Jumaat, 2 Disember 2011

KENYATAAN DARI ADUN SERI SETIA




INI WAKIL ANDA YANG MENDENGAR KOMEN





PEROBOHAN TAPAK PEMUJAAN DI GLENMARIE, SHAH ALAM


Saya telah melawat tapak pemujaan di Glenmarie, Shah Alam yang dirobohkan oleh pihak berkuasa baru-baru ini sebentar tadi.

Pimpinan KEADILAN lain – YB Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Subang), YB Manikavasagam (Ahli Parlimen Kapar), YB Gwo-Burne Loh (Ahli Parlimen Kelana Jaya) turut hadir dan bertemu dengan persatuan yang mengendalikan tapak tersebut.

Saya telah menegaskan bahawa dakwaan bahawa perobohan tersebut berlaku atas arahan saya adalah tidak benar sama sekali. Saya telah dimaklumkan akhbar Malaysia Nanban telah melaporkan demikian. Saya meminta mereka membetulkan laporan tersebut segera untuk mengelakkan tindakan perundangan diambil.

Sebelum ini saya telah bertemu dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr. Xavier Jayakumar selepas beliau mendapat laporan Majlis Bandaraya Shah Alam tentang perobohan tersebut.

Saya bersama pimpinan lain yang hadir telah meminta agar Kerajaan Negeri mengambil tindakan sesuai selari dengan siasatan yang dijalankan dan agar sebarang tindakan seperti ini dikendalikan secara sensitif selari dengan garispanduan Kerajaan Negeri bagi mengelakkan sebarang salah faham.

NIK NAZMI NIK AHMAD
ADUN SERI SETIA


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aaaa macam ni la YB yg bekerja.. tak sesia undi-undi yg diberi kpd dia ni..

Busuk Punya Olang! berkata...

Ini menunjukkan dia adalah kroni Azmin Ali. Apa sahaja yang buruk berkaitan kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim.

Perlu diakui memang Nik Nazmi rajin bekerja :)