Isnin, 9 April 2012

PENIPUAN DI HARI MENGUNDI



BOMOH SHAOLIN TEMPLE




NOTA :
ini bukan bomoh
ini kartunis ronasina
bersama isterinay kartunis ini
sedang berada di peking

mereka sedang menjaga anak mereak
yang sedangg berubat di hospital peking

pembaca tt yang bermurah hati
sila teruskan menderma kepada
ngo HOPE TO WALKS -
tanya lebai google dimana alamatnya


PENCERAHAN DARI PEMBACA
Setuju dgn Tanpa Nama 8 April 2012 12:20 ptg. 1. Penjumlahan pertama sekali ialah senarai pemilih yg berdaftar (electoral roll) diteliti agar tally dari segi jumlah dan susunan nama-nama para pengundi bagi kedua-dua senarai pada pihak SPR dan ejen parti2 yg bertanding.

2. Stamping kertas undi bagi tempat mengundi ditandatgni oleh kedua-dua pihak. Logo pada stamping adalah unik bagi setiap pusat mengundi. Pada masa proses pengiraan awal, ejen2 parti akan memastikan sebelum mengira semua kertas undi yg telah dikeluarkan dari peti undi, logonya mestilah sama. Jika terdapat yg berlainan pada mana2 kertas undi, ianya dikira undi yg ditolak (kertas undi yg diseludup masuk cara haram).

3. Giliran proses mengira jumlah kertas undi yg telah dikeluarkan dari peti undi sebelum pengasingan kertas2 undi mengikut parti yg telah dipangkah. Setelah jumlah kertas undi yg telah dikeluarkan drpd peti undi didapati sama jumlahnya pada daftar senarai pengundi yg telah digariskan, barulah pengasingan kertas2 undi mengikut parti yg dipilih, dilakukan. Kertas undi yg menepati takrif undi yg ditolak juga akan diasingkan dan dipersetujui oleh ke2 pihak. Setiap 10 kertas undi akan diikat dengan getah bagi memudahkan penjumlahan.

4. Penjumlahan kertas undi yg diperolehi oleh parti2 yg bertanding dan juga undi yg ditolak akan dicatitkan ke dlm satu borang khas. Kedua-dua pihak dan juga KTM (Ketua Tempat Mengundi) akan menandatangani borang tersebut yg mencatitkan jumlah undi yg diperolehi oleh masing2 parti yg bertanding serta juga jumlah undi yg ditolak. Kalau tidak silap saya borang berkenaan ialah Borang 14.

Ini adalah borang yg amat kritkal yg mana memang bukan rahsia lagi, jika ejen bagi parti pembangkang tidak perihatin kepentingan mereka menandatangani butir2 angka dalam borang tersebut, pegawai SPR (KTM)tidak pun mengemukakannya bagi pengesahan dan kelulusan oleh ejen parti pembangkang. Maka, pada borang inilah mudahnya pihak SPR memalsukan angka2 perolehan undi yg pastinya memihak kpd BN jika ejen parti pembangkang tidak tegas/tahu yg mereka mesti menandatgni borang tersebut dan diberikan salinannya sekali utk disimpan. 5.

Setelah Borang 14 disahkan dan ditt dalam 3 salinan pihak yg terbabit, salinan asal akan dimasukkan dalam sampul surat, dan diseal. Setiap ejen hendaklah diberikan salinan carbon Borang 14 tersebut. Dan seterusnya hanya Borang 14 lah yg akan dibawa ke pusat penjumlahan undi dari seluruh unit peti undi bagi sesebuah kawasan parlimen.

6. Maka itulah hanya pasukan sukarelawan yg mantap dan cukup terlatih pada hari mengundi yg akan memberi kekuatan bagi parti2 yg berlawan dgn BN utk mematahkan pelbagai penipuan oleh pihak SPR yg berkepentingan utk memenangkan BN secara haram. Oleh itu sdr Tanpa Nama 8 April 2012 11:44 PG, jangan biarkan anda dikalahkan sebelum mengorak langkah berjuang.

Daftarkanlah diri anda sebagai sukarelawan pemantau proses mengundi bagi pihak parti2 pembangkang pada hari PRU 13 akan datang. Buat masa ini parit2 pembangkang amat bersedia dan terus menerus membuata latihan2 kepada para sukarelawan yg menyokong utk memenangkan parti2 pembangkang. Jadi sdr
By Anonymous on PENIPUAN YANG DI RANCANG on 4/8/12



SILA TONTON SEKALI LAGI KLIP TERBAIK INI


NOTA:
salut untuk banad anak muda ini
inilah contoh keunggulan
seni melawan
bukan seni membodek
atau lagu jantan bodoh
ditinggal awek

maklumat diperlukan
band apakah ini
band anak muda dari mana?

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lagu ni dari bunkface Panik tajuk nyee

Tanpa Nama berkata...

Bunk Face... tp lagu tu dah kena ban dgn RTM

Tanpa Nama berkata...

Band ni nama Bunkface. Tajuk lagu Panik.lagu ni Dh kena band sama RTM. Bodo punya Umno.

Manpokken

Tanpa Nama berkata...

kau tak tau band ni?? ketinggalan jugak ye kau ni?

Tanpa Nama berkata...

Aku nak tanya kalau sipengundi membawa lebih 10 mykad. Siapa nak periksa sipengundi?

Mykad semua sama gambar dan sama cap jari. Hanya nombor berbeda saja.

Macam mana?

Pro_Pembaharuan berkata...

Tanpa Nama berkata...

9 April 2012 10:29 PG

---> Dakwat Hitam yang mufti2 cakap tak sah air sembahyang kalau pakai tapi sembahyang sah kalau rezeki haram dari rasuah...