Rabu, 16 Mei 2012

PERTAMA MEMECAH BERITA - KELUAR MENGUNDI - LAWAN PENIPUAN

















KELUAR MENGUNDI - LAWAN PENIPUAN



Sesudah 28 April yang lalu BERSIH 2.0 telah muncul lebih gagah bertenaga untuk menjadi satu gerakan massa yang ampoh. Ketika BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH, rakyat seluruh negara melihat dengan mata kepala bagaimana anak semua bangsa telah banguan merampas kembali hak mereka untuk mendapat satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih. Bersama-sama warga Malaysia di dalam dan luar negara, jumlah yang turun ke jalan raya di BERSIH 3.0 adalah yang terbesar dalam sejarah perjuangan masyarakat madani.

Tetapi waspada, perjungan untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih masih belum selesai.

Bukti-bukti tentang penipuan baru telah ditemui dan diumumkan tetapi tidak ada langkah yang diambil untuk menghapuskan penipuan ini. Jawatan Kuasa Khas Parlimen Pembaikan Pilihanraya telah gagal seratus peratus. Tidak cukup dengan kegagalan ini , rancangan untuk menipu dalam pilihan raya masih diteruskan. Ini saheh terbukti melalui pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang telah diluluskan dengan tergesa-gesa di Parlimen. Nasib baik rancangan penipuan ini telah dibogelkan dan pindaan ini ditarik kembali.


Lembaga Suruhan Pilihan Raya dan juga kerajaan tidak ada sedetik niat untuk membaiki dan mereformasi sistem pilihan raya. Jauh sekali untuk memastikan pekara yang paling fudumental - senarai nama pemilih – dibersihkan. Jelas dan saheh bahawa lembaga SPR dan kerajaan tidak boleh dipercayai untuk menjalankan PRU13 yang akan datang ini dengan adil dan bersih. Maka BERSIH 2.0 menyeru - anak semua bangsa - rakyat Malaysia untuk bangun melawan penipuan.


Langkah pertma yang wajib kita lakukan ialah KELUAR MENGUNDI – LAWAN PENIPUAN. BERSIH 2.0 menyeru semua warga yang berdaftar mengundi akan menggunakan undi mereka sebagai benteng untuk melawan penipuan. Kami menyeru rakyat Malaysia – anak semua bangsa - untuk beramai-ramai bertekad keluar mengundi. Marilah kita keluar beramai-ramai mengundi dengan jumlah yang belum pernah terjadi di Malaysia.


Langkah kedua yang wajib kita lakukan untuk memastikan PRU13 ini adil dan bersih ialah memerhatikan dengan mata yang tajam jika berlaku penipuan. Laporkan, hebohkan dan lawan penipuan ini. Kita memerhati ketika masa berkempen dan di hari membuang undi. BERSIH 2.0 sedang bekerjasama dengan TINDAK MALAYSIA dan JOM PANTAU! untuk melatih para sukarelawan. Para sukarelawan inilah akan memainkan peranan yang amat penting sebagai Pemantau, Pegawai Pilihan Raya, Pengira Undi dan ajen untuk pengundi pos. Kami menyeru semua penyokong BERSIH untuk sama-sama melawan penipuan dengan menjadi Pemantau, Pengira Undi dan Ajen Pengundi.


Tindak Malaysia telah menjalankan banyak latihan diseluruh negara untuk melatih Ajen Pengundi, Pengira Undi dan Ajen Barung (PACABA). Sukarelawan untuk PACABA adalah petugas yang paling penting kerana mereka adalah dibarisan hadapan untuk mencium bau penipuan. Juga mereka akan memastikan pegawai pilihan raya tidak terlibat dalam penipuan. Dan memastikan pegawai pilihan raya mengikut peraturan.

Jom Pantau! ialah badan pemantau yang bekerjasama dengan Malaysian Observers Network (MEO-Net), Southeast Asian Center for e-Media (SEACAM) dan National Institute for Democracy Electoral Integrity (NIEI). Semua warga boleh mengambil bahagian dalam pemantauan pilihan raya. Warga boleh membuat laporan jika ternampak ada penipuan, ada penyalah guna kuasa atau terlihat tindakan dan kerja yang tidak mengikut peraturan. Semua ini boleh diloporan kepada umum di www.pru13.info


Salam BERSIH!


Jawatankuasa Pemandu
BERSIH 2.0






RADIO BANGSAR UTAMA BERANI LAWAN






3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya telah mendaftar sebagai sukarelawan Pakatan Rakyat di kawasan DUN dan Parlimen yang saya terbabit mengundi di situ,

Saya amat teruja utk jadi pemantau berkesan demi memastikan di tempat saya itu pada PRU kali ini akan mencatatkan kemenangan bergaya dan bermaruah tanpa adanya silap mata penipuan,

Saya harap anda semua yang cintakan demokrasi dan keadilan, lakukanlah tindakan yang sama di tempat DUN atau Parlimen masing-masing demi menghumban sistem yang selama ini telah menindas rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Bersama ini disertakan senarai bengkel yang akan diadakan oleh Tindak Malaysia dan Jom Pantau!. Ianya terbuka untuk semua warga negara.



------>>>>>>>> Mana? tak nampak pun?

Tanpa Nama berkata...

tahniah, beginilah yg sepatutnya diusahakan - satu tindakan dan pelan yg tersusun dan menyeluruh, daripada waktu parlimen dibubarkan (pantau kesalahan kera umngok-bongok yg mula berkempen sebelum tempoh kempen yg ditetapkan spr, selalunya ats nama perasmian, majlis pelancaran, pecahtanah dll tipuhelah) hinggalah waktu pengiraan undi selesai.

kera ni tetap akan menipu juga, tak dapatlah nak cegah 100%, tapi sekurang2nya jika kita bertindak bersama2 beramai2 bersungguh2 secara tersusun, insyaAllah pencabulan akan sangat berkurangan dan kemenangan akan tercapai!

abu!

-average joe-
klakka-la.blogspot: MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI: Simpulan Bahasa (LET'S LEARN AND UNDERSTAND: Malay Idioms)