Ahad, 12 Februari 2012

PROGRAMN MELAWAN PETANG AHAD INI






SEMUA DI JEMPUT TURUN BERDEMO






DEMO BANTAH JKKK RAMPAS TANAH SRIDB - harakah daily

KUALA TERENGGANU, 11 Feb: Orang ramai dijemput hadir ke satu himpunan bagi membantah tindakan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) merampas tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB), petang ini.

Menurut Penasihat Ahli Lembaga Pengarah SRIDB, Ustaz Satiful Bahri Mamat, ‘demo’ tersebut akan diadakan di tanah lapang berhadapan sekolah tersebut, di Jalan Santong, Paka, Dungun pada jam 1 petang, hari Ahad 12 Februari.

“Hari Ahad ini, dimaklumkan akan dibuat satu demonstrasi bantahan, saya ambil kesempatan ini pihak media boleh hadir sendiri, boleh dapatkan maklumat (untuk) membawa suara hati rakyat,” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian dalam Majlis Malam Mesra Media bersama Pesuruhjaya dan Pimpinan PAS Terengganu yang diadakan di sini kelmarin.

Menurutnya, PAS merasa kesal dengan tindakan kerajaan Umno Terengganu merampas tanah tersebut dari kegunaan awam sebagai sebuah sekolah dan diagih-agihkan kepada individu yang membabitkan lima orang JKKK.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tanah tapak sekolah agama pun korang kebas jugak yaaaa!
Ambik la, biar tanah tu nanti menghimpit tulang-temulang korang masa kat kubor nanti

mana perkosa?
mana geng songkok tinggi?
mana pukida?
mana big mama dan mat monggol?
mana hasang akidah?

kalau umno yang buat, semua buat-buat pekak, semua buat-buat tuli.

Tanpa Nama berkata...

Patut ar UAI dok Anti JKKK. Pelaq sungguh depa ni...
Nk Suruh Pukida ttg bnd ni??? Lan Babi kata x glamer ar x masuk tv...