Sabtu, 21 April 2012
SEMBILAN UNDANG UNDANG - UNTUK TIPU PILIHANRAYA
KOMENTAR TUKAR TIUB
sembilan akta diluluskan dalam sehari
sembilan dalam sehari
apa tujuannya?
tujuan semua akta untuk menipu di pilihanraya
tujuan semua akta di rancanag untuk pilihanraya
tujuan semua akta ini untuk pastikan gerombolan menang
contoh:
1 - tak boleh di pereksa kad pengenalan kecuali pegawai spr
2 - hanya spr yang tetapkan masa kerja
3 - tidak ada pemerhati parti lagi
4 - tak ad sesiapa boleh hampir 100 meter dari tempat mengundi
kalau tak boleh pereksa kad pengenalan
maka semua bangla dan indon adan mengundi
rakyat malaysia tak boleh pergi dekat
pekerja parti tak benar lihat dan perekas kad pengenalan
ini semua projek tipu
pru13 jawapan sudah ada
gerombolan akan menang
INI ANGKA KITA KE DATARAN MERDEKA
NOTA
rakyat takada jalan lain
pada 28 april ini kita keluar
beramai ramai
kita tunjuk kan kemarahan
kita berhimpun di dataran merdeka
APA NIAT SEBENAR LULUKAN 9 AKTA TERGESA-GESA - harakh daily
KUALA LUMPUR: Sidang mesyuarat dewan rakyat semalam yang 'menggantung' masa bagi membolehkan sembilan rang undang-undang diluluskan pada hari yang sama tidak sepatutnya berlaku.
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hakikatnya parlimen tidak sepatutnya bertindak sedemikian rupa dan perlu memberikan masa ahli parlimen berbahas.
Malah katanya, setiap perbahasan yang akan dibuat perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu.
"Bukan, hari ini bentang hari ini juga diluluskan. Sehingga nak buat kajian pun tidak sempat. Sembilan rang undang-undang hendak lulus pada hari itu juga," katanya.
Beliau tidak tahu apa niat sebenar kerajaan yang dilihat tergesa-gesa mahu meluluskan sembilan rang undang-undang itu tetapi baginya tindakan itu tidak cekap dan bertanggungjawab meluluskan apa-apa undang-undang sekali pun.
"Ahli parlimen BN hanya tahu nak lulus sahaja. Bila Speaker tanya siapa yang bersetuju kata bersetuju lalu mereka cepat-cepat jawab setuju," katanya ketika dihubungi.
Misalnya, kata beliau menteri terlepas pandang dalam pindaan kesalahan pilihan raya akhirnya menteri mengaku ada kesilapan selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membangkitkan perkara itu.
"Bila kita timbulkan, baru menteri mengaku ada kesilapan. Barisan ahli parlimen BN tidak ada semangat hendak mempersoalkan. Reti nak lulus sahaja," katanya.
Katanya walapun dalam keadaan masa yang terhad bermula jam 10 pagi semalam berakhir jam 3.30 pagi tadi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mampu memainkan peranan sebaik mungkin.
Difahamkan, sidang mesyuarat Dewan Rakyat semalam mencatat sejarah dalam tempoh 22 tahun apabila semua aturan mesyuarat mesti diselesaikan pada hari yang sama melalui Peraturan Mesyuarat 90(2).
Difahamkan pertama kali kejadian yang sama berlaku ketika pengisytiharan darurat di Kelantan pada 1977.
NOTA:
sila dengar radio bangsar utama
sila layari radio internet ini
untuk maklumat bersih
untuk maklumat demo
untuk maklumat melawan
radio bangsar utama ialah radio melawan
radio bangsar utama bukan radio bodek
radio bangsar untuk semua yang mahu melawan
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan