Jumaat, 15 Jun 2012

CEPAT PANTAS DAN PANCUNG



KOMENTAR TUKAR TIUB


dialu alukan
langkah cepat pantas dan pancung
tetapi jangan hanya anak biawak
bagaimana pula dengan anak badak
yang gemok makan pasir?


SIASATAN TERHADAP DAKWAAN PENYELEWENGAN BAUCER JOM SHOPPING

KEADILAN telah menerima maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor sedang menyiasat satu aduan berhubung dakwaan penyelewengan Vouchers Program JOM Shopping – salah satu program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor - yang melibatkan dua orang anggota Parti dari Cabang Kapar iaitu Sdr Mohd Bakir bin Abdul Wahab dan Sdr Mohamed Amkah Ahmad.

KEADILAN memandang serius akan perkara ini dan melalui mesyuarat Biro Politik Parti bil. 59/2012 pada hari Rabu 13 Jun 2012 telah meminta Jawatankuasa Disiplin Parti untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab kepada Sdr Mohd Bakir bin Abdul Wahab dan Sdr Mohamed Amkah Ahmad. Pada waktu yang sama, Sdr Mohamed Amkah Ahmad digantung keanggotaannya secara serta-merta berdasarkan Fasal 27.3 perlembagaan Parti yang membenarkan penggantungan keanggotaan dibuat sementera menunggu siasatan disiplin selesai.

KEADILAN sekali lagi menegaskan tidak akan berkopromi kepada mana-mana anggota yang melakukan kesalahan disiplin lebih-lebih lagi kesalahan yang mencemarkan maruah dan nama baik Parti.

Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG



layari untuk punk rock:





4 ulasan:

Pro_Pembaharuan berkata...

wah wah wah...

ini jawapan paling sesuai untuk orang tanpa nama (yang takut bubuh nick je kut) yang menuduh aku cybertrooper UMNGOK...

bukankah kita mahu yang bersih sahaja untuk wakilkan kita?

Soalan-soalan untuk YB Tok Ampoo itu tidak dijawab pun... Cuba lihat kembali ENTRY tersebut... adakah soalan-soalan itu terlalu susah untuk dijawab?

KALAU BERSIH ATAU MR CLEAN, SENANG JE UNTUK DIJAWAB...

Sekalipun anda wakil kepada PR, tidak bermakna, anda bebas dari rasuah.

Jadi berita ini sangat sesuai untuk mereka-mereka yang mengatakan, ahli PR tak merasuah/menyeleweng lansung...

adam berkata...

Mati mati aku baca ayat atas tu dari "parti cabang Kapir".

Hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

cuma bezanya PR amat pantang benar jika lihay orang rasuah walaupun yang rasuah itu ahli partinya sendiri,

ini berbeza sekali dengan parti sebelah sana (pati babi negara) yang cuma terjaga bila pR rasuah tapi pejam dua2 mata kalau member satu parti terlibat rasuah.

itu pasal kita kena pangkah parti PR dalam pilihan raya 13 ini tanpa melihat siapapun ahlinya.

Tanpa Nama berkata...

INi semua geng Zul Bisul lah DAN Jamal Slim x posmen..
Jenis macam ni baik campak dalam Sg Selangor bagi makan buaya. Kurang-kurang banyak sikit hasil udang di Kuala Selangor tu.
Tindakan tepat dan padat oleh PKR!
jangan jadi UMNGOK... Pilih bulu bila nak siasat...
Telan berpuluh Juta kena denda dan penjara 1 hari.
Kena SiSidin Tmaby bileh lepas pulak lepas rayuan.. aduiihhhhh