Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 11 September 2011

KENYATAAN RESMI PARTI KEADILAN RAKYAT




CUKAI PERKHIDMATAN 6%: PERDANA MENTERI PERLU BERTANGGUNGJAWAB


Kenyataan Najib Razak yang menyalahkan syarikat
telekomunikasi atas kenaikan harga akibat cukai perkhidmatan 6%
tidaklah mengejutkan. Kebelakangan ini, tindakan beliau yang suka
menuding jari kepada orang lain apabila keputusannya sendiri tidak
disukai rakyat sudah menjadi tabiat.

Adalah tidak patut dan memalukan apabila seorang Perdana Menteri
menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos prabayar
yang ditanggung rakyat, sedangkan beliau sendiri dengan gahnya
mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan dalam pembentangan belanjawan
2011 di Dewan Rakyat tahun lepas.

Rakyat harus sedar bahawa cukai perkhidmatan 6% ke atas perkhidmatan
telekomunikasi termasuk kad prabayar adalah cukai kerajaan. Cukai ini
adalah milik kerajaan sepenuhnya dan tidak ada satu sen pun yang masuk
poket mana-mana pihak lain, yang hanya bertanggungjawab mengutip cukai
ini bagi pihak kerajaan. Setiap tahun, dianggarkan kerajaan mengutip
sehingga RM750 juta daripada pembelian kad prabayar oleh rakyat
Malaysia.

Walaupun saya berpendapat keputusan syarikat telekomunikasi untuk
menaikkan kos kad prabayar untuk menampung kenaikan cukai perkhidmatan
adalah tidak berpatutan kerana keuntungan mereka yang begitu tinggi,
kita juga perlu adil dengan memahami bagaimana kos bagi segmen
prabayar meningkat apabila cukai perkhidmatan dinaikkan.

Namun, tabiat Perdana Menteri yang suka menuding jari dan tidak mahu
mengambil tanggungjawab perlu ditegur dengan keras oleh ahli-ahli
politik dan pimpinan golongan niagawan. Kerajaan tidak boleh berdolak
dalih dalam melaksanakan dasar percukaiannya. Jika ia telah meluluskan
undang-undang yang menetapkan semua perkhidmatan dikenakan cukai 6%
sebagai satu bentuk cukai penggunaan, ia tidak boleh secara diam-diam
berharap cukai itu ditanggung oleh syarikat, kerana cukai perkhidmatan
adalah satu bentuk cukai yang ditanggung oleh rakyat bagi tujuan
mengawal penggunaan.

Tabiat sebegini akan menghuru-harakan keadaan. Ia akan menyebabkan
pentadbiran percukaian dan ekonomi negara kucar-kacir kerana kaedah
percukaian yang berbeza sudah hilang maknanya; apabila Perdana sendiri
yang keliru di antara tujuan dan fungsi di antara cukai langsung (ke
atas keuntungan dan pendapatan) berbanding cukai tidak langsung (ke
atas penggunaan melalui cukai perkhidmatan dan barangan). Maka tidak
hairanlah Perdana Menteri sehingga sekarang tidak berjaya
mengembalikan keyakinan pasaran kepada dasar dan kepimpinannya.

Tabiat Dato’ Seri Najib Tun Razak juga berbahaya kerana ia memberi
gambaran syarikat berlainan akan mendapat layanan berbeza walaupun
undang-undangnya sama. Jika beliau mahu syarikat telekomunikasi
menanggung cukai perkhidmatan 6%, beliau juga perlu berlaku adil
kepada semua. Makanya, beliau wajar memberi arahan agar semua syarikat
lain dari pelbagai industri, termasuklah industri penyiaran (Astro)
hinggalah kepada industri makanan (KFC dan restoran mamak) juga perlu
menanggung cukai perkhidmatan itu.

Alang-alang beliau mahu menjadi jaguh rakyat, lebih baik beliau
menghapuskan saja cukai perkhidmatan kerana beliau tidak ada hak untuk
memberi arahan syarikat mana perlu menanggung cukai perkhidmatan.
Tindakan itu akan menyebabkan sudah tidak ada beza di antara cukai
perkhidmatan dan cukai pendapatan.

Hakikatnya, rakyat harus sedar bahawa tindakan Dato’ Seri Najib Tun
Razak menaikkan cukai perkhidmatan kepada 6% berkuatkuasa 1 Januari
2011 memainkan peranan dalam kenaikan kos; termasuk kos prabayar.

Jika beliau mahu menjadi seorang Perdana Menteri yang
bertanggungjawab, beliau sepatutnya mengumumkan pengecualian daripada
cukai perkhidmatan semua perkhidmatan harian yang ditanggung
sebahagian besar rakyat; termasuklah perkhidmatan siaran TV berbayar
(Astro), telekomunikasi dan restoran.

Itu lebih bertanggungjawab daripada terus menuding jari kepada orang
lain apabila keputusannya dibangkang rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
10 SEPTEMBER 2011


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

woi najib... tu la ko..Biol sgt..
byk makan nasik kangkang..!
yg kangkang ni pon xberapa nak kangkang..lomak banyak..lomak celah kangkang..
kahkahkahkah..
~ptrjya~

Tanpa Nama berkata...

malapetaka dr najis TAKUBIN!bila semua org nak sedar ni???tukar!tukar!tukar!

Tanpa Nama berkata...

akta 151 ( akta cukai perkhidmatan 1975), sapa punya kuasa.... Cilakak!
-fahbi-a kuasa.... Cilakak!
-fahbi-

Tanpa Nama berkata...

kahkahkahkah!

kunun2nya anak razak, sorang pm malaysia yg gah 1masa dulu!

kunun2nya penah jadi sorang mb yg termuda dlm malaysia 1masa dulu!

kunun2nya lebih hebat daripada pak lah yg dilabel tak reti apa sebab lembab & tak tahu apa2 sebab asyik tidor, lalu diasak untuk ditendang keluar dgn penuh kemaluan!

kunun2nya sangat hebat lalu mampu multitasking bukan sekadar sebagai pm, malah juga utk mengurus kewangan seluruh tanahair sebagai menteri kewangan!

aikkk???! menteri kewangan hatta seorang pm tak reti konsep percukaian??? dan tak tahu ada syarikat2 yg kenakan cukai???

deyyy, eeeneee suda lebey terok dareee pak lah lah!!!

eeeneee macam kalu, eeeneee pm yg asyik flipflop pun kena terima nasib serupa mcm pak lah lah:
tendang keluar dgn penuh kemaluan!!!

-average joe-
klakka-la.blogspot.com

zahrul berkata...

beza org bijak dgn org tak bijak bercakap...najib tu tau ke ekonomi....sebab tu hidup2 kena tipu dek bik mama.....harus bik mama ckp cincin zhulian yg di tempah khas ari tu...koi tak tahu la Malaysia ni...kapitalis dan bangang bersama yug hancur rakyat......

Tanpa Nama berkata...

Rakyat ditindas oleh pemimpin UMNO dengan menaikan bebagai cukai bertujuan menyeksa RAKYAT ,tekan RAKYAT sehingga memjadi bebanan kewangan semakin bertambah setiap hari,Syarikat GERGASI tidak takut dengan UMNO kerana Pemimpin UMNO mudah dibeli dan dirasuahkan,
Nasihat kepada seluruh RAKYAT MALAYSIA jangan UNDI UMNO DAN BARISAN NATIONAL (BN)kerana mereka (UMNO) BN adalah orang hipokrit penindas RAKYAT.