Sabtu, 28 Januari 2012
SATU LAGI BUKTI PILIHANRAYA MENIPU
BEKAS KETUA POLIS DAERAH DEDAH KEJAHATAN NAJIB/UMNO
DUNGUN – Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang Negara kerana PAS berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS).
Selain itu, katanya, beliau menyertai PAS kerana parti itu dipimpin oleh tokoh-tokoh ulamak yang ingin membawa Negara ini kepada pemerintahan Islam.“saya masuk PAS kerana PAS bukan parti ‘haram’ dan PAS di pimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan Islam, mempunyai maruah,
“bukan seperti mana parti ‘Melayu’ disebelah sana (Umno), yang kebanyakkan tokoh-tokoh dan kepimpinan tinggi mereka terlibat dengan pelbagai skandal,”ujanya.
Haji Abdullah berkata PAS bkan parti haram, yang haram hanya dua, parti komunis dan parti buruh].Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah, dekat sini, pada Selasa 24 Januari.
Beliau menyifatkan Umno parti pengkhianat kerana membawa masuk warga asing, diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara.Katanya, ‘pendatang haram’ tersebut menjadi pengundi dan menyebabkan kerajaan Terengganu jatuh dalam pilihanraya ke 11 pada tahun 2004.
“sebelum pilihanraya 2004, mereka (Umno) bawa 2,000 orang Myanmar bangsa Rohingya yang boleh bercakap Melayu, yang rupa mereka pun lebih kurang muka kita, “melalui Langkawi pergi ke Ladang Seri Bandi (DUN Kijal Terengganu), mereka di beri kerja dengan gaji RM18 sehari, diberi kad pengenalan, jadi pengundi yang jatuhkan kerajaan PAS pada tahun 2004,”jelasnya.
Menurutnya, ‘modus operandi’ yang sama telah dilakukan Umno pada tahun 2008 membawa masuk warga asing yang sama ke dalam parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi Perdana menteri, Najib Razak.
Sebaliknya suatu masa dulu, kata beliau, sewaktu masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, sesiapa yang mahu memohon menjadi warganegara Malaysia mestilah dikalangan mereka yang ‘profesional’. Namun sekarang, menurutnya, kerana pengkhianatan Umno kepada Negara, pekerja basuh pinggan di kedai mamak pun boleh menjadi warganegara Malaysia.
Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzzaman, Naib YDP Dungun Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail.
NOTA:
ini satu lagi kesah polis pencen
kita selalu mendengar kesah-kesah macam ini
dua minngu lepas kadir sheikh fadil kata
bila pilihanraya berjalan gerombolan akan bom
bom ertinya tabur duit
yang pelik nya
ketika ocpd ini jadi pegawai
ketika kadir jadi menteri
kenapa tak bersuara!
inilah tukar tiub panggil
sindrom polis pencen
berita diatas adalah
contoh terbaik sindrom
polis pencen
NOTA:
sesiapa ada maklumat
keluarkan sekarang
jangan tunggu pencen
tak ada orang ambil pot
bayangkan jika ketika
pak haji ni masik lagi seorang ocpd
masih lagi seorang pegawai polis
dia tangkap pendatang asing itu
dan dia tahan mamat mamat burma itu
negara akan gempar!
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
21 ulasan:
pdrm & atm tidak ada kemahiran utk bertukar kebidang pekerjaan lain, terpaksa lah kerja sampai pencen sebab kena bela anak bini (bini2). sekurang2nya depa ni dapat teloq balik kerana kebanyakan yg 'terkeluaq ring' tu masih takut. depa cuma berani soksek soksek kat belakang. apapun kalau ocpd ni terlibat dlm penipuan tu, dia masih ada saham. ini juga termasok yg takdak teloq.
1.opppsss bekas polis!dah berhenti makan rasuah!
2.dah pencen!boleh melalak macam-macam!kecuali tak boleh bersihkan duit rasuah yang pernah makan dulu!
kadang2 malas aku nak cakap...
puak2 ni pun satu, masa kerja konon kata kena setia la, tanggungjawab la, kena patuh perintah la... padahal benda tu salah, islam pun larang kita ikut benda yg salah pada masa kita waras.
ini bila pencen, tak boleh buat duit, dah tak laku jd menteri la, tak boleh nak pau la, baru la nak dedah rahsia ic, rahsia boom, rahsia burma la...
pooooooooooraaaah. kalau masa bertugas bekerja anggap benda tu rahsia, bawak terus la ke alam kubur, ni dah tak laku baru nak dedah, tak cool langsung.
nak buat benda yg baik masa kerja sebab amanah kerja kena buat benda yg beretika, bukan lepas pencen...ingat boleh rasuah tuhan ka untuk settle dosa masa kerja lepas pencen?!
sindrom nyanyuk lepas pencen
pak aji bekas ocpd ni oke ker? komen tentang parti haram itu boleh diperdebatkan daripada aspek pensejarahan, parti komunis mmg diharamkan inggeris dan kemudiannya oleh kerajaan malaysia...parti buruh tidak diharamkan...tetapi ratusan pimpinannya dan pimpinan parti rakyat dipenjarakan tanpa bicara dibawah ISA.
kalau dah pencen, jgn pula terbawa-bawa pemikiran penguasa.
NAJIB bukanlah gulungan orang bijak pandai, BODOH pianggg kata orang KEDAH.
Kebodohan NAJIB terserlah apabila arahan sendiri yang dikeluarkannya itu tidak mengaku dan anggap semua rakyat MALAYSIA yang bodoh bodoh belaka dan terima apa kata NAJIB yang sangat berkuasa itu.
UNDI ditangan RAKYAT bukan di tangan NAJIB.
Rakyat lebih berkuasa dari NAJIB, NAJIB bersama dengan orang politik UMNO rasuah dan menipu orang MELAYU seluruhnya.
PILIHAN RAYA dalam penipuan yang sedang dirancang oleh REJIM NAJIB atas nasihat UMNOAPCO yang datang dari ZIONIS YAHUDI penasihat berbayar oleh rajim NAJIB.
Abdullah Omar adalah bekas pegawai SB yang pernah bertugas di daerah ROMPIN lewat 1980han dan banyak habiskan kariernya di Kelantan, Pahang sebelum bersara di Slim River.Keseluruhannya servisnya adalah di special branch Pahang.
Pencen dah kena potong daa! Pasal tu meroyan tak tentu hala! Kah! Kah! Kah!
Kalau bersuara ditakuti nanti jadi macam gua bro....U re fired...
dah tua bertaubat la..
kalau ocpd ni kena buang siapa nak tanggung anak bini dia??tukar tiub nak ke tanggung sampai polis ni mati?? aku pun keje gomen..dalam jabatan tak dinafikan ada banyak penipuan. Orang atasan bersekongkol dengan orang politik sebab takut dengan ancaman.tak mahu pening kepala.Aku keje dalam kementerian Pertanian.lembu di supply oleh kroni UMNO. Pegawai jabatan tak berani nak pilih dan reject bekalan yang tidak menepati standart sebab pembekal dah jadi lagi berkuasa dari pegawai jabatan. Orang atas lebih pentingkan pembekal. Yang jadi mangsa orang kampung diberi ternakan reject dari luar negara. Padan muka orang kampung sape suruh jadi bodoh pi undi UMNO. Aku keje jabatan tiap-tiap bulan dapat gaji meskipun aku tak suka UMNO. Aku keje dengan rakyat. Aku cuba buat yang termampu demi rakyat. Aku tak mampu buat apa sebab UMNO berkuasa dalam kerajaan..
saya sokong tukar tiub....betul juga masa berkhidmat susah payah pusing*2 pertahan ketua apa paedahnya....kena bom juga.....lebih baik sokong pembangkang direct to the point....rezeki bukan tang tuu je....dunia allah taala nie luas...
Bagi chan la. Klu Tn Hj ni x kerja SB mgkn dia Sendiri x tau. Klu dia x Bg tau, Kita pun x tau. Betul la, tinggi Maqam dia klu dia hebahkan sebelum pencen. Mgkn juga dia la ni menyerap dalam pas utk Kumpul maklumat utk bekas2 rakan setugas. Tapi Kita prasangka baik. Yg penting, usahakan cari pati yg tersebut Dan bawa ke pengetahuan umum utk pressure kdn
bukit malut, taman nilam langkawi
salam...
bagus la dia dah insaf...
daripada dah tua nak mampos pun tak insaf lagi...
lime senpun tak guna gitu...
ngko ni pun tukar tiub, agak2 laa, semua orang bukan macam ngko..ngko senang laa, tak de majikan..kalau mangkuk ni melawan time dia ada kuasa yg ciput tu, dah tentu kena tendang. siapa nak suap anak bini dia makan kalau dah mcm tu?? kau boleh hulur ke??
Selalu dlm kuliah agama disebut: ingat 5 perkara sebelum 5 perkara- antaranya muda sebelum tua, sehat sebelum sakit, lapang sebelum sempit.
Tambah 1 lagi: masa kerja sebelum pencen..
Sebab dah pencen tak gunaaaa
pemimpin pas sekarang adakah pemimpin pas macam allahyarham ust fadzil nor...yang betul2 berjuang kerana islam.. tp pemimpin yg skrg brjuang mngikut pkr n dap.. mntak tukar tiub komen sikit,,,
Kenapakah Bik Mama walaupun sebelum ini dikaitkan dengan kegiatan-kegiatan boros seperti ligat bershopping, namun masih berbuat demikian di Australia baru-baru ini seolah-olah beliau tiada langsung mendapat keinsafan daripada peristiwa-peristiwa lalu yang serupa? (Secara tak langsung dia mahu memperlekeh pengkritik-pengkritik beliau sebelum ini agaknya!)
Jawapannya ialah selepas rakyat berjaya disogok dengan pelbagai "skim fulus", maka dengan itu sangat salahkah Bik Mama kalau dia sama-sama bobrok seperti rakyat? Iaitu pada prinsipnya beliau telah mendapat "lesen untuk bershopping" dari rakyat. Bukan sikit punya lesen kan?
Untuk pengetahuan pengomen kalian saya tidak memohon satu sen pun walaupun saya layak untuk semua "skim fulus" yang bersifat feudal dan mungkar itu.
Pembaharuan hanya akan berlaku apabila kita menyumbang sesuatu yang nyata kelainannya daripada sekarang.
Saya, pembayar cukai yang taat.
mantan ocpd dan juga pegawai siput babi ni kira pengkhianat la sebab dia tahu apa yang berlaku tetapi dia tak gunakan kuasa yang diamanahkan kepadanya untuk mengambil tidakan. sekarang dah ada title haji kira dah kowtim dengan tuhan la tu untuk cuci dosa
jangan persoalkan soal peribadi si ocpd, persoalkan apa yang dikatakan.
majoriti melayu masih mempercayai media yang dikawal oleh pihak kerajaan. Berita malam2 dah jadi tempat mereka berkempen untuk pilihan raya.
syukurlah ocpd dan kebanyakan kita telah buka mata dan insaf, doakan kepada mereka yang belum insaf.. sebelum terlambat.
Kalau OCPD ni masuk parti kominis mesti no komennya...kah..kah...kah
Catat Ulasan