampai di depan Najib Razak, yang semalam berjanji bahawa Taib akan berundur, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa Putrajaya cuba menyegerakan satu rancangan peralihan kepimpinan di Sarawak.
Tetapi pembangkang - yang menjadi Taib musuh nombor satu - dalam kempennya, mendakwa Najib tidak mampu untuk membuat Taib berundur dan mendakwa Taib mahu terus memegang kuasa.
NOTA:
suasana amat baik
kita wajib menyokong agar taib
akan terus berkuasa di sarawak
kita memerlukan taib untuk satu
penggal lagi - taib akan dijadikan
umpan untuk menaikkan kebencian
warga sarawak terhadap gerombolan
NOTA:
apabila najib mahu taib pergi
ertinya taib yang tidak pergi adalah
baik untuk kita - najib mahu selamatkan
gerombolan - kita mahu dayak bangun
melawan - suasana belum cukup ranum
kita perlukan taib untuk terus berkuasa
NOTA :
dayak sedang berontak tapi belum cukup lagi
banyaqk kawasan pendalaman masih ada dayak
yang boleh dibeli
NOTA:
kumpulkan pengalaman
tanya kenapa mat mongol mahu taib undur
ini samalah macam madey berundur
kalau madey tidak berundur pada pilihanraya 2004
telah lupus majoriti dua par tiga
pada tahun 2008 kita ke putrajaya
tetapi madey sedar lalu undur diri - hasilnya dolah
yg membawa undi terbanyak - satu sejarah -
untuk gerembnolan!
ini pelajaran untuk kita semua
NOTA:
jika taib pergi kemarahan warga sarawak
akan berkurang - rakyat sarawak akan merasa
ada perubahan - dan kita wajib menunggu 30 tahun lagi
sebelum satu lagi ombak dayak untuk berontak!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
dayak dah bangkit...masa pon dah masak utk senoi di semenanjung
betu ke ni...
bangsa dayak bangsa kemegahan sarawak.. walaupun aku melayu, tetapi bila aku di semenanjung dulu, ramai rakan2 panggil aku dayak jugak.. mungkin rupa aku memang rupa dayak terutama sebelah emak aku memang berdarah sarawak tulen..
orang2 dayak dan sarawak, inilah masanya giliran kita memerintah sendiri negeri kita.. bukan membiarkan BN terus membodohkan kita walaupun sepenggal lagi..
Catat Ulasan