Ahad, 18 September 2011

KELENTONG MAT BISUL DAN AUTA GOBALA










NOTA:

ingat tak macam mana mat bisul
pejuang islam dan penjihat melayu
membuat onar

ingat tak macam mana gobalakrishnan
buat auta

mereka ke hulu ke hilir
bikin kacau
membuat kenyataan itu dan ini
selalu bercanggah dengan parti

apa tujuan mereka?

mereka sengaja nak jadi
duri dalam batang
mereka sengaja nak jadi
busut tengah rumah
mereka sengaja nak jadi


mereka ingin ditendang keluar parti
bila ditendang keluar
dalam congak mereka - mereka
akan dilihat sebagai wira
dilihat sebagai pejuang
naiklah saham mereka
untung untung dapat cium
bra bik mama
kah kah kah

NOTA:
hasan ali bukan gobala
tapi auta pun auta juga
tunggu untuk kena buang






SURAT DARI PEMBACA

kan dah tak pasal2 nampak kebodohan jelas dan nyata semua yg dok kutuk hasan ali...tapi mesti gerenti terus diorang lupa segala kutukan, dan jilat balik ludah masing2 puji hasan ali melangit --- Hasan Ali nafi spekulasi masuk Umno Abdul Rahim Sabri Sep 17, 11 5:30pm Kongsi 223 Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan dakwaan dalam blog bahawa beliau akan keluar PAS dan menyertai Umno. Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, menyifatkan dakwaan tersebut, bersifat "spekulasi".

"Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS. "Kedua, bukan sahaja kerana kepimpinan Ulama, (tapi PAS) nak menegakkan negara Islam yang berpaksikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini. Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas, menafikan akan menyertai Umno. Katanya lagi, sehingga semalam beliau mendapat tidak kurang 15 panggilkan telefon dan 25 SMS bertanyakan berhubung perkara tersebut. Hasan turut menafikan dakwaan bahawa berjumpa dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbuat demikian.

"Tidak ada perjumpaan. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa. "Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan lain, Hassan putu mayung ka...(Tapi) bukan Hasan Ali," katanya berseloroh. Hasan yang juga ADUN Gombak Setia menolak dakwaan dalam media dan blog bahawa sebelum ini pernah menganggotai atau berkecimpung dengan Umno. "Saya tidak pernah sebarang masa, sebarang ketika berkecimpung dalam Umno dan tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno.



"Semoga penjelasan ini, dapat diberitahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya, saya rasa dapat meredakan spekulasi-spekulasi yang sedemikian. "Saya tidak berkata spekulasi ini berniat jahat, saya tidak kata spekulasi ini mahu menimbulkan ketegangan mana-mana pihak, tetapi saya rasa, redakanlah. "Kalau kamu tidak dapat daripada 'horse mouth' (dari mulut saya tentang perkara itu), janganlah mereka mewakili kuda-kuda itu untuk bercakap," katanya. Ditanya mengapa desas-desus untuk menyertai Umno selalu dikaitkan dengannya, Hasan berkata macam-macam orang boleh mendakwa sedemikian terhadapnya. "Saya public figure, macam-macam orang dakwa...Ia kena keluar dari mulut saya. Selagi tidak keluar dari mulut saya, kenapa perlu diwakil-wakilkan," katanya. http://www.malaysiakini.com/news/176112
By Lady J on TUKAR TIUB PEMECAH BERITA on 9/18/11

Alangkah baiknya kalau aku dilantik sebagai Pengerusi Syabas daripada menjadi AJK PAS...... Dah tentu setahun RM5 juta dalam tangan, tak payahlah teruk-teruk aku buat Summer Camp untuk menambah uban di kepala aku aje....

Kesian ahli-ahli PAS yang ikhlas berjuang untuk parti mereka yang tercinta, akhirnya kena tipu dek pemimpin munafik yang memperdagangkan agama bagi mengenyangkan tembolok mereka sahaja. Pakat-pakatlah buat sembahyang hajat supaya manusia begini diberikan peringatan dari Allah, kerana bukan sahaja manusia yang jijik dengan mereka malah tuhan pun murka.

Jangan biar darah pembelot Asri dan Nakhaie mencemarkan kesucian perjuangan anda semua, jangan biarkan pisang berbuah dua kali atau dipatuk ular di dalam lubang yang sama di dalam parti anda.
By Monkey Shooter on HANYA SPEKUALASI - TAPI BELUM BASI on 9/18/11

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa hasan ali x ckp tu smua FITNAH? setau aku yg ngaji x tinggi ni, FITNAH dan SPEKULASI ni jauh bedanya. SPEKULASI ni mcm satu tekaan @ andaian ..ntah ya atau tidak tp kalu FITNAH dah sah2 tak betul!

Tanpa Nama berkata...

AQIDAH DIGELINCIRKAN OLEH ABASSIYAH Faith derailed by nationalism. PROPAGANDA PENGANUTNYA MENGUKUHKAN PEMESONGAN. propaganda who champion it strengthens its deviation. INI BERLAKU PD LAIN-LIAN IDEOLOGI DAN AGAMA. this happened to other ideology and religion. DALAM ISLAM INILAH YG BERLAKU SEKARANG DIAJAR PENJAJAH. in islam this what happened today being expounded by the colonial master.
so look at omnoo, moslems lauding nationalism practising kuffar's constitution. ITU PUN TAK NAMPAK KE?
don't ask what is the faith of malaysian but ask what is the faith of the malay-moslem.
if the answer is Islam let Allah answer them in 2:7-20.
ps. tt, yg bawah tu tak molek di BM-kan. lu faham la sendiri. gue ingat aetheist lebih pandai dari hassan and gerombolan dlm hal ini who mixed spiritual values with hedonistic pleasures. we understand as rational bureaucrat he couldn't believe in PAS to lead the torch of development but tha doesn't he has to jump ship. tapi, duitologi punya pasal apa pun bisa dong!bisul pun bisul la janji boleh bayar hutang kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Tak kan dah lupa cara baca berita kat malaysia ni?

KASIHCIKGU berkata...

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan Timbalan Presiden PAS dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," kata Nik Aziz selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu pada 17 Jun 2009

Tanpa Nama berkata...

http://shw.minaq-jinggo.fotopages.com/22211649.html

http://www.youtube.com/watch?v=ThxT9b3j0yg

http://www.youtube.com/watch?v=eo748eT5Udc

http://www.youtube.com/watch?v=pf5RuAq_IZs

http://www.youtube.com/watch?v=zWYkI1uNmxE&feature=player_embedded

Mata-Mata Gelap berkata...

Tolong tanya dia Rozali Ismail tu sapa dgn dia? Apa depa bedua dh buat kt Siasah. Habis Sayuti kena belit, sudahnya Siasah nk jadi tabloid pulak. Hahaha!

Tanpa Nama berkata...

aku yakin dgn nasa kerana dia mmg asal pas. cakap2 dia nak jd menteri hanyalah ckp2 org pkr. nasa dah kaya. mmg kaya. buat apa dia nak masuk umno. org masuk umno sbb nak kaya jer..
yg haprak mcm yb katak perak je nak lompat. isu ni org pkr main nak rosakan imej pas. pkr je bela biawak hidup dlm pakatan.
nasa naik kerana dinaikan oleh ust fadhil. ust fadhil org yg byk ilmu dan bijak buat kptsn. jika nasa dan hasan ali masuk umno. nak pandang hujung mata ahli pas pun dia tak kan berani