Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 16 Mei 2012

PENGUMUMAN UNTUK SEMUA WARGA





KENYATAAN PAK SAMAD







HENTIKAN SEGALA KERENAH GANGGUAN DAN ANCAMAN PRIBADI TERHADAP DATO AMBIGA SREENEVASAN, PENGERUSI BERSAMA BERSIH 2.0


Bagi pihak BERSIH 2.0 dan juga Jawatan Kuasa Pemandu, saya mengutuk segala bentuk kerenah gangguan dan ancaman terhadap Dato Ambiga Sreenevasan

Saya merasa sedih dan marah apabila melihat kerenah gangguan yang sedag dilakukan keatas Pengerusi Bersama Bersih yang juga seorang warga Malaysia. Beliau adalah sosok yang selama ini telah menghadiahkan kehidupannya untuk membuka luas ruang hak asasi manusia dan memperbaiki kesejahteraan umat. Ketika serangan dengan kelakuan hina dan kadang kala ganas ini dilakukan di hadapan rumahnya, Dato Ambiga telah melayani kedaaan tersebut dengan penuh sopan dan hormat.

Sebagai warga negara yang telah melalui kehidupan dalam negara ini dan telah melihat rebah dan bangunnya Malaysia, saya merayu agar kita semua menzahirkan sifat terbaik kita sebagai manusia. Marilah kita memberhentikan kerenah gangguan dan ancaman ini.

Pihak yang berwajib seharusnya bersuara mengutuk apa yang sedang dilakukan terhadap seorang pemimpin masyarakat madani. Jika kerajaan dan pihak berwajib senyap dan membisu ini bermakna mereka menyokong kerja bangang dan perangai hina ini.

Dato Ambika bukan seorang diri menuntut pilihan raya bersih dana adil. Bersama Ambiga dan saya ada 19 orang ahli Jawatan Kuasa Bersih. Kami pula disokong oleh 84 buah badan bukan kerajaan - NGO.

Turut sama menyokong kami ialah 250,000 warga anak semua bangsa yang telah turun ke jalan raya di Kuala Lumpur pada 28 April yang lalu. Pada hari yang sama ada puluhan ribu lagi anak Malaysia yang menetap di 85 buah kota kota dalam dunia ini. Semuanya bangun bersetiakawan menuntut pilihan raya adil dan bersih.


Terima Kaseh.
Salam Bersih!
Jom mengundi!

Datuk A. Samad Said (Pengerusi Bersama)




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

how can pak samad expect hooligan listen to you?
sepatutnya bila puisi anda bergegar di kota london bergegarlah juga di tanahair. sayang kita ada melayu aka eee dah lama buta kayu berlagak penyanggak lebih dari penyanggak. ternyata sopan santun bukan lagi layaknya dipakai oleh...sejak kutty meneraju.

apakah melayu sudah jadi eee dan eee sudah jadi melayu? apapun melayu sudah hilang nilainya di tanah melayu bernama malaysia. apalagi nilainya yg ada pada benderanya, lagu terang bulannya, lagak kalipahnya...bahasanya??

maaf pak, sejarah melayu tidak lagi mampu digarap maupun disambung kisahnya.

aku malu

nb: it's a culimination of a lanun fit to sell burger only- low class burger for a low class mentality.
badly, the constitution had created themselves as the in-definitive subjects clouded by the idea of islam.time for the saterawan to sit together to give an ultimatum. if no one listen, be like john lennon who gave his mbe. after all what honor is left for people like pak samad put down into the drain. jika bangsa sendiri tak peka dah pada pena dan airmata penditanya cukuplah dgn retorik gemilang, terbilang......
lu sambung la tt!!!