Rabu, 28 September 2011

MEMAHAMI TANDA DAN MAKNA



NOTA:

sila baca berita di bawah ini
hujan tidak ribut tidak
tetiba orang jahat ini buat kenyataan

untuk siapa kenyataan ini ?
apa makna kenyataan ini ?

kalau pembaca cekap memahami politik
para permbaca tidak akan dihudud oleh lee kuan yew


PERJUMPAAN DUA PERDANA MENTERI














TIDAK MUNGKIN SINGAPURA , MALAYSIA BERDCANTUM. PUJI USAHA NAJIB TINGAKAT HUBUNGAN LEE KUAN YEW


2011/09/23
SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, berkata tidak mungkin Singapura dan Malaysia akan bercantum pada masa depan.

Bagaimanapun, beliau memuji usaha Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak meningkatkan hubungan dua hala antara kedua buah negara berjiran.

Lee bercakap pada dialog Meja Bulat Sentosa yang diadakan di sebuah hotel di sini petang semalam. Dialog itu dihadiri 400 peserta dari seluruh dunia.

Beliau ditanya oleh seorang rakyat Malaysia jika beliau melihat kedua buah negara boleh menjalin penyatuan dalam soal politik atau ekonomi pada masa depan, memandangkan pertumbuhan Indonesia yang memberangsangkan, lapor sebuah saluran televisyen tempatan Channel NewsAsia.

Lee, yang juga bekas Menteri mentor Singapura berkata, langkah sedemikian tidak mungkin berlaku selepas melalui pengalaman percantuman yang gagal pada 1960-an.

Tetapi beliau memberikan pandangan yang positif berhubung hubungan dua hala dengan merujuk kepada usaha Najib.

Ini termasuk membangunkan wilayah Iskandar di selatan Johor, yang akan menjadi pelengkap kepada pertumbuhan ekonomi Singapura.
"Najib mengutarakan pandangan positif berhubung hubungan dua hala dan keinginan untuk membangunkan selatan Johor, wilayah Iskandar, menggunakan Singapura seakan Shenzhen. Ini bermakna satu set pelengkap tenaga akan dilepaskan, yang akan menyebabkan ia tidak menguntungkan mana-mana pihak jika merenggangkan hubungan," kata Lee.

"Anda mahu pelaburan kami, kami mahu melabur. Dengan melabur, kami tidak mahu timbul sebarang masalah dengan Malaysia dan Malaysia yang mahukan lebih banyak pelaburan tidak akan memberikan masalah kepada kami. Jadi ianya satu kemajuan yang positif," katanya. - BERNAMA



JEMPUTAN MALAM JUMAAT




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perkataan/terminologi terkini:
"sabuisme"

Ucapan kontroversi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung isu Mat Indera secara tidak langsung merancakkan perbahasan baru berhubung sejarah tanah air, kata Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.
Sambil menyifatkannya sebagai fenomena "Sabuisme", Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, ia selari dengan erus globalisasi dan tuntutan pelbagai pihak supaya versi lain dirakamkan bersama dalam penulisan sejarah.
"Saya baru-baru ini dalam satu forum dengan Mohamad Sabu, puluhan ribu orang hadir. Di Jabatan sejarah baru-baru ini ratusan hadir.
"Sebelum itu, kalau forum pukul 8, pukul 8.30 baru orang hadir," kata Dr Mohamad sambil disambut ketawa kira-kira 500 yang hadir dalam forum "Wajarkah sejarah ditulis semula" anjuran Sinar Harian di Shah Alam hari ini.


wahhh! "glokal" gitu abang mat kita kahkahkah

-average joe-
klakka-la.blogspot.com
INI GAYA ORANG SEDANG NAK PERANG KE?

Tanpa Nama berkata...

LGE : Itu johor tada selamat.
BN : celaka punya LGE, pengkhianat, derhaka.
Johorian : Kami selamat aman damai je.
Non johorian : tiap hari airspace kene ceroboh betul la xselamat.
BM : LKY, bg la i gmbr tu.
NR : Makin botak la aku.

EnChe Guevara berkata...

"Anda mahu pelaburan kami, kami mahu melabur. Dengan melabur, kami tidak mahu timbul sebarang masalah dengan Malaysia dan Malaysia yang mahukan lebih banyak pelaburan tidak akan memberikan masalah kepada kami. Jadi ianya satu kemajuan yang positif,"

Den ni x perlu nk jadi professor pon nak paham apo dio kato maksud perenggan terakhir tu. Ekau nengok la tu, baik punyo bijik buah najib kono pulas dongan org tuo Kuan Yue ni ha! hahahahahahhaaaaa!!
dalam kato lain makno ayat Kuan Yue ni mcmni ha :
"Ekau nak den cocok lobang ekau, den ado batang bole cocok ni ha, tapi den takmo lobang Badak dee, jadi ekau jangan bagi masalah kat den ni haa"
hahahahahaaa

pm berkata...

perjumpaan dua perdana menteri...hahahahahahaha best tajuk die

KAPITALIS MENYERANG DR SINGAPURA berkata...

Lee, yang juga bekas Menteri mentor Singapura berkata, langkah sedemikian tidak mungkin berlaku selepas melalui pengalaman percantuman yang gagal pada 1960-an.

PERCANTUMAN YG GAGAL?

HAHAHA.. ITU MEMANG PERANCANGAN LEE KUAN YEW.. LEE KUAN YEW NI LEBIH CERDIK BERBANDING PEMIMPIN2 MELAYU YG ADA PD MASA TU... JADI SENANG AJER, LEE KUAN YEW NI 'GORENG' PEMIMPIN MELAYU..

SAMA MCM SKRGLAH... PEMODAL KAPITALIS CINA SINGAPURA BERDUYUN2 MASUK MALAYSIA DAN MEMBELI HARTANAH DI MALAYSIA... DAN APA JADI??? KAN SEMUA RUMAH2, KEDAI2, TANAH2 KT MALAYSIA NI NAIK HARGA GILA2... INI SEMUA MEREKALAH PUNYA PERANCANGAN... MELAYU BAKAL MEREMPAT DI BUMI SENDIRI, KALU KITA TAK AMBIK ISLAM...SBB PERCAYALAH, HANYA ALLAH SAHAJA YG DPT MENOLONG ORG2 ISLAM MELAYU, DARI DIPERHAMBAKAN... CUBA TENGOK FILIPINA, KAJI ASAL USUL ORG FILIPINA, MEREKA JUGA MELAYU, TETAPI JADI HAMBA (SAMPAI SKRG : NEGARA PENYUMBANG DUIT KPD VATICAN, TAPI RAKYAT/NEGARA PENGHUTANG TERBESAR)...AMBIK KRISTIAN JADI HAMBA KPD AGAMA KRISTIAN DAN KAPITALIS ORG KULIT PUTIH TAMAK...