Ahad, 25 Mac 2012

KENYATAAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR








KENYATAAN AKHBAR
23 MAC 2012
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI SELANGOR MENDAHULUI NEGERI LAIN DI MALAYSIA


Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain di Malaysia apabila dua majlis bandaraya dan enam majlis perbandaran mendapat empat bintang dalam “Sistem Star Rating” bagi Pihak Berkuasa Tempatan pada 2010/2011.

Majlis bandaraya dan majlis perbandaran di Negeri Selangor yang mendapat empat bintang ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Manakala empat majlis daerah di Selangor mendapat taraf tiga bintang iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Keputusan ini satu peningkatan drastik dan memberangsangkan bagi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan di Negeri Selangor. Ia juga membuktikan kerjasama baik antara kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam usaha meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

Saya mengucapkan tahniah kepada semua Dato’ Bandar dan Yang di-Pertua (YDP) pihak berkuasa tempatan serta pegawai mereka dan berharap mereka akan terus berusaha bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berjalan dengan baik.

Sebanyak 354 indikator digunakan dalam Sistem Star Rating bagi Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan 4 bidang utama iaitu pengurusan, perkhidmatan-perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan penyertaan komuniti.

Sistem ini – yang bermula pada 2008 atas saranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – juga menggunakan borang soal selidik daripada responden yang terdiri daripada penduduk (70%), peniaga (20%) dan NGO (10%).

Sistem Star Rating bagi Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2010/2011 ini, tiada satu pun pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang berjaya mendapat taraf 5 bintang.

ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR


----------------------------------------



KENYATAAN AKHBAR
JUMAAT, 23 MAC 2012
20 PROJEK INFRASTRUKTUR DILULUSKAN BAGI FASA PERTAMA GERAN SELANGORKU


Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku meluluskan sebanyak 20 projek pembangunan infrastruktur melibatkan peruntukan lebih RM2 juta bagi fasa pertama.

Projek-projek ini melibatkan pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Daerah Kuala Langat dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Projek yang diluluskan ini antaranya menurap semula jalan dan membaiki jalan di Seksyen 17 Shah Alam, Sekinchan, Meru, Ampang, Hulu Klang dan Kuala Langat; membina longkang, serta memasang lampu jalan.

Pemilihan kontraktor bagi menjalankan projek infrastruktur oleh jawatankuasa berkenaan dibuat berdasarkan harga terendah dan menepati spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku menetapkan setiap projek infrastruktur ini perlu disiapkan dalam tempoh antara dua hingga lima minggu.

Geran Selangorku memperuntukkan RM50 juta untuk projek infrastuktur daripada jumlah keseluruhan peruntukan RM300 juta.

Disediakan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR




4 ulasan:

NohNok berkata...

Sayangi Selangor. JANGAN SERAH KAT BN, MAMPOSS RAKYAT

pakcik lan berkata...

Hanya nangoi sahaja yang masih mimpikan hasan ali jd mb

Tanpa Nama berkata...

dulu ada perompak dan pengacau,sekarang aman,tahniah
pr selangor

kampong lad berkata...

jgn dok iklan bila buat baik...buat baik kerana ikhlas..rakyat selangor sendiri yg menentukan samada kerajaan pr baik atau sebaliknya. tapi nak buat macam mana, ini kerja orang (parti) politik.