Selasa, 24 April 2012

BERSIH 3.0 TETAP DI DATARAN MERDEKA!




TURUN JANGAN TIDAK TURUN





KENYATAAN AKHBAR BERSIH 2.0 - 24 APRIL 2012



Malam kelmarin badan-badan NGO yang berpayung dibawah BERSIH 2.0 telah mengadakan mesyuarat tergempar. Mesyuarat ini dengan sebulat suara telah membuat keputusan untuk meneruskan DUDUK BANTAH BERSIH 3.0 – di Dataran Merdeka.

Mesyuarat tergempar ini dipanggil untuk menilai kenyataan Menteri Dalam Negeri yang dikeluarkan pada Ahad 22 April yang lalu. Kenyataan ini telah menawarkan kepada Bersih 2.0 Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil sebagai gantian tempat Duduk Bantah.

Dalam masa yang sama Datuk Bandar dengan penuh kontradiksi telah mempelawa Bersih 2.0 untuk menerima Stadium Cheras dan Titiwangsa.

BERSIH 2.0 amat-amat kesal dengan strateji kerajaan yang berulang-ulang menawarkan pelbagai tempat yang berasingan dan memberi jawapan yang bercelaru terhadap rancangan Duduk Bantah. Kenyaatan yang bersimpang siur ini mengingatkan kita semua tentang apa yang telah berlaku tahun lalu. Amat-amat mengecewakan ialah kerajaan hari ini telah gagal untuk bersuara dengan satu nada. Kerajaan telah membenarkan, manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis terus memasang perangkap untuk menggagalkan Duduk Bantah.

Pada 4 April 2012 BERSIH 2.0 telah mengumumkan DUDUK BANTAH yang akan dijalankan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012. Pada 16 April 2012 satu surat telah di fax ke DBKL dan pihak polis untuk memberi tahu duduk pekara. Pihak DBKL berkata mereka tidak menerima fax tersebut. Justeru, ini telah disusul dengan surat yang disampaikan dengan tangan kepada DBKL dan polis. Adalah tidak benar apabila Datuk Bandar berkata pada 18 April 2012 bahawa DBKL tidak pernah dihubungi.

Pada 19 April 2012 dan sekali lagi pada 22 April 2012 Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin berkata Duduk Bantah tidak memudaratkan keselamatan negara dan tidak menarik minat orang ramai.

Kelmarin pada 23 April 2012 , polis telah memberikan jawapan menolak penggunaan Dataran Merdeka.

Keputusan BERSIH 2.0 untuk terus ke Dataran Merdeka berasakan pelbagai sebab.

Pertama, Dataran Merdeka boleh didatangi dengan pengangkutan awam seperti LRT ( Masjid Jamek, Pasar Seni) Komuter (KTM station ), Monorail ( Maharajalela) dan bus ( Puduraya, Bangkok Bank dan Pasar Seni). Tidak ada tempat lain diluar pusat kota yang memiliki keselesaan sedemikian.

Kedua, Dataran Merdeka adalah tanda negara bangsa dan kebebasan anak semua bangsa. Dataran ini amat tepat dan sesuai sebagai kawasan umum dimana warga boleh menunjukkan semangat patriotik menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Ketiga, adalah hak warga negara untuk berhimpun di kawasan awam. Hak untuk berhimpun ini dijamin oleh perlembagaan. Hak ini tidak boleh dijual beli. Duduk Bantah ini adalah gerakan yang berpaksikan warga anak semua bangsa. Ianya bersifat nasional dan juga global. Duduk Bantah tidak mengancam keselamatan negara.

Kami percaya pihak polis akan menjaga keselamatan Duduk Bantah. Kerjasama polis ini terbukti pada 26 Febuarari 2012 di Himpuan Hijau dan pada 18 March 2012 di Wanita Suara Perubahan. Orang awam boleh berhimpuan secara aman jika pihak polis dan majlis tempatan bekerja sama dengan penganjur.

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/





9 ulasan:

paksu berkata...

Ramai betul kesana tu....
KELEBIHAN AYAT KURSI | Perkongsian Maklumat Bermanafaat

Watikah Sinar berkata...

Nampakkan sejak 52 tahun umno (termasuk 20 tahun umno baru) memerintah projek2 pembangunan bandar dan kawasan perumahan tidak menyertakan pembangunan pengangkutan awam... hanya KL sahaja pengangkutan awam - walaupun tak tersusun - namun agak strategik... bandar2 lain seperti Shah Alam pengangkutan awam tidak dimajukan semasa umno memerintah...

Tanpa Nama berkata...

SETUJUUUU

Tanpa Nama berkata...

jom..jom..
mai...mai..
dataran merdeka(taman bunga kuning)
sempoi...................

Orang Muda berkata...

Datuk Bandar KL dah jadi macam jawatan Ketua Bahagian UMNO. Shame on him. Nak berpolitik letak jawatan dan tanding pilihanraya la Datuk. Bukan salahguna kerusi Datuk Bandar utk tekan Rakyat dgn alasan tak masuk akal. Patut la setiap tahun lesen pasar Ramadhan kena seleweng walaupun berbuih buih mulut Datuk janji akan atasinya. Elok Datuk balik kampung bela kambing sahaja Datuk.

Tanpa Nama berkata...

Teruk2 korang, teruk lagi di Sabah! Apa yg pemimpin Umno buat dgn royalti minyak Sabah sbyk 95% tu? Masuk perut sapa? Napa Sabah masih tercorot drp semua segi terutama ekonomi? Kenapa di Sabah ramai PTI? Kenapa jln raya di Sabah spt kubang kerbau? Mana janji Mader- pembangunan 100 hari untuk Sabah selepas Umno menang di Sabah? Napa di Sabah masih ramai org dungu spt Bung Raden? Napa ada orang berani menabalkan dirinya sbg Sultan Sulu bodoh di Sabah? Napa gaji di Sabah murah tapi harga barang2 & perkhidmatan mahal? Napa bilangan rakyat Sabah tiba2. meningkat naik? Org Sabah kuat pancut ka? Napa & kenspa? Kenapa t'lalu byk persoalan di Sabah yg tdk t'jawab?

pakcik lan berkata...

Salamualaikum.
Wahai penguatkuasa DBKL. Berikhtiarlah utk jadi rakan rakyat bukan musuh rakyat. Jgn lah menanggung malu ke akhir hayat. Engkar lah arahan Datuk bandar yg jadi alat. Ingat lah Tahrir di Mesir bukan hikayat. Yakin lah BN sedang gunakan talian hayat!

Tanpa Nama berkata...

salam ba,sedih n hiba juga rintihan warga sabah,inshaallah jika kita rakyat bersatu hati,segala masaallah dapat d atasi n jangan biarkan ketamakan pemerintah d teruskan,lawan tetap lawan!!!

Tanpa Nama berkata...

dataran merdeka tunggu kau!!!aku datang..