Isnin, 27 Jun 2011

SHAER DAN SAJAK UNTUK BERSIH




SEDERAP KITA BERSAMA KE DEPAN



BERSIH 2.0 : SASTERWAN NEGARA SAMAD SAID JUGA DIPANGGIL POLIS
: minsider

Sasterawan Negara A Samad Said turut dipanggil polis untuk diambil percakapan berhubung Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

The Malaysian Insiderdifahamkan polis mahu bertemu dengan beliau berhubung ucapannya pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 19 Jun lalu.
Pada majlis tersebut beliau antara lain menyampaikan ucapan dan puisi berjudul “Unggun Bersih”.


UNGGUN BERSIH – A.SAMAD SAID

Semakin lara kita didera bara —
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita — demokrasi luka;
lama duka kita — demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu. — samadsaid.wordpress.com



LASKAR KUNING ITU KEMBALI LAGI
– adam adli
Laskar kuning itu kembali lagi,
Menyelesaikan apa yang tak sudah;
Menumbangkan yang zalim, mengembalikan yang adil.

Laskar kuning itu kembali lagi,
Membawa tekad suara sejagat,
Mengembalikan yang hak, memulangkan yang hakiki.

Laskar kuning itu kembali lagi,
Tua muda tiada beza,
Hitam dan putih pun bukan temboknya.

Turun! Turun! Turun!
Hapus! Hapus! Hapus!
Undur! Undur! Undur!
Bersih! Bersih! Bersih!

Teriak ini bukan teriak sang gila,
Teriak ini tangisan berjuta rakyat mulia.

Teriak ini bukan teriak sang gila,
Teriak ini teriak anak muda pejuang bangsa.

Balik! Balik! Balik!
Blah! Blah! Blah!
Henti! Henti! Henti!
Kotor! Kotor! Kotor!

Rengek ini bukan dari hati,
Rengek dari wang dan habuan.

Rengek ini bukan dari akal,
Rengek ini dari mata yang buta; telinga yang pekak.

Esok, andai dunia masih yang sama,
Esok, andai dusta masih yang tula,

Laskar kuning itu pasti kembali lagi!


TUA MUDA SAMA BELAKA




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Puisi pak samad sangat hebat. Terharu membacanya.

Tanpa Nama berkata...

buat sajak pon kena pangil pilis :D
bahaya betul demam kuning ni

Apa nak ditakutkan SPR counter back la cakap sia-sia je demo semua tuntutan dah diselesaikan.. one by one.. takyah koner sana kone sini..

Pro sikit..

Beruk Ketawa berkata...

Ini sajak aku untuk BERSIH...kah kah kah

Betapa perjuangan BERSIH itu
Umpama ledakan badai gelombang tsunami.
Betapa perjalanan suci mengisinya
Bak setenang air tasik Pedu.
Kita pembawa obor perjuangan BERSIH

Nyalakan apinya seterang mungkin
Bagi menyuluh haluan perjalanan
Demi generasi yang mendatang.
Hari ini jalan ini semakin berliku
Namun, dokonglah amanah ini, demi
Menjana Agenda BERSIH.

Kerana,
Jika tidak kita, siapa?
Jika tidak kini, bila?
Jika tidak di sini, di mana?

Ayuh, pembawa obor BERSIH
Junjung niat mu!
Teguhkan tujuan mu!
Julang negara mu!
Bersama gagasan membina insan
Bersungguh kita menempa sejarah
Bersandar warisan, menuju wawasan
CEMERLANG BERSIH, GEMILANG MAT SABU...kah kah kah..kah kah

Tanpa Nama berkata...

kau punya mana sham? takkan tak buat puisi .

takkan tak buat puisi...

Chee Kuan Tai berkata...

Allaaa..bro...Polis tu bukan nak buat apa pun...Cuma ajak sembang-sembang je ...boring duduk balai je...