Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 30 Mei 2011

KITA BERSYUKUR



BERJUDILAH DI TEMPAT YANG HALAL



nota:
alhamdulilah
kita bersyukur
dapat berjudi
di tempat yang halal
kah kah kah




POLIS LUMPUH KEGIATAN JUDI NOMBOR EKOR HARAM DI KULUANG DAN BATU PAHAT – tiewnama

Polis percaya dapat melumpuhkan kegiatan perjudian nombor ekor haram yang membabitkan wang pertaruhan sejumlah RM504,000 sebulan dengan tertangkapnya 17 lelaki dan lima wanita di 21 premis di sekitar bandar ini dan Batu Pahat, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Amer Awal berkata, serbuan di 14 premis di sekitar bandar ini dan tujuh premis di sekitar Batu Pahat itu dilakukan pada jam 3 petang sehingga jam 8 malam, hasil maklumat orang awam dan risikan polis.

"Dalam serbuan itu, seramai 11 lelaki dan empat wanita ditahan di Kluang manakala enam lelaki dan seorang wanita ditahan di Batu Pahat. Seorang daripada lelaki yang ditahan di Kluang itu, merupakan pembeli nombor ekor," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, malam tadi.

Amer berkata, hasil siasatan awal, polis mendapati jumlah pertaruhan di kesemua premis berkenaan menjangkau RM6,000 seminggu dan kegiatan itu dipercayai sudah bermula sejak enam bulan lalu.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai lebih RM4,000, 22 mesin pencetak, 25 telefon bimbit dan 189 kertas yang dicatat angka pertaruhan.

Katanya, kesemua rakyat tempatan berumur 20 hingga 40an itu kini direman dan akan disiasat mengikut Seksyen 4(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala lelaki yang membeli nombor ekor haram itu akan disiasat mengikut Seksyen 9(1) akta yang sama.

"Serbuan terhadap kegiatan ini akan dijalankan berterusan memandangkan mereka yang terbabit kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain bagi mengelirukan pihak berkuasa," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…PELIK… HAIRAN… TAKJUB…. kah kah kah..

kah kah kah…TAK SANGKA DI MALAYSIA INI ADA DUA JENIS JUDI….. kah kah kah..

kah kah kah… SATU JUDI HARAM…. kah kah kah…

kah kah kah….KEDAI KENA SITA… TOWKAY KENA TANGKAP….. kah kah kah..

kah kah kah…SATU LAGI KEDAI JUDI LEBAI VICENT TAN… INI JUDI HALAL…. kah kah kah…

woit… PASAL APA TAK TUTUP KEDAI LEBAI VINCENT… kah kah kah..

kah kah kah…BILA DAPAT SIJIL HAHAL?..... kah kah kah

nota:
kalau nak buka kedai judi
dan nak dapat logo halal
sila berurus dengan gerombolan
terutama sekarang ini
masa ini duit amat amat
diperlukan untuk pru13
kah kah kah



9 ulasan:

V for gunpowder berkata...

lama dah dapat sijil halal....dokter ma-shit-ah kluarkan fatwa kata judi dan pelacuran tu halal.....kah..kah..kah...

LOBAI VINCENT TAN ABDULLAH berkata...

alhamdulillah,semoga bersih dan sucilah malaysia dari gejala bentuk judi haram... jika tidak, akan menjejaskan pendapatan negara.

jadi disini saya menyeru seluruh rakyat malaysia, agar bersama-sama pihak berkuasa mengembeleng tenaga menghapuskan judi haram.

yang benar
tuan hj vincent

Tanpa Nama berkata...

Ini tauke tak pandai la...nak kaya sorang aje...hulur-hulurlah sikit kat geng...apalah lu...kan dah kena...
Kalau nak dapat sijil Halal yang Mutlak...jangan panggil JUDI...tetapi dinamakan...PERADUAN TEKA MENEKA...kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Zaman Madey....Tipu 1Melayu.

Zaman Pak Lah....Tipu 1Islam Hadhri.

Zaman Najib....Tipu 1Malaysia.

...kahkahkah...lagi terror najib...

Tanpa Nama berkata...

peraduan gores la bro...setiap tahun dok tangkap sama jer ni mesti ada dlm fail meja atau skt serbu judi tak halal 20 x setahun

Lang berkata...

bisnes lebai vince tu mana lak haram... ianya bukan bentuk perjudian... cuba tengok betul2... sports toto... ianya bentul sukan... mereka berlumba2 siapa cepat sampai ke kauter sports toto... pan sweeps... pon mana ada perkataan judi... kan tu maksudnya sapu sampai habis... menyapu adalah kerja yg baik... memastikan ianya bersih

da ma chai... tu kan teka nombor... lebih kurang sama dengan cabutan bertuah... cabutan bertuah tu tak pernah pon org rasa salah atau haram... ok jek...

Magnum 4d... ada ke perkataan gambling?... tak de kan, magnum ni mcm ala2 senjata api jek... belaja menembak tepat dengan 4 butir peluru...

yang kena tangkap tu memang judi... sbb pulis kata dia dah tumpaskan sindiket judi haram... haaa.. tu confirm judi... haramlah..

lebai2... cian ko sbb ramai org fitnah... ko tak nak sumpah laknat ke?

Tanpa Nama berkata...

Kadang aku fikir depa serbu judi maksidat berkali2 nak menunjukan orang buat kerja la..

padahal kalau diselidiki yang diserbu tu premis yang sama berkali2..

So kenapa? tauke yang sama boleh beroperasi mungkin sebab tak bayar sijil kot hehehe.. :) atau nak kutip yuran berkala.. serbu bayar lepas.. operasi lagik.. :) sambil tu agensi akan dipuji sebab

atau juga nak suruh orang pi ke tempat yang berlesen huhu.. ntah la.. ada haram ada halal padahal semuanya haram :)

Tanpa Nama berkata...

bacalah betul2 beb.......

Polis percaya dapat melumpuhkan kegiatan perjudian nombor ekor haram yang membabitkan wang pertaruhan sejumlah RM504,000 sebulan dengan tertangkapnya 17 lelaki dan lima wanita di 21 premis

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai lebih RM4,000, 22 mesin pencetak, 25 telefon bimbit dan 189 kertas yang dicatat angka pertaruhan.

"Serbuan terhadap kegiatan ini akan dijalankan berterusan memandangkan mereka yang terbabit kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain bagi mengelirukan pihak berkuasa"


simple mathematics for all of us who do NOT want someone's stupid idea labelled PPSMI:

kena tangkap = 17 lelaki + 5 wanita = 22 org
operator premis kena tangkap = 22 org - 1 org pembeli nombor = 21 org

telefon bimbit dirampas = 25
>> munasabah, 25 telefon bimbit dari 22 org termasuk pembeli nombor; ada operator yg dilengkapi dgn lebih dari 1 telefon

mesin pencetak dirampas = 22
>> munasabah, 21 org operator; setiap 1 operator dilengkapi 1 mesin

wang tunai dirampas = 4,000
>> munasarawak!
ada 21 premis;
4,000 / 21 = lbhkrg 200 rgt shj??!!
1 premis rembat 200rgt je sehari;
apa yg pernah aku diberitau, ramai yg beli nombor sampai 10-20rgt sehari; kalau 200 maknanya 10-20 org je main nombor setiap premis??
selalu nampak panjang je queue, banyak je motor & kereta luar kedai nombor?!
lagipun, 200 sehari x 21 premis x 30 hari sebulan = 120ribu je sebulan
kalau kita gandakan 3 pun baru 360ribu sebulan
tapi dia "bilang" (lawak sengaja) lebih 500ribu sebulan??!

soalannya ialah:
kenapa 4ribu shj??
atau mana riban2 yg lain lagi????

-average joe-
klakka-la.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Kalau judi tak halal kenapa ramai sangat pengarah Melayu???? YG menjaga syarikat2 judi di Malaysia.Dalam magnum ada 3 dalam sports toto ada 2 dalam genting ada 4 oioioi ramai tu.Jadi jangan pandai pandai buat lawak kata judi tu haram nanti kena saman baru padan muka.