Selasa, 15 Mei 2012

DUA PULUH EMPAT JAM TELAH TAMAT - RAKYAT SELURUH NEGARA SEDANG MENUNGGU





KOMENTAR TUKAR TIUB

24 jam telah tamat
orang ramai menunggu
orang ramai tenanti nanti
orang ramai berdebar debar

apakah dia tindakan itu?
apakah dewan pemuda pas akan lakukan?

semua tertanya tanya
semua tertunggu tunggu

akhbar gerombolan saheh
tidak meminta maaf

apa yang ditulis terhadap nik aziz
adalah lucah dan kasar






KAFIR: MOHON MAAF ATAU TINDAKAN LEBIH KERAS - harakah daily

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyerahkan satu memorandum bantahan kepada pihak New Straits Times Press kerana telah mengeluarkan artikel yang bertajuk Nik Aziz is father of kafir.

“Tok Guru adalah seorang tokoh agama dan beliau adalah pemimpin utama parti. Selain itu, beliau juga merupakan pemerintah rakyat Kelantan.

“Artikel-artikel seperti ini hanya mendorong kemarahan daripada rakyat Kelantan khususnya dan amnya semua rakyat Malaysia yang menyokong Tok Guru,” kata Ketua DPPM, Nasrudin Hassan (gambar) pada sidang media di hadapan pejabat Balai Berita New Straits Times Press [M] Berhad pagi tadi.

Justeru, beliau menasihatkan kepada semua wartawan dan media untuk menjaga etika kewartawanan dan penulisan satu-satu berita agar tidak mencetuskan isu-isu seperti itu hanya kerana untuk melariskan jualan akhbar sahaja.

“Kita mahu NSTP atau mana-mana media untuk menjaga etika kewartawanan mahupun penulisan berita agar tidak timbul isu-isu seperti ini yang hanya akan melahirkan ketidakpercayaan rakyat Malaysia pada media sebab tidak profesional, tiada kualiti dan integriti,” ujar beliau.

Beliau juga mengingatkan agar NST dapat memohon maaf dan menarik semula artikel terbabit dalam tempoh 24 jam.


“Oleh itu, kami mendesak agar NST memohon maaf di atas penyiaran berita tersebut dalam tempoh 24 jam selepas memorandum ini diserahkan.

"Sekiranya ia tidak dilakukan maka kami akan mengambil tindakan yang lebih keras selepas ini,” tegasnya.



RADIO BANGSAR UTAMA TURUT SAMA MENUNGGU UNTUK MELAPOR





8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ehh...muka Pakcik TT kluar kat RTM lah. Hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Hmm tak beli NST so tak tau sangat apa NST kata tapi kalau Dah Rahim Noor yang ada Syer Genting yang mengaku "Tak Jumpa Ayat Haram Judi" Dalam Al_quran kata..

Tiada apa yang nak diherankan pun.. Reliable ke dia nak cakap pasal Agama? Dia dah jadi mufti ka? Dia hanya kata dari pandangan Agama dia dan pendangan peribadi Dia..

Yang bangang ni journalist.. takda sensitif pasal agama dan bangsa.. saja carik bala.. laga-lagakan

Tanpa Nama berkata...

Yg ada syer Genting bukan Hanif Omar ke?

Tanpa Nama berkata...

BUDIN, KAU TAKDE KERJA LAIN KE SELAIN MENGHASUT? KAU MEMANG SUKA TGK MELAYU BERGADUH! KAU MEMANG SUKA TGK NEGARA NI HURU HARA KAN?? PEGI MAMPOS LA DGN KOMUNIS SOSIOLIS KAU TU!!! HARAM JADAH!!

Tanpa Nama berkata...

NATO......aje lah bang TT
kah...kah...kah....

Tanpa Nama berkata...

Bukan rahim...hanif lorrr

Tanpa Nama berkata...

Yea la Hanif tauke Genting yang tak jumpa ayat Quran pasal judi..
Mungkin juga polis dok kecoh dan rajin beno buat serbu Judi tanpa lesen.. sebab tauke dia ada sangkut paut ngan polis juga rupernye.. Sudah kawtim ngan polis nak bagi Genting untung dan jangan kacau periuk nasik Genting dengan memburu penjudi haram huhu..

Rahim Noor ni kecoh pasal tumbuk Anwar je dulu.. Tapi apa penafsiran pasal kafir dia? setuju demo bersih jadi kafir? lagi hebat dari fatwa ulamak yang kata join bersih haram..

Kalau haram tu lom kapir lagi dapat dosa tapi kalau dah kapir tu dah sangkut paut ngan akidah.. berat tu..

Pena Hitam (Asraff) berkata...

Dol 'tanpa nama'.. Ko jgn salah paham.. Hanif punya kitab x same dgn quran org islam mcm kita.. Kitab dia lain.. 'cara2 nak menang main pair'.. Kah kah kah.. Tu pasal la x jumpe..